Friday, January 28, 2011

CREW CL - HIKING & TRACKING

Berkemungkinan CREW CL yang terlibat dengan pendakian Gunung Kinabalu akan menarik diri dari aktiviti-aktiviti pemancingan dan berkemungkinan aktiviti memancing akan dijalankan di kolam-kolam terpilih untuk melepaskan rindu heretan dan asakan ikan.

Sesi latihan pendakian dan jadual memancing akan berlaku pertindihan tarikh dan waktu. Maka rancanglah sebaik mungkin jadual CREW CL dan pastikan tahap kewangan mencukupi untuk semua aktiviti.

Monday, January 24, 2011

SEMBILANG DI SG LANGAT

(Sembilang Sg Langat)

23 Jannuari 2011 sekitar jam 9.30 pagi kami bergerak ke sebuah jeti di Sg Langat. Sasaran kami pada kali ini mencari sembilang. Walaupun kami tahu keadaan arus sungai Sg Langat ketika naik dan surut sememang deras, kami terjah juga untuk memuaskan hati.

(Kiri - Berselut Mencari Punpun, Ikan pertama kami cucu duri sebesar ibu jari - Kanan)

Umpan udang segar kami amat mengecewakan kerana tidak diusik oleh seekor ikan pun memaksa En Din berselut untuk mencari Punpun. Hampir 15 minit berselut dan umpun idaman sembilang telah terkumpul, kami memulakan pencarian ikan sasaran.



Panas berjemur untuk menghitam kulit, akhirnya BEN berjaya menaikkan ikan sembilang Sg Langat. Koleksi kami hanya 4 ekor ikan duri dan 2 ekor ikan sembilang. (Ben..! boleh masak asam pedas itu............)

Nasihat untuk rakan-rakan,

Jika ingin bermain sembilang pastikan air Sg Langat berarus sederhana atau perlahan kerana kami telah membuktikan kata-kata orang lama " Ke laut atau ke sungai, tengok-tengoklah kelender pasang surut air". Terjah seperti kami membawa hasil yang kurang memberansangkan tetapi kami tetap merasa puas kerana ada juga heretan ikan-ikan Sg Langat.

Friday, January 21, 2011

Taman Alam Impian, Shah Alam

20 Januari 2011,

(Alam Impian, Shah Alam)

Sesi menghitamkan kulit tangan dan muka di Kolam Taman Alam Impian, Shah Alam, bermain dengan ikan talapiah merah dan hitam sebesar tapak tangan agak melucukan. Bemula jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang sememangnya melekakan kerana sambaran kecil si talapiah membuatkan joran stropic 4.5 meter (9 section) sering melentur lembut.

Ramai juga meminat spesis ini kerana semakin petang semakin ramai pemancing datang dengan pelbagai umpan untuk memperangkap ikan ini. Pemancing kecil juga ramai yang menunjukkan bakat dan gaya mereka.

Sememangnya sukan memancing adalah merupakan aktiviti yang sihat, beriadah serta bersosial kerana di sinilah tempat berkumpul serta bertukar cerita.

Sunday, January 16, 2011

Mencari Udang Galah Di Kuala Selangor

En Din terpaksa mengalah dengan desakan kami berdua (saya & Ben), setelah berminggu-minggu menagih simpati daripada beliau agar menjadi tekong kami untuk mencari udang di Kuala Selangor. Bertapa kuatnya pengaruh Fishbook.my dan Kembara Kail yang membisikkan memancing udang juga mampu memberikan cabaran hebat di dalam dunia sukan memancing.

(Udang Galah Kuala Selangor)

(En Din dengan udang galahnya)

Tanggal 16 Jan 2011, kami berjaya menjejakkan kaki ke pangkalan jeti Kg Sepakat Jaya setelah perbincangan ringkas kami bertiga pada hari Jumaat 14 Jan 2011. Ke Kg Sepakat Jaya sebenarnya mempunyai peluang 50-50 sahaja kerana bot yang bakal disewa tidak bertempah kalau adapun hanya bernasib baik sahaja. Bak kata En Din “ Kita terjah aje”.

( Ben sentiasa berusaha menambahkan koleksinya)

Berbekalkan engin Yamaha 5 k.k kami bertiga mengagahi ke Pangkalan Wak Ayob dan langkah kami adalah langkah kanan dan kiri kerana terdapat bot sederhana kecil dan sesuai untuk kami bertiga serta juga sesuai dengan sewaan bot tersebut termasuk enginnya sekali. Minyak bot En Din “belanja". Engin En Din simpan dalam kereta.


(Si Galah yang mengalah)

(Antara koleksi terbanyak Si Ben)

Walaupun hasilnya kurang memberansangkan tetapi kami berasa puas kerana TRIP TERJAH berjaya menaikkan hampir 15 ekor udang galang dan berpuluh-puluh ekor ikan senangin lawi.

Saturday, January 15, 2011

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tinggal 2010,
Terlalu banyak kenangan dan perkara-perkara yang telah dipelajari. Kini semuanya menjadi sejarah.

Selamat Tahun Baru 2011,
Tahun yang bakal diukir dengan sejarah baru. Semuga apa yang dirancangkan mendapat keberkatan.

Dan AZAM Tahun 2011,
Menyempurnakan azam 2010........
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"