Tuesday, December 28, 2010

Musim Belum Berakhir

29 DEC 2010, Jam 12.35 tenghari (MMS)

Suntikan semangat dari seorang rakan yang baru mendapat khabar berita dari adiknya yang ketika ini berada di lautan selepas berjaya menjinakkan seekor layaran. Sebelum layaran dinaikkan, enam ekor tengiri telah berjaya diletakkan di dalam "Coolman".


(Shahril bersama layaran 45kg)

Terpancar kepuasan trip Shahril (adik Saleh), membuatkan kami keresahan di lautan batu menjalani tugasan syarikat (Klang Valley). Dari Sg Dulang ke tuas ke kapal karam dan di kapal karam bermula asakan tengiri dan layaran.

Sunday, December 26, 2010

Talapiah Hitam


Gewang gabungan "Tasmanian Devil" bersama "Glitzzy", bermain hanya tempoh tidak hampir sejam membuahkan hasil apabila lubok yang ditinggalkan ketika dulu masih mampu memberikan henjutan ikan pemangsa. Walaupun sedikit kecewa kerana hajat untuk mencari "Peacock Bass" tetapi "bass" tempatan pula menyambar gewang.

Talapiah hitam adalah antara ikan yang suka berlindung di pohonan rendah di tepian tebing tasik berserta dengan pokok-pokok tumbang yang terendam di dasarnya. Sambaran gewang darinya hampir menyamai ikan-ikan "bass" yang lain iaitu serangan hendap dari luboknya.

Kesabaran dan kesungguhan adalah umpan utama untuk bermain "casting" kerana jika jemu untuk membuat balingan pasti pulang dengan tangan kosong.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

**RALAT**

Ada rakan menyatakan ikan tersebut bukannya talapiah sebaliknya Kerapu Tasik
(08 Jan 2011-kail sejengkal)

Saturday, December 25, 2010

Memburu Ikan [speargun]

25 Dec 2010, aku mencari lokasi lubok yang ditinggalkan bergitu lama, kembalinya aku di sini tidak seperti dahulu yang ceria dengan aktiviti memancing. Di dalam hati ku terdetik mungkin ikan di sini lebih besar dari dulu.


(semua sedia baru boleh menyelam)

Sejam setengah merayau, aku terpandang tiga orang "brother" sedang berkubang di dalam kolam memburu ikan dengan menggunakan "Speargun", aku tersenyum kerana aktivti yang pernah aku buat semasa kecil di kampung dahulu. Bezanya peralatannya lebih canggih sikit.

(ikan yang diburu)

Sememangnya hasil brother bertiga ini adalah lumayan. Sempat juga aku bersembang dengan salah seorang dari mereka yang dikenali sebagai brother Rosmie untuk menanyakan lubok yang berpotensi untuk memancing..

(antara hasil buruan oleh brother Rosmie dan rakan-rakan)

Monday, December 20, 2010

19 Dec 2010 Yan Kedah

19 Dec 2010, akhirnya seramai 6 CREW CL berjaya mendapatkan lesen tengiri di Yan Kedah setelah dua tahun penantian yang memenatkan serta menyakitkan. CREW CL terdiri dari Salleh, Ben, Wan, Yie, Iwan serta Big Bro Saleh kini mampu tersenyum puas.

2008 trip pertama, CREW CL dihambat badai laut, 2009 trip ke dua yang membawa kenangan manis untuk Ben kerana memiliki lesen Layaran dan 2010 trip ke tiga merupakan kunjungan berkat yang membuahkan hasil tangkapan yang dianggap berjaya oleh kami di CREW CL.

(^ragam di lautan dan hasil tangkapan)

(^movie clips Ben vs Tengiri (3.70))

(^movie clips Big Bro Saleh (1.10))

(^movie clips Saleh vs Kerapu(0.34))

Monday, December 6, 2010

Ben Bermain Dengan Udang

Empangan pecah akibat dari musim tengkujuh dari lombong mengambil pasir di sekitar Melaka pada 04 Dec 2010 selepas bumi bertuah ini disirami oleh hujan, Ben melangkah mencari lubok-lubok baru baginya untuk mengisi aktiviti terluangnya.

Berbekalkan jorong lembutnya dan umpan hati ayam yang diperam, Ben hanya ingin sekadar mengisi potensi lombong tersebut dan hasil hampir sekilo setengah udang galah berjaya dinaikkan.

