Tuesday, March 27, 2012

Pulau Tenggul, Dungun, Terenganu

Perjalanan yang mengambil masa selama 5 jam 15 minit dari Shah Alam ke Kuala Dungun sememangnya amat meletihkan. Kami bergerak sekitar jam 2.30 pagi 24 MAc 2012 dan Alhamdulliah sampai jam 8.30 pagi. Tekong kami, Pak Din Ebek telah lama menunggu kami dan kami berserapan pagi di pasar Kuala Dungun.




Destinasi pancingan kami merupakan Pulau Tengul yang mengambil masa selama sejam setengah untuk sampai ke pulau tersebut.

Inilah Pualau Tengul yang amat indah dan memberikan ketenangan yang amat sangat. Hanya kedengaran deruan ombak apabila engin bot dimatikan.

Di sekitar Pulau Tengul terdapat sebuah rumah api yang memberikan panduarah kepada kapal-kapal saudagar dan juga para nelayan negeri Teranganu.


Seperti yang dijanjikan oleh Pak Din Ebek, Insyallah kami pulang tidak dengan tangan kosong. Ikan seperti belitung, anak kerapu bara dan bawal cermin berjaya dinaikan. Cuma kedalaman boleh mencapai 65-75 meter dengan arus deras memaksa kami menggunakan batu ladung sebesar mungkin.

Ikan "jack pot" seperti jenahak juga bermain di sekitar pulau ini jika kena dengan umpan dan masa makannya.

Kata Pak Din "di mana ada cermin, pasti ada ebek tetapi untuk bermain ebek perlu kena masa dan waktunya". 'Trip kamu terlalu awal untuk ebek" sambungnya lagi dan berjaya juga kami menaikan ebek.
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"