Wednesday, February 29, 2012

MAJALAH UMPAN KELUAR 2 BULAN SEKALI

Satu lagi berita terbaru... peminat Majalah Umpan kali ini ahan dikeluarkan 2 bulan sekali .... maka CREW CL ada yang melanggan.. seterusnya berita terbaiklah... uhhhoooii


Saturday, February 18, 2012

Membangau

Nak tergelak bila duk terbaca satu atikel 'alam maya' nie..

Membangau - menunggu ikan memakan umpan.. keh..keh..keh biasa terjadi nie.. keh..keh..keh

apa masalah ikan nie... umpan sama aje dengan puak lain.. REZEKI masing-masing kata-kata penyejuk hati.. uwahhhhhh

Thursday, February 16, 2012

Joran Bahru tue.. Ikan pong...

Brader Ed.. sempat mencari set joran baru di sekitar Port Dickson disebelah petang selepas sesi bengkel kerja syarikat..

Siang sakit kepala..
malam layan pantai...
dapat pulok gelamo..
kecik UMAAAAAA-i

Wednesday, February 8, 2012

Rumah Api 05-06 Febuari 2012

Permulaan dan pertanda baik dari CREW CL untuk trip pertama di awalan tahun selepas musim tenkujuh berlalu. Walaupun agak terlambat trip yang diaturkan tetapi pengumpulan crew mengambil masa yang agak lama kerana ramai crew terlibat di dalam aktivti syarikat.

(CREW CL 2012)

Aku terpaksa menarik diri selepas mengalami masalah kesihatan dan Ben selakunya penyelaras telah berusaha mencari pengganti. (Sorry CREW CL.. Insyallah trip lain pasti ada..). Seramai 14 orang CREW telah mendaftar dan terdapat beberapa CREW baru ingin ingin merasai apa yang kami alami selama ini.

( Umpan Segar)

Trip yang memberikan kepuasan kerana aktiviti mencari umpan dengan menggunakan apollo adalah memberikan cabaran kepada CREW. Umpan yang menjadi diet makanan utama merupakan ikan disekitar kawasan pancingan. Maka terhasillah tangkapan yang diidamkan (Syukur Alhamdullilah) .

(Mejamu selera selepas trip memancing)

(Bob pemenang Jack-Pot ikan terberat)

Sememangnya selepas turun ke laut, CREW CL akan menjamu selera di mana-mana kedai dan yang pastinya makanan yang dihidangkan pasti sedap kerana kelaparan. Menyerahkan hadiah jack-pot adalah merupakan agenda yang dinantikan. Bob telah berjaya menaikan 'baracuda' seberat 24kg berjaya menewaskan rakan-rakan yang lain.

(Tidur bersama baracuda 24kg)

(Kepuasan Kaki Pancing)

Thursday, February 2, 2012

Ilmu Laut - Pusaran Air

(Air pusar di persisiran pantai Malaysia)


Pusaran Air

Ianya sering berlaku di kawasan yang menpunyai terumbu karang yang besar yang tidak rata dan ianya juga bergantung kepada pasang surutnya air laut itu samada kecil atau besar yang ketara.

Kawasan tersebut juga memberikan petanda bahawa kawasan tersebut mempunyai banyak ikan.

Tetapi perlu di ingat bahawa ianya juga boleh mengundang bencana.
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"