Tuesday, January 26, 2010

Di Teluk Gong - Rumah Rakit

Akhirnya 25 Jan 2010, berjaya juga saya memegang joran yang hampir 4 bulan ditinggalkan. Permulaan yang baik untuk tahun 2010. Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat CREW CL untuk melayani hari minggu.

antara ikan yang berjaya didaratkan

hasil tangkapan disiang dan sedia untuk digoreng...

Banyak gelama dari ikan idaman dan banyak juga ikan yang tidak di idam berjaya diletakkan dilantai rumah rakit. Sembilang dan duri pun ada juga...

buntal lagi...!!!

"kalau dulu mawi raja sms, kini IWAN RAJA BUNTAL"..."Buntal pun buntal lah... janji naik ikan heeeee"

Sebahagian hasil tangkapan Iwan

"Uncle Iwan .. jangan j-less adik dapat sisik... heee"

En Hazalah - Penaja Umpan Segar CREW CL

Friday, January 15, 2010

Sembang Petang Bersama CREW CL

Salam sejahtera,

Sememangnya CREW CL tidak berhenti mencari lubok-lubok baru atau lama. Ke lubok lama adalah bertujuan bagi sesi mengulang sejarah yang lalu samada hasil tangkapan yang lebih baik atau lebih baik yang dulu.. Ke lubuk baru selepas mendapat cerita dari CREW Peninjau CL yang main terjah ke mana dipelawa..

Biasanya kalau duduk di kedai-kedai kopi ini, geng-geng yang hadir mesti kena tebal telinga.. tahan untuk kutukan maut dari rakan-rakan.. termasuklah aku.. nasib baik ada baca KK ada juga tip-tip untuk menepis kutukan

"Kalau hari-hari nak dapat ikan, lebih baik ke pasar selayang"


Kembara Kail Bil 18 m/s 10... heee..

Selamat membaca....

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Mohon maaf kerana blog ini kurang aktif kebelakangan ini... Banyak hal-hal keluarga yang berlaku dan tidak dapat dielakkan. Sibuk pula dengan urusan pejabat sehingga ruang ini tidak dapat dikemaskinikan.

Insyallah dengan Tahun 2010 ini, kami CREW CL akan mencari paparan yang terbaik dikongsikan bersama.

Sekian,

Selamat Tahun Baru..
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"