Wednesday, March 27, 2013

Bersama Aniq Akmal Di Gunung Bukit Kutu. (26 Mac 2013)

Berkemah di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bahru memberikan pengalaman baru kepada Muhamad Aniq Akmal dalam mengenali dan menikmati dunia ciptaan Tuhan. Ketinggian gunung 3456 kaki telah membuktikan beliau mampu untuk menjejaki ke puncak ini.
 

Muhamad Aniq Akmal
 
Kehadirannya juga dapat memberikan peluang untuk mengenali hasil peninggalan sejarah lampau iaitu perumahan british yang menjadikan benteng utama pertahanan Kolonel British.
 
Bersama rakan sekolah (Sek Keb Dato Onn Jaafar, Komplek Sekolah Wawasan)

Monday, March 4, 2013

Ke Pulau 9, Lumut Perak (02-03 Mac 2013)

Contoh pengiraan takwim adalah memberikan petanda-petanda terbaik tetapi malangnya cuaca yang tidak menentu membuatkan kamu buntu. Ikan tidak bergitu selera untuk menjamah umpan anak bilis yang disediakan. sotong segar dan ikan selar segar yang dihiris cantik juga tidak memberikan sentuhan.
 
Tarikh dan waktu ini akan direkodkan untuk rujukan yang akan datang.  Kalau Pulau 9 kurang memberikan tarikan yang baik, maka nantikan Pulau Jarak pula.
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"