Sunday, April 29, 2012

Arah Qiblat - Kompas

Contoh Sudut 291

Arah Qiblat mengikut arah kompas
  1. 290 - Sabah / Serawak (Liambang, Sandar, Temusu, Lawang)
  2. 291 - Pulau Pinang / Perak / Kedah / Perlis / Kelantan / Terangganu / Serawak (Miri, Bintulu, Kapit, Sibu , Sri Aman)
  3. 292 - Johor / Melaka / Negeri Sembilan / Selangor / Pahang / Serawak (Samarahan, Kuching)

Monday, April 23, 2012

Ben Di Sg Siput, Melaka


Memancing bersama keluarga adalah aktiviti yang dikongsi oleh Ben. Setiap kali balik ke kampung pasti ada lubok yang akan diterjahnya. Kali ini sasaran tempat di Sg Siput, Melaka merupakan tempat riadahnya. Mereka seramai 8 orang bermain sekitar jam 2.00 petang hingga 6.00 petang pada 22 April 2012 untuk mencari ikan-ikan air tawar.
Sg Siput, Melaka

Sunday, April 22, 2012

Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan

  
 
 
3rd Pit Stop sebelum naik ke Puncak Gunung Datuk
 
Perjalanan dari Shah Alam ke Gunung Datuk mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Bergerak lebih kurang jam 6.00 pagi dan sampai sekitar 7.20 pagi. Setelah pendaftaran dibuat boleh bersarapan di '1st base camp', terdapat gerai yang menyediakan makanan ringan.

Untuk sampai ke '2nd base camp' mengambil masa 2 jam perjalanan dan ke puncak hanya mengambil 5-10 minit sahaja.


Puncak Gunung Datuk (21 April 2012 @ 12.52pm)


Thursday, April 12, 2012

Bersama Muhamad Aniq Akmal

11 April 2012, seawal paginya jam 8.00 aku dan anak ku terpaksa berteduh di bawah pondok menanti hujan reda. Sambil bermain 'game' diPSPnya dan betul-betul menguji kesabarannya dan kesabaran ku.

Jam 9.30 pagi di pot biasa aku terus meletakkan tiga jenis umpan pada tiga batang joran. Dalam setengah jam pertama joran anak ku berjaya menaikkan talapiah. Tersenyum puas kerana hari ini dia berjaya merasa bagaimana larian ikan dan juga menaikkan ikan.


Selepas 45 minit, jorannya sekali lagi disambar tetapi larian ikan tersebut membawa ke tengah kolam. Sambil bertanya "Ayah.. kenapa ikan nie lari ke tengah".. Aku bingkas bangun dan mengambil joran rupa-rupa ibu pacu. Dalam hati aku "masih pertandingan tak nak pulak naik".. Tiba-tiba Wak sebelah aku menjawap.. "dah rezeki Allah beri.. katakan Alhamdulillah itu yang terbaik"
Dan setengah jam terakhir iaitu kira-kira jam 11.15 pagi, barulah joran keramat aku memberikan suntikan semangat kepada ku dengan anak pacu. Ingatkan dah tak henyir lagi dah.. asyik tersarung dan melekat di dinding aje.

Monday, April 9, 2012

Bukit Tabur 08 Apr 2012

Bukit Tabur yang terletak di Taman Melawati / Empang Klang Gate.

Pemandangan yang dipisahkan oleh bukit di mana disebelah kiri merupakan empangan manakala disebelah kanan pula kawasan perumahan
Juga boleh dilihat dari ketinggian Bukit Tabur adalah empangan dan bandaraya Kuala Lumpur.
Untuk menikmati pemandangan ciptaan terbaik dari Maha Esa perlu sedikit cabaran yang harus diharungi. Inilah kaki yang berjaya menjejaki tanah tinggi Bukit Tabur ketika kuat dan masih boleh digagahi buat masa ini. Kepuasan yang perlu dinikmati oleh kita dan ucapan terbaik ketika ini adalah ALHAMDULILLAH sampai juga akhirnya..hi3

Monday, April 2, 2012

Ayuh Santai - Mencari Raja Pancing

1 April 2012, Tasik Bandaran Kelana Jaya seperti yang diiklankan. CREW CL cuba menghantar 4 crew untuk mencuba nasib dengan pelaburan sebanyak RM60 sejoran.

"Raja Pancing Petaling Jaya" itu gelaran yang diberikan kepada pemancing yang berjaya menaikkan ikan terberat dan ikan haruan seberat 1.7kg dinobatkan.


Bagi CREW CL, ikan pacu seberat 0.57kg telah menduduki "ranking" ke 13 setelah beberapa ikan sejenis berjaya dinaikan oleh lain pemancing.

CREW CL - Salleh mengukirkan senyuman kerana 3 ekor pacu yang berjaya dinaikan hanya seekor sahaja yang berjaya menduduki carta.

Dan juga yang terpaksa menggunakan "Catch & Release" disebabkan ikan yang dinaikan tidak dapat dimasukan di dalam carta iaitu kurang dari o.3kg.

Ilmu Laut - Lajunya Helang

Kelajuan Helang Menangkap Ikan
300 km/j merupakan kelajuan yang boleh dicapai oleh burung helang ketika menjunam untuk menangkap ikan.Helang mempunyai daya pengelihatan 8 kali ganda lebih baik dari manusia.
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"