Tuesday, July 2, 2013

Kembali Ke Dungun 29 Jun 2013 - 01Jul 2013

29 Jun 2013 hingga 01 Julai 2013

Trip ke Dungun Terangganu bersama Pak Din Ebek, sememangnya kami sentiasa menghitung hari. Kesukaran untuk mendapatkan tempat di dalam kelender tekong ini amat sukar kerana sepanjang masa tripnya pasti ada tempahan. Perjalanan sejauh 384km dari ibukota dengan lebih 5 jam memandu kereta memerlukan kesabaran yang amat tinggi.
 
Alang dengan 3 jenis tangkapannya
 Seawal pagi di Pasar Besar, tekong bersama awak-awaknya telah bersedia menanti dan bekalan umpan segar yang telah tersedia. Perjalanan dari jeti memakan masa selama 2-3 jam memberikan peluang kepada kami berehat dan membuat persiapan terakhir untuk menguji dan mencuba nasib.
 
Li, Wan Man dan Jijai
 Pengairan di sini telah memberikan kami kepuasan dan pulangan yang baik kerana ikan ebek, kerapu, ibu kelama, kerisik, mayong, tambak dan kerachi yang berskala gred A. Kami tidak mencuba ke tengah atau ke laluan pipe disebabkan air berlalu deras dan sukar diramalkan. Kami juga bersyukur disebabkan cuaca ketika ini amat baik. Crew kali ini hanya seramai 6 orang iaitu Alang, Wak Man, Zali, Li, Hj Yusof dan Jijai memberikan ruangan yang selesa di atas bot yang besar.
Jijai & Zali

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"