Monday, December 31, 2012

Di Suatu Lokasi


Akur dengan notis tersebut...


Monday, December 3, 2012

Cabaran Memancing MAHA 2012

02 Dec 2012 di Tasik MAEPS Serdang, beberapa CREW CL menyertai pertandingan memancing dan mencuba tuah di Cabaran Memancing MAHA 2012.

Tag Joran
Crew CL telah dijanjikan untuk menarik dan mendaratkan ikan tetapi malangnya spesis ikan yang dinaikkan tidak dipertandingkan. Berpuluh-puluh ekor keli dari jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang berjaya dinaikkan tanpa masalah. Masalah yang dihadapi adalah patin tak mahu menjamah adunan dedak kami.

Saturday, December 1, 2012

Membangau Sajee..

mana nak cari...??!!

Wednesday, November 14, 2012

Kenyir 9-13 Nov 2012

Ke Kenyir pada 9-13 Nov 2012 bersama geng casting KL sememangnya memberikan pengalaman yang terbaik kepada kami. Melihat peralatan yang digunakan dari ke bot aluminiumnya sehingga umpan tiruan, mereka ini berhak untuk dijadiakan bahan rujukan kepada peminat majalah UMPAN kerana terdapat edisi untuk mereka.

Team Bottom - Kenyir
Kami berlima cuba mencelah untuk menyahut cabaran dengan menggunakan kaedah baru dan juga menjiwai penggunaan pancingan lama seperti mengawai dan memasang 'tajuh' (pacing tebing menggunakan pancangan kayu dan ditinggalkan).

beruangtanah

beruang tanah

Monday, October 22, 2012

Pulau Sembilan (20-21 Oct 2012)

Repeat Trip Endau-Mersing terpaksa ditangguhkan disebabkan tekong ada mesyuarat persatuan, so dalam keadaan kelam kabut, Ben CREW CL dapat mengadakan TRIP TERJAH ke Pulau Sembilan, Perak.

Ben, Wan Rengit, Lan dan Din
Kami bergerak dari Shah Alam ke Lumut pada jam 4.30 pagi dan sampai ke lokasi pada jam 9.00 pagi dengan menggunakan dua buah kenderaan. Cukup selesa.


Lokasi memancing hampir ke semuanya berhampiran dengan pulau-pulau. Kerisauan untuk mencari tempat berlindung bila ribut melanda terus hilang. Sememangnya semuanya tahu, trip kali ini bakal berhujan kerana setiap penghujung tahun inilah cuacanya.


Pasang surut laut ketika ini adalah air mati menuju ke pasang besar. Tidak memerlukan batu ladung bersaiz 18 atau 20, cukup dengan menggunakan bersaiz 8, 10 atau 12. Trip kali ini banyak menggunakan batu ladung kerana lokasi pilihan cabaran merupakan di celah-celah batu karang.

Cameramen CREW CL
Aktiviti pancingan terhenti disebelah malam jam 10.00 sehingga 2.30 pagi disebabkan hujan lebat tetapi ada CREW yang mampu bertahan kesejukan dan mata untuk merasai tarikan ikan di sini. Inilah hasilnya sebelum diagih-agihkan bahagian masing-masing. Syukur Alhamdulillah..





Sunday, October 14, 2012

Gunung Angsi (13 Oct 2012) 2702ft

akan up load pada masa terdekat

Sunday, October 7, 2012

Tuesday, October 2, 2012

Kenyir (29 Sep 2012 - 01 Oct 2012)

 Aku diperlawa dan dijemput oleh rakan kampus untuk beraksi di Kenyir. Tempoh masa yang diberikan sememang amat singkat dan akhirnya aku bersetuju untuk mengikuti. Bersama dengan group KL dan Serbak Bernam, kami bertemu dan berpisah juga di hentian Genting Sepah.

Perjalanan yang mengambil masa selama lebih 6 jam sememangnya amat meletihkan. Kami berkonvoi dengan 5 biji kenderaan menuju ke Kenyir. Keletihan hilang apabila ternampak "bot house" di Jeti Pengkalan Kawi.

Jeti Pangkalan Kawi
Bot House Kembara Kenyir
Semasa Perjalanan Ke Destinasi.
Buruan dan habuan di sini adalah kaloi, toaman, sebarau, lampan dan yang pasti kelah. Kenyir merupkan sebahagian dari dunia pancing yang akan memberikan kepuasan bagi yang meminati aktiviti santai dan juga lasak. Trip 3 hari 2 malam sememangnya berbaloi.

Sunday, September 2, 2012

Ilmu Laut - Luas Laut

Luasnya Laut.

Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan Lautan Artik merupakan kawasan daratan yang saling berhubung dan bergabung untuk menjadikan permukaan bumi ini 70 peratus ditengelami oleh air.

ummi-hatiyangterluka.blogspot.com
Lautan adalah merujuk kepada kawasan pengairan yang besar serta luas manakala laut pula merupakan pengairan kecil.

