Monday, February 23, 2009

Bermain Di Port Klang (Pulau Angsa)


21&22 Febuari 2009, ahli cari lubok mula mencari padang air untuk memulakan permainan dalam jam 4.00 petang dari Pekan Petaling Jaya ke North Port. Bot nelayan yang ditempah sememangnya telah tersedia menunggu kami di Sg Sireh.

Ahli CL bersedia untuk belayar

Setelah persiapan dan umpan tersedia, kami memulakan aksi setelah 2 jam meninggalkan jeti mencari lubok si sisik yang bermain dan bersantai di dada persisiran laut.

Pemandangan Susur Keluar Ke Muara

Hasil tangkapan lubok pertama hanya memberikan tentangan yang kecil sahaja. Ikan Mayong sebesar tapak tangan dan gelama pisang sebesar 3 jari yang mampu didaratkan ke perut bot. Tekong "Brader Din" sememagnya pandai menjaga hati kami.. saya terpandang papar ringkas yang ditulis oleh beliau " Anda Sopan Kami Segan". Melihat hasil tangkapan yang kurang beliau mempelawa kami untuk mencari lubok baru.


Setia dan sedia berpindah jika kurang mendapat aksi

Saya (zali), Brader Azli, Lan Masai, Mat Yie, Pawang Salleh, Asrul dan Wan Rengit masih bertahan sehingga ke jam 2 pagi untuk terus mencari aksi sebenar si sisik yang diidamkan.. namun si sisik terus rabun mata akibat tiada cahaya bulan untuk menjadi pedoman laut.

Acara seterusnya adalah rebahan badan dalam mencari sudut terbaik meluruskan badan.. Kami peperang apabila jam hampir 4.55 pagi dimana diwaktu ini air pasang pagi. Sehingga jam 9.00pagi kami terus membuat senaman tangan dengan menaikkan ikan gelama pisang, selar dan mayong. Sekali kala buntal dan sesirat menjadi iklan komidi kami di atas bot..

Pawang Saleh seawal pagi membuat kajian dengan gewang yang dibelinya membuahkan hasil setelah berjaya memperdaya si todak cilik.


Pawang Salleh Dengan Todaknya

Manakala Lan Masai dari awal menaik bot sehingga bot di"parking"kan di jeti, beliau berjaya melelapkan matanya dengan jaya... (mabuk laut.. tersalah mimum teh susu..).

Dari atas katil hingga ke bot.. Acara yang paling diminati oleh Lan Masai..

Acara seterusnya di daratan mencari pemenang "Pencari Lubok Bertuah" di mana Wan Renggit berjaya membawa pulang wang sebanyak RM3500.00 setelah berjaya mendaratkan gelama pisang sebesar lengan Asrul.

Wan Renggit dapat Wang Ringgit (RM3500 untuk beli set baru)

Hasil tangkapan yang tertangkap oleh Ahli-ahli CL

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"