Wednesday, February 9, 2011

SAJAK : Laut Adalah Ranjang

Laut adalah ranjang
Mimpi nelayan

Mereka menebar simpati hati
Memukat mujur
Menjaring takdir

Laut adalah ranjang harapan
Mempamer kilau nisab

Setiap hari mereka memujuk bimbang
Menyelak ombak
Menumbangkan badai

Laut adalah ranjang kehidupan
Kita adalah nelayan yang kehilangan
Ikan perasan


Nukilanrasa
Shapiai Muhammad Ramly
Johor Bahru, Johor
(Metro, Selasa 08 Feb 2011)
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"