Friday, January 5, 2018

2018

Still under construction 😨

Sunday, November 16, 2014

Kemaskini Blog

Harap Maaf Blog Cari Lubok di dalam kemaskini...

Monday, May 5, 2014

Siri Joran Wak Jali - MAHA-MAEPS kali ke 2

Pot & Joran yang sentiasa menemani Ben
 
04 May 2014 yang lalu, Wak Jali masih mengadakan pertandingan memancing untuk tahun 2014. Kali ini Krew CL Ben, Saleh dan beberapa orang yang lain masih mencari tempat untuk mendaratkan apa juga spesis ikan yang boleh memberikan point untuk GP Selangor seterusnya.
 
Saleh dah jumpa geng dan tempat lepak sementara menunggu joran mengena
 
Akhirnya Ben berjaya juga menempatkan diri ditangga ke 5 dan tangga yang lain di 155, 165 dan 172.


Ben cakap " Bukan isu duit sekarang tapi point"

Bersama rakan untuk menjamu selera... biasanya terus balik...

Monday, April 14, 2014

Wak Jali - Maha MEAPS

13 Apr 2014,

Crew CL turun untuk mencuba nasib tetapi seperti biasa berjaya membangau dengan Berjaya. Ada sejarah hitam yang terus diperkatakan untuk pertandingan ini.

"Macamana boleh lepas bos.... aduhai..."

Tuesday, April 8, 2014

Curi Curi Pancing 06 Apr 2014

Curi-curi pancing dengan amalan catch & release di sebuah tasik di ibu kota memberikan kepuasan untuk merasai sedikit teriakkan mesin. Bersama dengan anak lelaki dengan kekuatan tali utama sekitar 2-3lb sahaja dan waktu bermain sekitar 2 jam.
 
Sekitar tempoh 2 jam

Talapiah Hitam

Talapiah Hitam
 

Thursday, March 20, 2014

Kelah oh Kelah (15-18 Mac 2014)

Perancang demi perancang.. tertangguh dan terus tertangguh.. akhirnya penyelaras trip Berjaya mendapat lampu hijau dari Jab.Perhutanan Taman Negara untuk membenarkan kami meneruskan trip kelah ini.

Small Group dari Joran Kelah
 
 Walaupun terdapat ahli yang terpaksa menarik diri atas sebab-sebab tertentu, kami yang tiada halangan meneruskan trip yang tertangguh ini. Sememangnya dikala musim kemarau ini, ikan banyak bertapa di lubuk-lubak besar dan jauh ke tengah hutan. Hasil tangkapan selesai dimakan di base champ dan ada juga ole-ole di bawa keluar mengikut kebenaran dalam permit memancing.
 

Sebahagian hasil tangkapan bakal disantap
 
Sedia untuk dipanggang
 

Sekitar Base Champ

Ada lagi ole-ole yang perlu di bawa pulang


Monday, January 13, 2014

Perubahan Vennue dari Tmn Negara ke Kelong BNO (12&13 Jan 2014)

Setelah berkomunikasi panjang lebar, Team Joran Kelah terpaksa menunda tarikh perjalanan ke tarikh yang baru disebabkan gelombang ke 2 telah melanda di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, Pahang.
 
Maka option kami adalah adalah ke Kelong BNO bagi mengisi kuata cuti yang telag diluluskan. Persediaan untuk ke kelong tidak dibuat dengan rapi dan kami terjah sahaja tetapi hasil tetap lumayan.
 
Wan bersama Ikan Tanda
 

Saturday, January 11, 2014

ACARA ANJURAN BH (UNIT JORAN BH 2014)

