Friday, December 23, 2011

Trip Phantom Bank

Ben, CREW CL berjaya mengatur crew seramai 15 orang untuk memancing ke Phantom Bank - Permatang Sedepa pada awal Febuari 2012. Pendaftaran nama bersama dengan wang deposit perlu dimajukan kepada beliau untuk tujuan pengesahan tempat.


Selamat berjuang.... Insyallah


(Artikel 23 Oct 2011)



Thursday, December 15, 2011

CREW CL TURUN TRIP TENGIRI



10-11 Dec 2011, Crew CL telah membuat pelan kecemasan menggantikan trip yang ditangguhkan pada 27 Nov 2011.


Rupa-rupanya pelan kecemasan yang dibuat benar-benar mecemaskan kerana laut terlalu bergelora sama dengan hati para CREW CL. Maka hasilnya adalah kampow juga. Crew berjaya pergi ke Yan, Kedah untuk makan angin di laut.

Friday, December 2, 2011

Ilmu Laut - Sonar




Pengesan Sonar

Alat pengesan sonar akan mengeluarkan bunyi tertentu untuk mengukur kedalaman dengan pengiraan masa tertentu apabila bunyi tersebut dipantulkan semula dari dasar laut. Ianya juga memberikan maklumat bentuk muka bumi di dalam dasar laut itu.

Tuesday, November 29, 2011

Trip Tengiri Tg Dawai Ditangguhkan

26 NOV 2011, di dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Yan, Kedah, aku terima panggilan dari rakan CREW CL menyatakan trip Tenggiri, Tg Dawai terpaksa ditangguhkan disebabkan ribut melanda laut dan Jabatan Kajicuaca telah mengeluarkan laporan dan menasihat semua tekong mengambil langkah berjaga-jaga dan adalah dinasihatkan tidak turun ke laut.


Aduhai pilunya hati ini tetapi aku berjaya juga sampai ke Yan Kedah.


Trip memancing bertukar trip mandi manda di sungai Titi Hanyut dan petangnya pula aku berjaya berada di puncak Gunung Jerai.

Saturday, November 19, 2011

Tanjung Dawai, Kedah (27 Nov 2011)


Bumi dipijak langit ku junjung dan ketika ini bumi becak dan langit sentiasa kelabu gelap, membuatkan aku termenung dan berdoa agar Tuhan memberikan aku ruang dan peluang kali ke 3 untuk mencari "tengiri" yang diperbualkan ramai kaki pemancing. Lokasi Tanjung Dawai, Merbok Yan Kedah merupakan pilihan.


Ramai CREW CL menarik diri dengan cuaca sebergini. Aku cuba mengintai Ramalan Kaji Cuaca yang boleh dijadikan panduan dan yang pasti semuanya itu dengan "Ketentuan dan Izin Nya". Bagi pemancing yang tercari-cari arah kompas, lajunya angin dan tingginya ombak, sila layari "Malaysian Meteorological Department " atau CLIK DI SINI


(Di atas adalah Lokasi N110: Kedah & Perlis Water di antara 20-26 November 2011)


(Jadual yang di"zoom"kan untuk 24-26 November 2011)


Arah Angin dari Timur Laut dengan kelajuan 20-30km/j dan ketinggian ombak 1-1.5 meter. Bagaimana pula dengan cuaca pada 27 November 2011?

Friday, November 11, 2011

Ben - Qurban Di Kolam Tinggal Lubuk Cina

7 November 2011, Selepas selesai membantu kawan-kawan sekampung yang mengerja qurban lembu dan kambing, Ben dan Atip bergegas ke lokasi yang sememangnya sering dikunjungi iaitu kolam tinggal di Lubuk Cina. Jam hampir menunjukkan jam 5.00 petang dan waktu yang terluang amat suntuk baginya.


Setiap kunjungan di kolam ini, Ben tidak pernah pulang dengan tangan kosong, ada sahaja yang dibawanya pulang. Dengan berbekalkan umpan anak katak untuk mencari ikan target iaitu haruan melaka. Umpan cengkerik juga dibawa bersama untuk joran yang dibiarkan "parking" menanti pemangsa lain.