Thursday, August 2, 2012

Ilmu Laut - Pasang Dan Surut

Bagaimana terjadinya pasang surutnya laut?

Sebenarnya pasang surut laut adalah berpunca daripada daya tarikan graviti bulan. Tarikan ini akan menarikan air laut apabila melalui sesuatu kawasan. Ianya menyebabkan gelombang laut menjadi meninggi dan dipanggil air pasang.

rahma-ampel.blogspot.com
 Bergitu juga sebaliknya apabila bulan beredar dari sesuatu garisan maka kawasan yang lain juga menjadi turun dan naiknya air laut.

syalalasabria.blogspot.com
Apabila daya tarikan bulan dan juga matahari berada di satu garisan lurus ianya juga boleh menyebabkan berlakunya gelombang yang lebih besar.

(Bila bulan penuh biasanya air pasang tinggi dan bila bulan gelap dipanggil air mati..)

Monday, July 2, 2012

Ilmu Laut - Pasir

Pasir Pantai Mengeras

Pasir pantai akan mengeras apabila air laut surut disebabkan pasir ketika itu berkeadaan lembab dan molikul air ketika ini mempunyai tarikan yang menarik antara satu sama lain dan ianya dipanggil "tegangan permukaan'. Apabila ianya terjadi pasir akan melekap dan menjadi lebih padat.

spy.my

Friday, June 29, 2012

Arah Qiblat - Bintang


Di siang hari kita berpandukan bayang-bayang matahari untuk menentukan qiblat bagi menunaikan kewajiban bersolat Zohor dan Asar.

Maka di malam hari pula penentuan arah qiblat boleh dilihat melalui bintang dilangit. Gambar di atas adalah jajaran bintang selari dan gugusan bintang yang menunjukkan arah panduan kita mencari arah qiblat. 

Tuesday, June 19, 2012

Menjejaki Pulau Tioman 17 Jun 2012

Saya menamakan trip kali ini trip mewah kerana pada 17 Jun 2012 saya dan beberapa crew CL telah dijemput untuk mengenali Kepualauan Tioman ini. Trip kali ini dengan menaiki bot laju berenginkan 400hp dan keluar ke laut pada jam 9.00 pagi dan pulang semula ke darat pada jam 12.30 tengah hari semata-mata ingin memasuk ikan segar.

Untuk mendapatkan ikan sebesar ini hanya perlu dipinggiran pantai sahaja.

Ikan yang dipancing juga hanya menggunakan koyan atau ambuh dengan tali tangsi 80lb boleh mendaratkan berpuluh-puluh ekor ikan. Chef Wan Magoru telah bersedia dengan resipi masakan iaitu masak asam pedas.

hirisan ikan dan yangdigoreng.
Chef Wan Magaru
Sementara menunggu untuk turun kali ke dua selepas bersolat asar, saya sempat juga mempelajari cara-cara menyediakan umpan bulu ayam dan jenis mata kail yang sesuai untuk menduga ikan di persisiran pantai dan beberapa kepulauan sekitar Pulau Tioman ini.




Tuesday, June 5, 2012

Trip Short 4x4 - Lubuk

2-3 Jun 2012,
Permulaan Trip
Trip dua hari satu malam bersama dengan seorang guide yang menemani kami seramai 6 orang ke lokasi yang amat damai dan memperosanakan.
Set & Barangan Yang Di Bawa
Kami membawa set 'light casting'  untuk cuba menawan beberapa jenis ikan seperti toman, sebarau, lampam dan baung. Juga umpan anak ikan pinpin, anak keli dan juga gewang bagi mencari aksi tarikan ikan-ikan di tasik ini.
Lokasi - Base Camp
Kami sampai ke base camp agak lewat disebabkan beberapa kekeliruan teknikal seperti masa dan tempat. Alhamdulillah kami berjaya mengatasi dengan cara yang terbaik.

3 Bersaudara
 Seperti yang dijanjikan oleh rakan kami, guide yang menemani kami sememang bagus kerana "costing" yang dilaburkan untuk trip ini adalah cukup makan dan tidur.

Ben Dengan Sebarau
Dari petang, malam, tengah malam dan sampailah pagi, semua lubuk telah diteroki dan dibaling dengan semua umpan yang di bawa, akhirnya kami berjaya membawa hasil ikan-ikan target dengan cara ala-tradisional.

Saturday, June 2, 2012

Ikan Segar Untuk Disiang

Cukup seminggu lauk yang akan disiang.

Ilmu Laut - Mabuk Laut

Mabuk Laut
Apabila pergerakan tidak menentu, sesalur separuh bulat telinga akan menghantar isyarat ke otak namum otak tidak menerima isyarat yang sama. Oleh demikian otak akan memberikan tindakbalas ransangan seperti loya dan pening.


Untuk mengurangkan mabuk laut, kita boleh memandang objek yang jauh supaya mata kita dapat memokus sudut yang lebih kecil dan berkurangan.