  1. GP JORAN BH 1
    • Tarikh : 1 & 2 Mac 2014
    • Lokasi : Pantai Puteri, Melaka
  2. GP JORAN BH 2
    • Tarikh : 4 & 5 Apr 2014
    • Lokasi : Tanjung Leman, Johor
  3. BOAT ON THE ROAD (GP CARTOPPER)
    • Tarikh : 25, 26 & 27 Apr 2014
    • Lokasi : Tasik Banding, Perak
  4. GP JORAN BH 3
    • Tarikh : 3 & 4 Mei 2014
    • Lokasi : Teluk Senangin, Lumut, Perak
  5. GP JORAN BH 4
    • Tarikh : 31 Mei & 1 Jun 2014
    • Lokasi : Pekan, Pahang
  6. BOAT ON THE ROAD (GP CARTOPPER CHALLANGE)
    • Tarikh : 6, 7 & 8 Jun 2014
    • Lokasi : Tasik Pedu, Kedah
  7. CANDAT SOTONG BH
    • Tarikh : 21 & 22 Jun 2014
    • Lokasi : Maraang, Terengganu
  8. BH LABUAN INTERNATIONAL TUNA CHALLANGE 2014
    • Tarikh : 22, 23 & 24 Aug 2014
    • Lokasi : Labuan, Sabah
  9. GP JORAN BH 5
    • Tarikh : 5 & 6 Sep 2014
    • Lokasi : Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah
  10. GP JORAN BH 6 GRAND SLAM
    • Tarikh : 10 & 11 Okt  2014
    • Lokasi : Kuala Dungun, Terengganu
  11. LANGKAWI INTERNATIONAL FISHING TOURNEMENT
    • Tarikh : 14, 15 & 16 Oct  2014
    • Lokasi : Koh Adang, Satun
  12. BOAT ON THE ROAD GRAND SLAM CARTOPPER CHALLENGE
    • Tarikh : 14, 15 & 16 Nov 2014
    • Lokasi : Tasik Kenyir, Terengganu

Tuesday, January 7, 2014

01Jan2014.. Ben.. Ben



Pemandangan indah di sebuah lombong di Perak menjadi lapangan padang pertama Ben melayangkan benang jorannya. Setelah puas menaikan beberapa PB, Ben bersama ayah dan anak berehat santai menikmati keindahan alam yang dibeli oleh pakciknya di kawasan ini.

Lombong Perak

Tiba-tiba joran yang diletakkan umpan cacing meletur dan kelili berdesing kuat. Hampir 10 minit Ben bermain dengan ikan yang dikenali loee.

Ben bersama ikan tangkapan terbesarnya.

Tuesday, December 31, 2013

Monday, December 30, 2013

Grand Slam GP Selangor 29 Dec 2013

Sesi pendaftaran Grand Slam GP Joran yang dikawal selia oleh Wak Jali bagi merebut hadiah utama wang tunai sebanyak RM60,000 pada 28 Dec 2013.


WakJali dikaunter pendaftaran

Crew CL, Bob, Saleh dan Ben telah bersedia untuk acara penutup dan seterusnya penutupan kalender joran 2013.

Bob, Saleh dan Ben

Ikan Patin 25.4kg

Friday, November 1, 2013

Tuesday, October 29, 2013

BNO (27-28 Oktober 2013)

Sebulan  setengah ber'whatapps' dengan Abg Bot untuk menjayakan trip ke BNO, dimana dua kumpulan iaitu kumpulan darat (Joran Kelah) dan kumpulan laut (Bangau) bertemu di kelong.
 
Kami bergerak dari Shah Alam sekitar jam 12.00 tengah hari dan berjumpa di Jeti BNO pada 3.40 petang dengan juah perjalanan lebih kurang dua jam sahaja. Setelah mengambil umpan yang ditempah dan kami bergerak ke kelong. Team Bangau secara peribadi menyatakan trip BNO ini adalah yang kali pertama. Apa habuan dan main di sana tidak kami ketahui. Jika tahupun sekadar dari mulut ke mulut.
 
Sememangnya terdapat banyak ikan di sini dan sekiranya ingin ke kelong ini pastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat dan kena.. Jika sebaliknya pasti tali utama sentiasa meletup (putus) dan ikan yang diperolehi akan terlepas semasa menangguknya.
 
 
 Group Bangau dalam bincang sembang petang bagi menjayakan trip BNO.
 
 

Thursday, September 19, 2013

Royal Belum (14-17 Sept 2013)

Perancangan untuk mencari kelah, sebarau, tengas dan baung dibuat dan dijadualkan 2 (dua) bulan sebelum tarikh perjalanan iaitu 14-17 Sept 2013 (4 (empat) hari, 3 (tiga) malam) telah berjalan lancar.
Seperti yang dijanjikan pertemuan semua crew adalah di sebuah masjid di pekan Grik, Perak dan bersolat subuh di situ. Selepas bersarapan dan mencari barang-barang keperluan terakhir sebelum menaiki bot dan seterusnya terpaksa treking mencari basecamp yang sesuai.
 
