Monday, May 11, 2009

Rumah Rakit Klang

Brader Azli pergi mencari lubok baru pada 09 May 2009 untuk diteroka dan hasilnya hampir setengah "coleman" berjaya dipenuhkan dengan ikan gelama.. yang pasti set yang digunakan telah diuji keberkesanannya...

Bermain di rumah rakit mampu memberikan tarikan jika kena hari dan bulannya... hujah brader Azli dan dikuatkan dengan ahli-ahli CL...

Lan Masai Di Kongkong, Johor

Lan Masai bercuti dari 01 May 2009 sehingga 10 May 2009 dan salah satu hari keramat beliau bersama dengan tiga rakan Masainya telah pergi bermain SUAK di Kongkong, Johor pada 05 May 2009.

siakap 2.5kg

Antara enam ekor siakap yang berjaya didaratkan salah satu daripadanya berat setelah ditimbang adalah dua kilo setengah dan selebihnya antara tujuh ratus gram hingga sekilo setengah.

Lan Masai sememangnya tidak mabuk laut jika bermain ditepian pantai tanpa ombak.. dan jika terombak sedikit pasti beliau berjaya berehatkan dirinya dari naik ke boat hingga lah balik...

Lan Masai (Berambut Pendek tanpa topi)

Salah seorang Ahli CL yang telah menempah Kekili D.A.M Quick 110N dengan harga RM350.00 setelah membuktikan beliau mampu menahan mabuk (halal punya mabuk) lautnya...

Sunday, May 3, 2009

Trip Ke Yan Kedah..

Kami Crew CL dengan kekuatan 4 orang dari Shah Alam Selangor bergerak menunju ke Yan, Kedah untuk memburu ikan tengiri di lubuk-lubuk tertentu. Sebelum itu , seawal paginya kami berjumpa diperhimpunan bagi menjayakan HARI PEKERJA bersama MTUC di Stadium MPSJ

Perhimpunan Hari Pekerja Di Stadium MPSJ

Kami bergerak pada jam 9.40 malam (1 May 2009) dan sampai di Kepala Batas Jam 1.30 pagi (2 May 2009) dan berehat di rumah crew kami Brader Saleh dan meneruskan perjalanan ke Kuala Dulang Kecil untuk meneruskan pencarian lubok kami.


Kiri Cuaca Baik dan Kanan Ribut Menjelma

Kita hanya mampu merancang tetapi ketentuan adalah hak milik Tuhan Yang Maha Esa. Pada jam 2.30 petang kami di dalam keserabutan menunggu tenggiri yang kurang meragut umpan kami, tiba-tiba tekong memberitahu serta menunjukkan kepada kami ribut akan datang menyerang. Tekong memaksa kami membuat keputusan untuk pulang ke muara.. Suasana tidak selamat jika berada di tengah laut bergelora..

Ribut Terus Mengejar

Saya terus teringat cerita benar yang difilemkan "Perfect Storm".. dan saya serta krew CL amat berterima kasih dengan tekong yang membawa kami walaupun wajah-wajah crew menunjukkan kehampaan tetapi kami kan terus mencuba pada awal tahun hadapan Mac 2010.

Terima kasih kepada crew kami yang sentiasa berusaha, Brader Azli, Mat Yie, Saleh dan Sham memberikan ruangan masa untuk trip ini.. TQ.. Bro..

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"