(ukuran size udang hampir menyamai botol air mineral 500ml)

(Udang Galah oleh Ben)

Terdapat juga beberapa orang pemancing lain untuk mencari ikan "target" seperti patin, baung, tonsan serta belida bintik berjaya membawa buah tangan untuk digulai. Hanya beriang atau buaya saja yang dibiar menjadi penunggu setia lombong tersebut bagi menjaga ekosistem agar tidak terus dicemari.

Thursday, November 25, 2010

20-21 Nov 2010 Ke Yan Kedah Lagi..

(Kiri : Pijjai degan tengirinya / Kanan : Salleh dan Pak Yob ketika perjalan pulang)

(Pijjai tersenyum puas)

Salleh mempunyai pendirian yang tersendiri, "selagi tengiri tidak dinaikkan oleh joran dan kederatnya, beliau tetap ke Yan Kedah untuk mecari asakkan ikan tersebut". Tarikh 20 Nov 2010 hingga 21 Nov 2010 Salleh berjaya meloloskan diri untuk mencari ikan idamannya.

Teman Saleh kali ini adalah Pak Yob bersama dengan anaknya Pijjai dan rakan sepejabat Chomat dan dua rakan karibnya yang tidak pernal ditinggalkan. Mereka berenam berjaya membuktikan dan menyangkal fakta saya " takut untuk ke laut dalam musim tengkujuh alasan yang diberikan untuk tidak menyertai trip kali ini". Umpan "bulu ayam" adalah percubaan mereka kali ini.

Inilah hasilnya, ikan tengiri, belitung, siakap batu dan banang yang berjaya didaratkan.

(Antara hasil tangkapan yang dapat dirakamkan dan ada juga yang dilepaskan.. putuslah tu..)

Thursday, November 18, 2010

fishbook.my Untuk Sukan Mancing


Sering kita dimaki hamun oleh mereka yang tidak mengerti sukan ini di facebook. Kini dengan ada fishbook.my kita boleh bercerita tentang benda yang sama.

Monday, November 15, 2010

Majalah Kembara Kail Bil 24 (November 2010)


Kini majalah Kembara Kail setelah menyepi seketika berada di pasaran. Keluaran terdahulu adalah Jun 2010 Bil 23.

Saturday, November 13, 2010

Friday, November 12, 2010

Gambar Kelanang2

(wajah-wajah CREW CL sebelum ke laut)

Kelanang2 merupakan penutup tirai CREW CL bermain di lautan disebabkan cuaca yang tidak menentu dan terdapat khabar berita ada bot karam maka inilah masanya kami berpindah padang.

Mungkin kami akan ke tasik, sungai atau kolam untuk mengisi aktiviti CREW CL.

Monday, November 8, 2010

Practise Catch and Release

"The kelah is a Malaysia treasure. Its population is rapidly decreasing because of destruction of habitat, poaching and irresponsible fishing. Please practice catch and release because supply is truly limited"
A message from Kelah Action group Malaysia (KAGUM)

"Kelah adalah barang yang amat bernilai bagi Malaysia. Jumlah bilanganya berkurangan dengan cepat disebabkan oleh kemusahan habitatnya, memasak dan pemancingan yang tidak bertanggungjawab. Sila praktikkan tangkap dan lepas kerana bekalan adalah amat terhad"

**ralat - jika terjemahan tidak menepati kehendak, sila rujuk versi Inggeris.

Sunday, November 7, 2010

Demo Fly Fishing

(Pak Halim - Pakar "Fly Fishing" Malaysia)

05 Nov 2010 hingga 07 Nov 2010, satu karnival Jualan Alatan Pancing dan bertemu dengan Pemancing Propesional dari pelbagai negara di Kompleks Sukan Kelana Jaya.

Aku bertemu rakan sekolah iaitu Black (Syed Shahrul) dan telah menemukan aku dengan pakar Fly Fashing Malaysia iaitu Pak Halim dari Kelah Action Group Malaysia (KAGUM) Apa yang menariknya adalah Pak Halim tidak kedekut ilmu, beliau terus mengajar cara balingan yang betul apabila menggunakan kaedah pancingan "fly fishing".

Aku mampu tersenyum kerana segala persoalan difikiran aku akhir terjawab.. "Jadilah Pemancing Yang Berilmu" Kata Pak Halim

Tuesday, November 2, 2010

Ikan Yang Sama Tetapi Lain Bekasnya

(Ikan Merah Yang Dipam Keluar Dari Luboknya)

(Ikan Merah Yang Dipamkan Ke Lubok Baru)

masih sukar untuk membuat perjumpaan dengan jurukemera kami

disebabkan berlainan pejabat... pejabat dia sejukkk..



