Monday, August 1, 2011

Bagan Tengorak @ Tanjung Karang

CREW CL dengan kekuatan anggota seramai 10 orang telah merancang lebih dari dua bulan untuk kembali menguji penghuni Selat Melaka. Setelah persiapan telah tersedia crew bergerak pada 30 Julai 2011 jam 5.30 pagi dari sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam menuju ke lokasi yang dihajati.


Bot dan tekong telah lama kami berurusan dan crew bersepakat mengatakan "Tak salah kita menduga kerana rezeki semuanya datang dari Yang Maha Esa". Berbekalkan semangat juang yang tinggi akibat terkena suntikan dari membaca artikel malajah UMPAN "TRIP40LB" dan tamparan hebat dari rakan crew yang berjaya menaikan kerapu pada trip yang lalu, kami gagahkan juga.

Salleh dengan Pecah Periuknya


Sebaliknya di dalam bot, CREW CL berebut-rebut mencari katil dan tilam kerana bukan mudah untuk tidur sambil dibuai ombak lautan (sebenarnya kaki mabuk laut ada di dalam trip ini). Lautan ketika ini agak bergelora membuat bot sentiasa beralun tanpa henti.



Antara hasil tangkapan CREW CL


Jam 2.00 pagi 30 Julai 2011, crew tegar terpaksa menarik diri disebabkan ribut melanda dan kami hanya mampu bertahan dan joran tersisip rapi ditepian bot. Disebelah paginya kami hanya melayan henjutan 'appolo' bagi ikan-ikan kecil untuk 'ole-ole' dibawa pulang.



CREW CL tidak dihampakan walaupun trip yang boleh dikatakan kurang menyengat dengan hidangan istimewa bagi meraikan esoknya 1 Ogos 2011 adalah Ramadhan. Selamat Berpuasa..


Jom layan kolam pulak..

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"