Tuesday, February 15, 2011

Monday, February 14, 2011

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri

1202011/18.00HR -13022011/06.00HR


Bermain dengan pengairan Selat Melaka (berhampiran dengan Pulau Ketam dan Pulau Angsa) untuk melepaskan geram dan henjutan kecil si selewak amat teruja. Jeti di Sg Buloh, Kuala Selangor adalah titik mula kami. Trip CREW CL pada kali ini berbeza dengan trip-trip di dalam majalah yang sememang mencari bahan untuk paparan majalah. Ikan sasaran kami adalah selewak sebesar botol mineral 500ml sahaja.


(Ikan Sasaran)

Siakap senohong, gelama ikan duri .... di antara potongan pantun melayu dua kerat dan ianya menjadi ikan tangkapan kami di lautan beraruskan air mati ketika ini. Dengan peralatan yang sederhana kecil sahaja dan trip separa-terjah berserta dengan umpan hirisan sotong dan ikan kembong. membolehkan kami menyimpan stok ikan segar selama tiga hari.

(Antara hasil yang tertangkap)

Yang pasti dikalangan kami CREW CL adalah bermulut "leser" juga mencari sasaran crew untuk dijadikan bahan gelak disepanjang perjalanan pergi dan balik (dalam kereta ataupun bot).

(BOB "OT")

Wednesday, February 9, 2011

SAJAK : Laut Adalah Ranjang

Laut adalah ranjang
Mimpi nelayan

Mereka menebar simpati hati
Memukat mujur
Menjaring takdir

Laut adalah ranjang harapan
Mempamer kilau nisab

Setiap hari mereka memujuk bimbang
Menyelak ombak
Menumbangkan badai

Laut adalah ranjang kehidupan
Kita adalah nelayan yang kehilangan
Ikan perasan


Nukilanrasa
Shapiai Muhammad Ramly
Johor Bahru, Johor
(Metro, Selasa 08 Feb 2011)

Friday, February 4, 2011

Kembali Ke Teluk Gong

3 Februari 2011,

Selepas kami CREW CL menjalani latihan kecergasan di Bukit Gasing antara jan 9.00 hingga 12.00 tengahari. Kami bermalam di Rumah Rakit Teluk Gong (RRTG). Sampai kami di RRTG sekitar jam 11.00 malam maka bermula episod mencari ikan-ikan seperti biasa.

Amat mendukacitakan hasil kami hanya dua ekor ikan duri sebesar botol mineral 500ml sahaja. Sebenarnya air sungai berarus deras dan ikan bersembunyi di lubok-lubok gagah yang tidak mampu kami tembusi.


Nasihat Untuk Rakan,

Jika ke sini, pastikan anda bermain air mati, sekurang-kurangnya ikan buntal dan gelama mengusik umpan anda.
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"