Monday, January 28, 2013

Kuala Tahan (Taman Negara) 24-27 Jan 2013

Seperti yang dijanjikan oleh pengajur kami Tuan ZD Sarbak Bernam, kami mengumpulkan kami Krew Kenyir untuk beraksi di taman negara. Setelah hampir 3 bulan perancangan dan tempahan bot bersama dengan guide/bot man akhirnya tanggal 24 Jan 2013 kami berjaya sampai di Jeti Kuala Tahan, Jerantut Pahang untuk 'package' 4 hari 3 malam

Krew kami seramai 12 orang dan 8 orang guide/bot man dengan 4 buah bot mengambil masa selama 5 jam untuk samapi ke hilir sungai. Selepas berserapan pagi sekitar jam 9.00 pagi kami bergerak dan sampai di 'base champ' sekitar jam 2.00 petang.
Teman Sepengangkutan (Mie, Rin dan Zali)
Sememangnya di sini merupakan surga pemancing yang inginkan tarikan ikan bernama kelah. Terdapat banyak lubok ikan yang memberikan pelbagai saiz. Perjalanan menyusur sungai dan denai yang mengambil masa sekitar 1/2 - 1 jam akan hilang apabila asakan ikan yang melarikan umpan sawit kami.

Rin & Zie                                                          Mie
Pastinya makanan malam kami disediakan dengan masakan ala kampung dengan hasil tangkapan kami. Kami akan kembali ke sini lagi untuk meneroka lubuk yang masih belum lagi diterokai.

Zali & Zie merancang strategi setelah tumpas di lubok pertama..
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"