(Atip dengan ikan haruan melaka)



(Ben menunjukkan ikan talapia yang memakan umpan anak katak)


Dalam masa 2 jam , Ben dan Atip dapat merasa kepuasan kerana apa yang dihajatinya berjaya ditawan. 5 ekor haruan dan 4 ekor ikan talapia merah (macam ikan kaloi aje) yang memberontak kelaparan rakus memakan anak katak. Rupa-rupanya talapiah dewasa memakan apa saja yang menghuni atau habiat makanan di kolam tinggal.


(Hasil tangkapan selama 2 jam di kolam)


(Upacara membahagian harta antara Ben dan Atip)



Wednesday, November 2, 2011

Ilmu Laut - Bisa Buntal




Tahukah anda?


Bisa ikan buntal boleh meracuni 40 orang lelaki dewasa kerana mempunyai toksin dibadannya. Ikan buntal akan menjadi besar dengan mengembungkan badannya apabila terasa dirinya terancam.

Sunday, October 23, 2011

Phantom Bank - Permatang Sedepa


Pendaftaran dibuka kepada CREW CL untuk kunjungan ke Phantom Bank Permatang Sedepa pada bulan December 2011. Crew-crew yang berminat boleh mendaftar dan "costing" akan dibentangkan di dalam perjumpaan yang akan dimaklumkan kelak.

------------------------------------------------------------------


Update 11.11.11


Kunjungan ke Phantom Bank dianjakkan ke JANUARI 2012, Penempatan crew hanya terhad kepada 15 Orang sahaja. Trip 3 hari 2 malam dengan kos mampu bayar.

Geng Parang - Bermain Joran Terjun (Kemensah)

Untuk memgubati hati yang luka setelah berjaya memenangkan pasukan lawan di pertandingan Liga Futsal Inter Unit 2011, Sekitar jam 7.00 pagi pada 22 October 2011 dan perjalanan dari Petaling Jaya ke lokasi sekitar 45 minit, geng parang telah membawa diri untuk bertapa di tasik Kemensah atau nama exklusifnya "Joran Terjun".




(Syed MH Keli 1.2kg)



Dengan sisa semangat yang tinggal geng parang, Syed MH dengan seluar tidurnya telah berjaya menarik naik seekor keli manakala ketiadaan Kechik memberikan laluan kepada Pudinz menjinak si patin (Kechik terus meracau-racau kerana desiran mesinnya masih terdengar sehingga hari ini).





(Pudinz dengan patin Kechik)


Setelah lama bertasbih untuk menghadapi ujian kesabaran tahap 2, akhirnya pacu berjaya melarikan umpan Pudinz dan seterusnya telah mengesahkan ketahanan multiplier BLACK MAX Abu Garcia untuk ikan bersaiz kecil dilapangan pancing di sini.



Pudinz dengan Pacu)


Syed MH, mampu berbangga dengan kelinya dan ikan-ikan yang lain dibiarkan lepas bergitu sahaja menyebabkan Kechik terus bertasbih dan mencari tapak pertapaan yang baru.

Saturday, October 22, 2011

Port Dickson (Nelayan Bt 4)

Selepas bermain futsal untuk inter unit, penulis bergegas ke Port Dickson untuk temujanji trip terjah CREW CL pada jam 9.30 malam. Semangat untuk meneroka lubuk di persisiran Port Dickson menjadi-jadi apabila rakan pancing memperlawa untuk merasai tarikan ikan di sini.


Walaupun terpaksa meredah hujan disepanjang jalan Petaling Jaya ke Port Dickson dan terpaksa pula menunggu hujan reda sekitar jam 10.30 malam saya sempat mengisi perut di gerai berhampiran pantai.


Hampir jam 11.00 kami bergerak ke distinasi lubuk oleh tekong yang sedia memberikan perkhidmatan dan pengalaman yang dimiliki. Mencari umpan sotong comek semasa awal perjalanan dan terus ke operasi pencarian tarikan yang diimpikan.




(Yus dengan kerapunya)


Sememang terdapat banyak lubuk-lubuk yang berpontensi untuk mendaratkan ikan-ikan "jack pot". Adalah dinasihatkan rancanglah perjalanan anda, faktor cuaca juga memberikan peranan ketika berada di persisiran pantai Port Dickson.

