Tuesday, December 28, 2010

Musim Belum Berakhir

29 DEC 2010, Jam 12.35 tenghari (MMS)

Suntikan semangat dari seorang rakan yang baru mendapat khabar berita dari adiknya yang ketika ini berada di lautan selepas berjaya menjinakkan seekor layaran. Sebelum layaran dinaikkan, enam ekor tengiri telah berjaya diletakkan di dalam "Coolman".


(Shahril bersama layaran 45kg)

Terpancar kepuasan trip Shahril (adik Saleh), membuatkan kami keresahan di lautan batu menjalani tugasan syarikat (Klang Valley). Dari Sg Dulang ke tuas ke kapal karam dan di kapal karam bermula asakan tengiri dan layaran.

Sunday, December 26, 2010

Talapiah Hitam


Gewang gabungan "Tasmanian Devil" bersama "Glitzzy", bermain hanya tempoh tidak hampir sejam membuahkan hasil apabila lubok yang ditinggalkan ketika dulu masih mampu memberikan henjutan ikan pemangsa. Walaupun sedikit kecewa kerana hajat untuk mencari "Peacock Bass" tetapi "bass" tempatan pula menyambar gewang.

Talapiah hitam adalah antara ikan yang suka berlindung di pohonan rendah di tepian tebing tasik berserta dengan pokok-pokok tumbang yang terendam di dasarnya. Sambaran gewang darinya hampir menyamai ikan-ikan "bass" yang lain iaitu serangan hendap dari luboknya.

Kesabaran dan kesungguhan adalah umpan utama untuk bermain "casting" kerana jika jemu untuk membuat balingan pasti pulang dengan tangan kosong.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

**RALAT**

Ada rakan menyatakan ikan tersebut bukannya talapiah sebaliknya Kerapu Tasik
(08 Jan 2011-kail sejengkal)

Saturday, December 25, 2010

Memburu Ikan [speargun]

25 Dec 2010, aku mencari lokasi lubok yang ditinggalkan bergitu lama, kembalinya aku di sini tidak seperti dahulu yang ceria dengan aktiviti memancing. Di dalam hati ku terdetik mungkin ikan di sini lebih besar dari dulu.


(semua sedia baru boleh menyelam)

Sejam setengah merayau, aku terpandang tiga orang "brother" sedang berkubang di dalam kolam memburu ikan dengan menggunakan "Speargun", aku tersenyum kerana aktivti yang pernah aku buat semasa kecil di kampung dahulu. Bezanya peralatannya lebih canggih sikit.

(ikan yang diburu)

Sememangnya hasil brother bertiga ini adalah lumayan. Sempat juga aku bersembang dengan salah seorang dari mereka yang dikenali sebagai brother Rosmie untuk menanyakan lubok yang berpotensi untuk memancing..

(antara hasil buruan oleh brother Rosmie dan rakan-rakan)

Monday, December 20, 2010

19 Dec 2010 Yan Kedah

19 Dec 2010, akhirnya seramai 6 CREW CL berjaya mendapatkan lesen tengiri di Yan Kedah setelah dua tahun penantian yang memenatkan serta menyakitkan. CREW CL terdiri dari Salleh, Ben, Wan, Yie, Iwan serta Big Bro Saleh kini mampu tersenyum puas.

2008 trip pertama, CREW CL dihambat badai laut, 2009 trip ke dua yang membawa kenangan manis untuk Ben kerana memiliki lesen Layaran dan 2010 trip ke tiga merupakan kunjungan berkat yang membuahkan hasil tangkapan yang dianggap berjaya oleh kami di CREW CL.

(^ragam di lautan dan hasil tangkapan)

(^movie clips Ben vs Tengiri (3.70))

(^movie clips Big Bro Saleh (1.10))

(^movie clips Saleh vs Kerapu(0.34))

Monday, December 6, 2010

Ben Bermain Dengan Udang

Empangan pecah akibat dari musim tengkujuh dari lombong mengambil pasir di sekitar Melaka pada 04 Dec 2010 selepas bumi bertuah ini disirami oleh hujan, Ben melangkah mencari lubok-lubok baru baginya untuk mengisi aktiviti terluangnya.

Berbekalkan jorong lembutnya dan umpan hati ayam yang diperam, Ben hanya ingin sekadar mengisi potensi lombong tersebut dan hasil hampir sekilo setengah udang galah berjaya dinaikkan.

(ukuran size udang hampir menyamai botol air mineral 500ml)

(Udang Galah oleh Ben)

Terdapat juga beberapa orang pemancing lain untuk mencari ikan "target" seperti patin, baung, tonsan serta belida bintik berjaya membawa buah tangan untuk digulai. Hanya beriang atau buaya saja yang dibiar menjadi penunggu setia lombong tersebut bagi menjaga ekosistem agar tidak terus dicemari.

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"