Sunday, October 24, 2010

Sunday, October 17, 2010

Kelanang 2 (16 Oct 2010 - 17 Oct 2010)

(Bersama 2 buah boat yang lain)

Trip yang diaturkan oleh Ben selama 3 minggu akhirnya berjaya dijayakan. Kekuatan CREW CL seramai 5 orang dan ditambah dengan 2 orang CREW jemputan cukup memberansangkan.

(Bot Yang Ditekong Oleh Abg Hamzah)

CREW CL kali ini, Ben, Azli, Mat Yie, Wan dan aku disertakan Along (member Wan) dan Kecik (member Ben). Kelanang 2 yang dibawa oleh Tekong Muda Along Leman telah membawa kami ke lubok yang berpontensi untuk menaikkan ikan. Tetapi nasib bukan menyebelahi kami kerana tarikh yang dibuat oleh CREW CL hanyalah untuk kesesuaian CREW.. bukan untuk ikan berebut umpan..

(Ditengah laluan kapal Selat Melaka)

Namun begitu.. ada juga hasil yang dibawa naik ke darat.. (nantikan paparan akan datang)

Friday, October 1, 2010

Siapakah Pemiliknya?

Gedung Di Darat, Kapal Di Laut
(Karya RAI)



Monday, September 6, 2010

Sunday, September 5, 2010

Sunday, August 29, 2010

Permulaan Pencarian Rezeki

Karya Jude I.L

Sunday, August 22, 2010

Tertambat Dek Tali Belati

Karya RAI, 8 AUg 2010



Friday, August 20, 2010

Kelas Mengikat Bukan Memikat

Mari belajar mengikat - tali perambut ke mata kail...

KLIK SINI

Sunday, August 15, 2010

Antara Jasa Dan Budi

Karya RAI 08Aug 2010

Sunday, August 8, 2010

CREW CL - Kelanang 1

Crew CL seramai 12 orang Ke Trip Kelanang

  1. Pak Yop (Marshall A
  2. Reduan
  3. Salleh
  4. Ewan
  5. Indra
  6. Kecik (Member Indra)
  7. Mr Jude
  8. Mr John (Brother Mr Jude)
  9. Azli
  10. Mat yie
  11. Sham
  12. Zali (Marshall B)

Kelanang 1, Part 2

Mat Yie dengan Mayong 6.6kg
Mat Yie berjaya mendapatkan "Jackpot"nya dengan ikan Mayong seberat 6.6kg merupakan ikan terberat trip CL, Manakala Mr Jude hanya diam menyepi setelah ikan Jenahak seberat 0.7kg terpaksa ditolak oleh Marshall bot disebabkan syarat pertandingan adalah ikan terberat.

YDP CL Mr Jude memberikan Hadiah kepada Mat Yie untuk Jackpotnya



Kg Kelanang, Banting

Pada 7 Aug 2010, jam 3.00 petang, Crew CL seramai 12 orang telah berkumpul untuk memastikan trip yang ditugaskan kepada Pak Yop dan gropnya berjalan lancar. Segala peralatan dan umpan telah disediakan.

Hampir jam 5.00 petang, Crew CL sampai ke destinasinya iaitu Kg Kelanang, buat yang ditempah telah tersedia dan kami bergerak ke laut untuk mencuba nasib dan rezeki sekitar jam 6.00 petang.

Pintu Gerbang Ke Jeti Kg Kelanang

Tugu Jeti Pangkalan Nelayan Kelanang

Deretan Bot-bot Para Nelayan Kg Kelanang

Kisah selanjutnya, saya masih menantikan gambar-gambar untuk di"upload"kan daripada jurugambar kami.

Thursday, July 15, 2010

Bersantai Di Batu 4, Port Dickson


Mr Jude, member yang sekian lama mendiamkan diri dari lapangan dunia memancing, kini mula aktif untuk mencari lubok baru dan lama. Sama ada bersendirian atau berkumpulan beliau akan terus mencari kepuasan dalam teriakan kekili beliau dan lenturan joran.



Jeti Batu 4, Port Dickson (kawasan nelayan meletakkan bot), Jude berjaya juga menaikan ikan dari persisiran tersebut.

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"