Tuesday, March 27, 2012

Pulau Tenggul, Dungun, Terenganu

Perjalanan yang mengambil masa selama 5 jam 15 minit dari Shah Alam ke Kuala Dungun sememangnya amat meletihkan. Kami bergerak sekitar jam 2.30 pagi 24 MAc 2012 dan Alhamdulliah sampai jam 8.30 pagi. Tekong kami, Pak Din Ebek telah lama menunggu kami dan kami berserapan pagi di pasar Kuala Dungun.




Destinasi pancingan kami merupakan Pulau Tengul yang mengambil masa selama sejam setengah untuk sampai ke pulau tersebut.

Inilah Pualau Tengul yang amat indah dan memberikan ketenangan yang amat sangat. Hanya kedengaran deruan ombak apabila engin bot dimatikan.

Di sekitar Pulau Tengul terdapat sebuah rumah api yang memberikan panduarah kepada kapal-kapal saudagar dan juga para nelayan negeri Teranganu.


Seperti yang dijanjikan oleh Pak Din Ebek, Insyallah kami pulang tidak dengan tangan kosong. Ikan seperti belitung, anak kerapu bara dan bawal cermin berjaya dinaikan. Cuma kedalaman boleh mencapai 65-75 meter dengan arus deras memaksa kami menggunakan batu ladung sebesar mungkin.

Ikan "jack pot" seperti jenahak juga bermain di sekitar pulau ini jika kena dengan umpan dan masa makannya.

Kata Pak Din "di mana ada cermin, pasti ada ebek tetapi untuk bermain ebek perlu kena masa dan waktunya". 'Trip kamu terlalu awal untuk ebek" sambungnya lagi dan berjaya juga kami menaikan ebek.

Monday, March 12, 2012

Majalah Umpan Vol 3

peghhh... balik aje rumah ada envelop karangkraf... tersenyum lebar hilang penat kerja hari nie... memang dasyattt...

Tuesday, March 6, 2012

Di Pulau Sembilan 03 Mac 2012

Ben, E'one dan Wan berjaya meloloskan diri untuk memancing di Pulau 9. Setelah puas mencari dan menghubungi tekong akhirnya mereka dipelawa oleh group seberang jalan.

E'one dengan kerapu


Wan Rengit dengan Talang


Ben dengan kerapu


Dengan penuh semangat yang tinggi setelah mengkaji cuaca di langit dan menghitung kalender ikan yang terbaik, adakah penghitungan ini berakhir dengan baik..

Alhamdullilah, rezeki pada kali ini menyebelah kami.. Kami datang ketika ikan nak makan.. hi3


Sebahagian hasil tangkapan

Monday, March 5, 2012

Hari Pertandingan Memancing GP Selangor

Di antara Orang Kenamaan yang hadir iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor), Dato' Hj Mojamad Roslan Sakiman (Datuk Bandar Petaling Jaya, MBPJ) dan beberapa tetamu untuk menyokong aktiviti riadah..


Peserta yang berjaya menaik ikan patin pada jam 8.35 pagi selepas 5 minit masa pertandingan bermula dan merupakan johan pertandingan.



Ikan patin seberat 4.6kg yang berjaya meraih hadiah wang tunai RM40,000.

Memancang di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya

Di persimpangan sebelum memasuki ke Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya.

Berkemah untuk menunggu hari pertandingan esok 04 Mac 2012.. Semangat yang tinggi disebabkan jumlah habuan yang ditawarkan sebanyak RM40k [CASH]

Pancang yang telah bertanda diletakkan di lokasi yang rasa-rasa sambaran ikan akan berlaku.. [semangat... esok baru tahu..hi3]
Stiker pancang yang digunapakai pada pancangan jenis Y. [pancang.. jgn tak pancang..]

Pendaftaran Pertandingan Memancing GP Selangor

Suasana semasa pendaftaran pertandingan Memancing GP Selangor anjuran Wak Jali Mgmt. Sekitar jam 10.00 pagi 03 Mac 2012 dah ramai macam nie...


Di antara barisan pemancing terdapat juga wakil CREW CL.. Pak Yob dan member baru dari Gombak iaitu En Mohd Reduan Teoh (tak kedekut ilmu brother nie)

Friday, March 2, 2012

Ilmu Laut - Umur Ikan

Umur Ikan

Untuk mengetahui umur ikan adalah melalui sisiknya. Di sisik ikan mempunyai gegelang tahunan sama seperti usia pokok. Kadar gegelang ikan akan berubah mengikut musim iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk. Gegelang ikan menjadi besar apabila berada di musim bunga dan panas.


Ikan mampu hidup sekitar 40-50 tahun.

Thursday, March 1, 2012

GP Selangor 2012

Anjuran


Dikendalikan Oleh




Bersama 12 Pihak Berkuasa Tempatan


GP Selangor 2012

Di lokasi



  1. Tasik Bandaran, Kelana Jaya

  2. Tasik Cempaka, BB Bangi

  3. Pantai Sg Lang, Sabak Bernam

  4. Tasik Maeps, Serdang

  5. Tasik Kota Puteri, Rawang

  6. Tasik Ampang Hilir, KL

  7. Pantai Remis, Kuala Selangor

  8. Pantai Tanjung Harapan, Klang

  9. Lombong Buaya, Puchong

  10. Tasik Banting, Jurga

  11. Tasik Milenium, Kuala Kubu Baru

  12. Taman Tasik, Shah Alam
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"