Tuesday, September 9, 2008

Indahnya April 17, 2008 Yang Lalu

Saya dan dua rakan joran iaitu Brader Azli & Mat Yie, seperti biasa setiap rabu akan melawati lokasi-lokasi yang kami fikirkan sesuai untuk mencari lubok. Berbekalkan masa yang akan terhad kami meninjau satu lokasi yang sering menjadi tumpuan kaki pancing disekitar Shah Alam.

Zali (4.4kg)

Dua jam pertama kami melayan perasaan dengan mengalunkan zikir-zikir di dalam hati untuk mengisi ruangan masa agar memperolehi keberkatan dan keredhaan yang Tuhan Maha Esa. Kesabaran kami seterusnya diuji dengan hasil rentapan padu siakap betina sedang bertelur (4.4kg) yang bermula dengan aksi daripada saya dan lima belas kemudian Mat Yie pula dengan heretan bertenaga siakap muda (hampir 3.2kg).


Mat Yie (3.2kg)

Kami berdua tersenyum puas dan amat bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Manakala Azli sepuluh mint selepas tengah malam, mesin yang digunakan berdesing nyaring memberikan amaran mata telah berada di dalam mulut siakap. Aksi ditarikan dengan mendaratkan sekor siakap seperti kami juga (4.0kg).

Brader Azli (4.0kg)

Itu semua tinggal menjadi kenangan dan Kami Bersyukur Dengan Ketentuan Dan Rezeki Yang Allah SWT berikan kepada hamba-hambanya seperti kami (Nelayan Kecil Darat)

No comments:

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"