Tuesday, May 29, 2012

Arah Qiblat - Bayang-bayang


Tidak mempunyai kompas bagi menentukan arah qiblat.

Gunakan bayang-bayang kita untuk menjadikan arah panduan qiblat. Biasakan diri anda untuk mengetahui masuk waktu solat seperti yang dijadualkan setiap bulan untuk setahun waktunya.

Contohnya 29 May 2012 waktu Solat Zohor adalah 01:13 petang manakala waktu Solat Asar adalah 4:38 petang.Tiba sahaja waktu tersebut, ambil sebatang objek dan pancangkanlah di tanah yang rata dan ambillah jatuhnya bayang-bayang tersebut untuk dijadikan arah qiblat.

Monday, May 21, 2012

19-20 May 2012 - Endau Mersing

18 May 2012 sekitar jam 11.00 malam kami CREW CL seramai 5 orang (sepatutnya 6 orang - seorang terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatan) bergerak dari Ibu Kota ke Rompin, Pahang. Lebih kurang 5 jam perjalanan akhirnya kami sampai ke jeti LKIM - Rompin. Kami berhenti rehat di sebuat masjid sebelum menaik bot yang telah ditempah 3 bulan lepas. Selepas bersolat dan  berserapan maka kami menalefon tekong.

Rupa-rupanya kami tersalah jeti, bot yang ditempah di jeti LKIM Endau Mersing (Tanjung Gemuk). Aduhai.. jaraknya hampir 40km jauhnya bezanya dari lokasi kami. Sepatutnya kami menaiki bot 7.30 pagi kini terpaksa ditunda selama sejam setengah. Alhamdullilah, akhirnya sampai dan hajat kami untuk menduga Laut China Selatan.
Double Strike - Jigging - Cupak
Sekian lamanya jig aku terseimpan di dalam kotak keselamatan dan akhirnya berjaya mendaratkan si cupak dengan sela masa 10 minit selepas Ir-wan dan 15 minit selepas itu Ben berjaya mendaratkannya.

Lan Dengan Gerut-gerut
1st time turun ke laut, Lan menjadi juara antara CREW CL kerana berjaya menaikan ikan-ikan target di persekitaran pulau seawal pagi merah.

Ben - Jenahak
 Ben juga berjaya mendaratkan beberapa ekor ikan spesis yang lain. Semua gewang, jig dan umpan dicuba untuk menawan hati ikan-ikan di sini.


Wan Rengit bersama Kerapu
Sama hebatnya si Wan Rengit pelbagai ikan berjaya didaratkan dan disimpan di dalam coolman untuk dibawa pulang. 
Sebahagian Hasil Tangkapan


Monday, May 7, 2012

GP Selangor 2012 - Tasik Cyberjaya

Pada 06 May 2012, CREW CL telah menghantar rombongan memancing di Tasik Cyberjaya dengan mewakilkan perwakilan seramai 5 orang untuk meletakkan antara "tuah" atau "tulah". Dari gambaran yang dilaporkan semasa mendaftar ikan seperti pacu dan patin yang dianggarkan mempunyai berat lebih dari 2kg telah bermastautin di tasik ini.


Tetapi ternyata hampar, ikan target pacu tidak mengusik langsung umpan kami sebalik peserta lain berjaya mendaratkan patin dari 2.2kg sehingga 5.3kg dengan umpan dedak perisa rahsia tersendiri. Rentung dan mangkau kami seperti bangau menunggu ikan timbul.. huk-huk


Seterusnya tunggu sesi membangau biru di Tasik Kota Puteri pada 20 May 2012.

Wednesday, May 2, 2012

Ilmu Laut - Peraturan

Peraturan Lautan


Apabila kapal di laut mempunyai laluan yang sama dan boleh menyebabkan pelanggaran, maka telah ditetapkan peraturan untuk mengelak pelanggaran tersebut dengan memastikan pengemudian kapal membelok atau memusingkan kapal ke arah kanan.




Tuesday, May 1, 2012

Yan Kedah Bersama Salleh & D'geng 29April 2012

Hari yang dirancang bersama rakan-rakan sememangnya memberikan habuan yang mengalakkan. Hampir setiap bulan "geng" bersama Saleh atau tidak, pasti ada ikan yang disasarkan dapat didaratkan.
Yan Kedah
Malahan hasil setiap kali turun memancing akan dijual terus ke peraih, dapat RM400-RM500 sememangnya menyeronokkan.


Sunday, April 29, 2012

Arah Qiblat - Kompas

Contoh Sudut 291

Arah Qiblat mengikut arah kompas
  1. 290 - Sabah / Serawak (Liambang, Sandar, Temusu, Lawang)
  2. 291 - Pulau Pinang / Perak / Kedah / Perlis / Kelantan / Terangganu / Serawak (Miri, Bintulu, Kapit, Sibu , Sri Aman)
  3. 292 - Johor / Melaka / Negeri Sembilan / Selangor / Pahang / Serawak (Samarahan, Kuching)
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"