Sunday, October 16, 2011

Kelong Acheh, Mersing



(CREW CL - TRIP KELONG ACHEH)


Berbaloi perjalanan lima jam setengah dari Petaling Jaya ke Jeti Tanjung Penyabong, Mersing memberikan suasana riadah yang baik dapat dirasai. Seramai 16 orang CREW CL berbekalan peralatan yang sederhana dan dimuatkan di dalam empat buah kenderaan.



(Makanan yang dihidangkan - Class A)


Sekitar jam sepuluh pagi, kami telah berada di atas kelong dan memulakan aktiviti memancing. Di kelong ini CREW CL dihidangan dengan makanan dan minuman yang berterusan bagi memastikan aktiviti pancingan berjalan dengan lancar.


(Tuah Badan)


Sememangnya apabila perut mula kenyang akan menghasilkan impak besar kepada mata, apatah lagi apabila tiada serangan atau henjutan ikan maka aktiviti terbaik adalah bersantai sambil tidur..



(Aktiviti sebegini sering terjadi..)


16 October 2011, kami pulang dengan impian untuk bermain di INU Kelong Resort pula pada masa akan datang.

Monday, September 26, 2011

MAJALAH UMPAN VOL 1

Majalah Umpan Volume 1 Okt 2011, sememangnya dinanti dan tidak jemu untuk terus membelek-belek dan tersenyum sepanjang masa...

Wednesday, September 14, 2011

Kelong Archeh, Mersing, Johor


Info : Perjalanan dari Shah Alam ke Jeti Penyabong, Mersing 345km / (5jam 30minit)

Friday, September 2, 2011

Ilmu Laut (Knot=nautika)

Tahukah anda ?!

1 knot adalah 1 batu nautika manakala 1 batu nautika pula bersamaan 1.852 km/j. Kelajuan angin yang bergerak di dalam pelayaran akan disukat dengan menggunakan unit knot.

Sunday, August 28, 2011

Bermain Pari Di Selat Melaka (Pontian, Johor)

Hebatnya pantai lumpur di persisiran pantai Pontian ramai yang tidak mengetahui. Hanya para nelayan atau penduduk tempatan sahaja yang sering ke sini untuk mencari nafkah harian. Pengairan di sini tidak seindah pengairan Laut China Selatan tetapi hasil tangkap amat memberansangkan.

Seperti trip mencari Pari seperti yang dilakukan oleh tekong Wak Sanip.. kadangkala hasil tangkapan pari boleh dijual semula kepada peraih di pasar. Bayangkan jika 10 ekor pari, hasil dari jualan membolehkan kita mendapat wang pulang sekitar RM500.00. Pulang modal sewa bot dan mendapat aksi tarikan sebenar dari pemancing itu sendiri..





Saturday, August 20, 2011

Jom Ke Kelong Acheh

Kepada CREW CL,



Sekiranya berhajat untuk menyahut cabaran kelong Acheh, Anda terpaksa berkorban masa perjalanan anda selama lima jam setengah dari Kuala Lumpur ke Kg Tanjung Penyabong, Mersing.




Trip yang akan dibuka pada bulan October 2011.





Friday, August 12, 2011

Tuesday, August 2, 2011

Setia.....

Wan Rengit... setia menunggu.. (Kejap lagi ribut broo...)

Milik Saleh...

Anak pesan kerapu ... dapat pecah periuk...

Kat Rumah Ke.. atau atas bot nie.. ?

aku yang konfuse...

Kena Masak (Chef Mabuk..)



aduhai... bidang terjun..
dah lapar masak jemput-jemput aje le...



Monday, August 1, 2011

Bagan Tengorak @ Tanjung Karang

CREW CL dengan kekuatan anggota seramai 10 orang telah merancang lebih dari dua bulan untuk kembali menguji penghuni Selat Melaka. Setelah persiapan telah tersedia crew bergerak pada 30 Julai 2011 jam 5.30 pagi dari sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam menuju ke lokasi yang dihajati.


Bot dan tekong telah lama kami berurusan dan crew bersepakat mengatakan "Tak salah kita menduga kerana rezeki semuanya datang dari Yang Maha Esa". Berbekalkan semangat juang yang tinggi akibat terkena suntikan dari membaca artikel malajah UMPAN "TRIP40LB" dan tamparan hebat dari rakan crew yang berjaya menaikan kerapu pada trip yang lalu, kami gagahkan juga.

