Monday, April 6, 2009

Sekitar Port Klang Menguji Minda

Sham (member lama) dengan sistem pesan ringkas (sms) dua minggu lepas telah menjemput saya untuk mengikutnya memancing di Port Klang (Sekitar Pulau Ketam) dan dua hari sebelum 05 April 2009 sekali lagi dijemput dan pengesahan kehadiran.


Sememangnya saya menanti untuk bermain di hamparan ini bagi mengulangi trip terdahulu bersama Crew CL. Sham dengan bapa saudara telah merancang berbulan-bulan tetapi tertangguh disebabkan banyak urusan keluarga perlu dilakukan dan diberikan keutamaan.


Nasib kurang menyebelahi kami, di jeti kami boat feber 14 kaki telah tersadai di tanah akibat sungai surut deras dan kami terpaksa menunggu selama 2 jam untuk menanti air naik. Group kami diteman oleh beberapa group yang lain menjadikan kumpulan ini akan menaiki 4 buah boat berasingan bagi menghadapi cabaran ini.


Walaupun Berpuluh Kali Ke Laut,
Mabuk Halal ini pasti mengiringi Sham

Kami berkumpul serta bersembang mesra seperti telah lama mengenali antara satu sama lain. Bermacam-macam cerita dikeluarkan bagi mententeramkan hati yang resah menanti air naik. Akhirnya kami bercadang untuk menolak boat keluar dari selut, boat kami berjaya dikeluarkan dan seterusnya operasi menarik boat rakan-rakan yang terkandas.

Selepas Mabuk Halal dapat diredakan, terus mendapat "Strike" untuk mendaratkan "tuke" sebesar pingan.


Setelah mendapat umpan udang yang dijala oleh Wak Indon seperti yang dijanjikan kami terus menerokai lubok-lubok yang telah diterokai dengan penanda-penanda yang ditinggalkan pada setiap lubok. Hanya Persatuan tekong-tekong berdaftar sahaja yang mengetahui lokasi tersebut.

Pelbagai Jenis Ikan Yang Berjaya Didaratkan

Hasil tangkap kami kurang memberikan pulangan sisik-sisik yang besar seperti diidamkan tetapi sebaliknya kami berpuashati kerana antara kumpulan yang keluar bersama, kami adalah JUARA GELAMA, hampir separuh kotak"coldman" berjaya dipenuhkan dengan gelama, mayong (ikan duri), tukee (pari kecil), sembilang dan si sisik bernama TANDA... he.. hee.. heee..

Ikan yang dibawa balik.. cukup untuk stok seminggu..

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"