Wednesday, September 3, 2008

Lubuk Biasa Yang Berbisa

Lepas Solat Tarawih di kariah masing-masing, kami bertiga berkumpul ditempat yang dijanjikan dan jam 10.30 malam bergerak dari Shah Alam ke lokasi-lokasi lubok lama. Inilah kali pertama saya memancing di dalam bulan Ramadhan. Lebih kurang 40 minit perjalanan dan kami pun sampai tempat yang hendak ditujui.


Mat Yie Merenung Jauh

Dengan suasana yang tenang dan kami melabuhkan dahan joran masing-masing sambil berzikir dan bertasbih serta melayani perasaan yang amat kerdil di sisi Tuhan. Baling udang.. tarik pun dapat udang.. baling lagi... dapat udang lagi.. Manalah pergi jenahak, kerapu, bawal atau siakap ni....

Relex aje... Brader Azli.. nie

Berjaya Didaratkan

Brader Azli.. sedang asyik casting.. terus disambar oleh jenahak (2.5kg) yang bermain dibibir tebing. Malam ini memang malam Brader Azli... selang setengah jam.. sekor lagi jenahak (2.7kg) dapat didaratkan dengan mudah. Dan setengah jam selepas itu, sekor jenahak (3.5kg) yang memburu anak belanak dimata kail Brader Azli..


Dan akhir 3 ekor jenahak didaratkan oleh Brader Azli dengan jayanya dan dibantu oleh tukang tangguk dan tukang tambat... hee. hee

No comments:

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"