Salleh dengan Pecah Periuknya


Sebaliknya di dalam bot, CREW CL berebut-rebut mencari katil dan tilam kerana bukan mudah untuk tidur sambil dibuai ombak lautan (sebenarnya kaki mabuk laut ada di dalam trip ini). Lautan ketika ini agak bergelora membuat bot sentiasa beralun tanpa henti.



Antara hasil tangkapan CREW CL


Jam 2.00 pagi 30 Julai 2011, crew tegar terpaksa menarik diri disebabkan ribut melanda dan kami hanya mampu bertahan dan joran tersisip rapi ditepian bot. Disebelah paginya kami hanya melayan henjutan 'appolo' bagi ikan-ikan kecil untuk 'ole-ole' dibawa pulang.



CREW CL tidak dihampakan walaupun trip yang boleh dikatakan kurang menyengat dengan hidangan istimewa bagi meraikan esoknya 1 Ogos 2011 adalah Ramadhan. Selamat Berpuasa..


Jom layan kolam pulak..

Friday, July 29, 2011

Pantai Port Dickson

Din dengan baracudanya


28 Julai 2011, Port Dickson. Di suatu malam di dalam suasana percutian keluarga semasa meraikan hari lahir putera dan puteri dua keluarga, seorang rakan yang bakal digilap bakatnya untuk menjadi sebahagian dari keluarga pancing.. Insyallah

Mengigil tangan apabila menerima asakan kali pertama dalam sejarah hidup beliau dan terkejut dengan apa yang didaratkan. Syabas..

Friday, July 15, 2011

MAJALAH UMPAN

Tahniah untuk Grup Majalah Karangkraf Sdn Bhd kerana berjaya menerbitkan sebuah lagi majalah sukan yang hanya difahami oleh golongan kaki pancing sahaja. Sekurang-kurangnya kewujudan majalah ini mengiktiraf kami di dalam dunia ini.


Sedar atau tidak, kami wujud dari golongan yang tidak mengenal usia iaitu sekecil-kecil anak sehinggalah sedewasa manusia yang boleh dipanggil atuk. Minat kami sama dan cerita kami juga sama.


Kami semua terhibur apabila jeritan kekili berbunyi dan mampu berzikir menanti rezeki. Acap kali kesabaran kami diuji tetapi hakikatnya kami telah lama bersedia untuk menerima ujian-ujian ini. Insyallah.


Tahniah sekali lagi Majalah Umpan. Majalah yang padat dan mampat isi kandungannya. Kami CREW CL akan sentiasa menyokong dan melanggani majalah ini walaupun tiga bulan sekali.

Kembara Kail Julai 2011 (Bil 32)

Wednesday, June 15, 2011

Sunday, May 15, 2011

Kembara Kail Mei 2011 (Bil 30)



Gurau Senda.. Gelak Ketawa..

Komen Wak JJ " Cerita yg menarik...seronok melihat kaki pancing beraksi... Boleh tahan Abg wan rengit.. besar ikan nya.. perut pun besar juga tu..hehhe"

Wan Rengit di dalam artikel

^*^*^*^*^*^*^

Di suatu petang.. di cybercafe..





Kail Sejenkal : Kau jadi bahan lee!!

Wan Rengit : Sapa lak di bahan aku.. nak kena baham dia nie..

Kail Sejengkal : Ada lee sorang tu kata "ikan besar.. perut pun besar.."

Wan Rengit : Kau tunjuk orang tu.. biar aku libas dengan joran casting aku nie..

Kail Sejengkal : Bukan aku yang tulis tapi Wak JJ ..

Wan Rengit : Wak JJ... Wak JJ kenal aku keee... umaaag-aii.. kalu dia tulis ke .. kata ke.. tak pe.. aku nie peminat dia.. Wak JJ tu kan penulis bebas Kembara Kail kan...


Kail Sejengkal : Aiii.. tadi naik hijau muka.. sekarang nie.. senyum sampai ke tengok pulak dahhh..


Wan Rengit : Kau cakap dengan WAK JJ.. perut besar.. hati senang..



