Wednesday, January 18, 2012

Selat Yang Sama tetapi 'Marking" Yang Berlainan

Selat Melaka, ada group tertentu menamakan "Selat" sebagai longkang besar jika dibandingan dengan mainan di Laut China Selatan. Tetapi kami khususnya CREW CL tetapi menghargai dan menghormati semua lokasi pancingan kami.



Terdengar cerita "selat" dikatakan "longkang" maka member CREW CL telah membuktikan longkang juga memberikan hasil yang lumayan jika pandai bermain dengan hari dan waktunya.

Monday, January 16, 2012

Terjah Jeti Kelanang - 14 Jan 2012



Entah macamana agaknya dengan organizer aku nie, tiba-tiba aje roger dan tukar lokasi mainan tetapi katanya tetap pengairan Selat Melaka. Puas juga roger rakan-rakan CREW CL yang lain untuk turun bersama tetapi masing-masing telah mempunyai rancangan.


Kawasan lubok yang sama, cuma point cordinate aje yang berlainan, maka hasil tangkapan juga berlainan. Ikan jenahak, kerapu dan ikan tanda merupakan ikan sasaran dan hasilnya masih ditahap membanggakan.


Kalau ke sini jangan pakai perambut 60-80lb tetapi pakailah 100lb ke atas.

Tuesday, January 10, 2012

Mie Kechik - Kerapu Sea Lion



Dulu, Mie Kechik kalau mahu bermain pasti akan memberitahu geng crew cl, tetapi sekarang Mie Kechik pergi bersama rakan baru yang baru berminat dengan dunia joran. Usaha beliau dengan memperkenalan dunia joran tepat dan sesuai untuk sesi perkenalan di kolam Sea Lion.

Thursday, January 5, 2012

MAJALAH UMPAN VOL 2


Pasti hebat.. 30 Aksesori yang perlu bagi seorang pemancing..

Monday, January 2, 2012

Ilmu Laut - Laut Biru

Kenapa air laut berwarna biru?
Kaca prisma akan terbias menjadi tujuh warna apabila didedahkan kepada matahari. Cahaya matahari merupakan gabungan tujuh warna gelombang yang berbeza-beza. Gelombang warna ini yang menyebabkan air laut berwarna biru atau hijau apabila dipantulkan.


Warna merah, jingga dan kuning pula akan diserap ke air laut dan ianya tidak dapat dipantulkan dan apabila banyak gelombang warna diserapkan maka air laut akan menjadi gelap.
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"