^*^*^*^*^*^*^



itu lah sembang petang bagi menghilangkan penat selepas bekerja.. Sememangnya CREW CL.. kaki kutuk mengutuk dan kutukkan tersebut sebenarnya memberikan "impak maksima" ke arah yang lebih positif.. Tidak disimpan di dalam hati... Asalkan apa yang diutarakan adalah benar, kami akan akui kebenaran tersebut..



maka dari sembang tersebut , tercetus untuk kami CREW CL membuat ulangan bertandang ke lokasi kapal karam yang dimaksudkan.. Insyalllah 30-31 Julai 2011 kami akan menjengah semula..



**Wak JJ meupakan penulis bebas dari Majalah Kembara Kail

Saturday, April 30, 2011

Bermalam Di Selat Melaka (Kapal Karam)

Seperti yang dijanjikan hikayat yang perlu terakan dan ianya sejarah CREW CL..
27&28 April 2011


(Jeti Bagan Tengorak)


Bermula di Jeti Bagan Tengorak, Tanjung Karang CREW CL berkumpul dengan doa agar selamat ketika berada di lautan dan beroleh rezeki yang baik. CREW CL kali ini Wan Rengit (Marshall), Ben, Mat Yie, Iwan dan Panjang. Mereka berlima terpaksa berkorban kerana trip kali ini kekurangan CREW.


(Panjang dengan Kerapu 14kg)


Trip kali ini berpihak kepada Panjang kerana joran jagaannya telah berjaya mendapat sambaran kerapu seberat 14kg pada jam sekitar 10.45 malam yang membuatkan beliau yang ditarik oleh kerapu ini. Nasib baik tekong bot ada sebelah beliau yang membantu menaikan ikan tersebut, kalau tidak.. pasti jadi duyung jantan akibat terjatuh kerana terkejut dengan henyutan ganas ikan ini.



(Wan Rengit (Marshall Trip) sedang menimbang kerapu)


CREW CL merasa puas kerana trip kali ini membuahkan hasil yang baik dari trip-trip terdahulu. Dengan suasana kelengkapan bot yang lengkap dengan katil/kabin tidur, set karaoke serta dapur masak yang selesa membuat CREW CL telah membuat pelaburan yang berbaloi.


Antara hasil tangkapan lain adalah jenahak, siakap batu dan anak-anak kerapu serta ikan-ikan bolos yang terperangkap dengan umpan seperti sotong, hirisan kembong dan anak tamban.



(Kerapu 14kg.. Ikan Target)



(Jenahak, siakap batu dll)



Ben menyerahkan wang sumbangan "Jack Port" kepada Panjang sambil disaksikan oleh Iwan. Jack Port kali ini adalah ikan terberat dan ikan target (Kerapu/Jenahak) berjaya disapu kedua-duanya oleh Panjang.

Friday, April 15, 2011

Kembara Kail Apr 2011 (Bil 29)



Apa cerita Bulan April 2011 nie?

Aduhai...

nak pancing kat parit pun tak sempat...
Cuaca lak tak menentu..
pagi panas.. petang hujan..

Hutan..
Sukan..

Tapi cerita tetap ada.. nantikan.. lepas lepak kedai kopi sejam dua ada le bahannye...

Tuesday, March 15, 2011

Monday, March 7, 2011

CREW CL Ke Kg Kuantan Mencari Sepit

06032011 / 08.00hr-20.00hr

Penulis terpaksa menghantar anak ke majlis perwakilan pelajar dan motivasi, namun tiada alasan untuk CREW CL untuk tidak meneruskan pencarian idaman. Setelah "contact person" dapat dihubungi dan memberikan lampu hijau bagi urusan sewaan bot CREW CL bergerak ke Kg Kuantan.

(Wan Rengit dengan hasilnya... katanya "bukti ituuuuu..")

(Bob terasa sangat bangga dengan udangnya... penat menunggu akhirnya)

Berbekalkan umpan punpun dan anak udang, CREW CL mencari sasaran tersebut dan heretan halus udang berjaya didaratkan di bot yang dijuragankan oleh Brader Azli.

(Tawanan terkumpul)

(Juragan Baru)

Termasuk di kawasan larangan Si Balak hanyut berkaki (Sang Bedal), membrikan pengalaman baru kepada juragan dan CREW. Walaupun hasil tidak sebanyak mana tetapi CREW CL telah membukti kebenaran TRIP CREW CL dipaparan "Mencari Udang Galah Di Kuala Selangor, isu 16 Jan 2011", sang sepit bersembunyi dan berpaut pada pohonan apabila air arusnya deras.


"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"