Crew Trip 14-17 Sep 2013
 Perjalanan dari jeti ke depot menyerahan permit memacing mengambil masa 2 (dua) jam dan 1 (satu) jam ke lokasi pendaratan bot terakhir. Kami seramai 13 orang bersama seorang botman (Man) dan juga orang asli tempatan menemani ke base-camp berhampiran.
 
Base Hawau 14 RAMD
Dengan cuaca hujan disebelah petang dan malam, aktiviti kami masih dapat dijalankan dengan lancar untuk mencari ikan-ikan pilihan bagi masakan disebelah malam. Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik walaupun terdapat peristiwa cemas seperti teriakan Abang Long (Orang Besar) yang terlalu hampir dengan tempat pancingan dan camp kami.


Monday, September 9, 2013

Gunung Bujang Melaka (07-08 Sep 2013)

Permandangan di kaki Gunung Bujang Melaka

 
Crew WAR Sdn Bhd seramai 5 orang berjaya menemani Kumpulan IPTA UiTM Penang seramai 35 orang termasuk pelajar dan staff pada 7-8 Sep 2013 ke puncak Gunung Bujang Melaka. Perjalanan mengambil masa 4 (empat) hingga 5 (lima) jam perjalanan dari Masjid An-Nur ke base camp untuk hari pertama. Berkemah dengan cuaca hujan pada jam 21:00hr-23:00hr sememangnya memberikan cabaran dan pengalaman baru bagi peserta.
 
Bersama Guide (Captain) Apit - WAR Sdn Bhd
 Manakala perjalanan dari base camp ke puncak mengambil masa selama 1 (satu) jam pada hari ke 2 (dua) dan balik ke starting point.

rakan crew


Thursday, August 1, 2013

Sunday, July 7, 2013

Hiking & Treking Bukit Tabur, Tmn Melawati 06 Jul 2013

06 Julai 2013


Bukit Tabur, Tmn Melawati
Perancangan selama sebulan untuk mengumpulkan Hiker bagi aktiviti terakhir sebelum menyambut awal Ramadhan berjalan lancar. Walaupun terdapat beberapa orang perseorangan terpaksa menarik diri disaat-saat terakhir tidak mematahkan semangat hiker yang lain.
TNB Petaling Jaya

Berkumpul di perkarangan pejabat sekitar jam 7.00 pagi dan bergerak ke kaki Bukit Tabur, Taman Melawati sekitar jam 7.20 pagi. Hiking & Treking bermula pada jam 8.20 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.
Pendakian santai bersama 9 orang hiker sambil menikmati suasana alam semula jadi. 

Tuesday, July 2, 2013

Kembali Ke Dungun 29 Jun 2013 - 01Jul 2013

29 Jun 2013 hingga 01 Julai 2013

Trip ke Dungun Terangganu bersama Pak Din Ebek, sememangnya kami sentiasa menghitung hari. Kesukaran untuk mendapatkan tempat di dalam kelender tekong ini amat sukar kerana sepanjang masa tripnya pasti ada tempahan. Perjalanan sejauh 384km dari ibukota dengan lebih 5 jam memandu kereta memerlukan kesabaran yang amat tinggi.
 
Alang dengan 3 jenis tangkapannya
 Seawal pagi di Pasar Besar, tekong bersama awak-awaknya telah bersedia menanti dan bekalan umpan segar yang telah tersedia. Perjalanan dari jeti memakan masa selama 2-3 jam memberikan peluang kepada kami berehat dan membuat persiapan terakhir untuk menguji dan mencuba nasib.
 
Li, Wan Man dan Jijai
 Pengairan di sini telah memberikan kami kepuasan dan pulangan yang baik kerana ikan ebek, kerapu, ibu kelama, kerisik, mayong, tambak dan kerachi yang berskala gred A. Kami tidak mencuba ke tengah atau ke laluan pipe disebabkan air berlalu deras dan sukar diramalkan. Kami juga bersyukur disebabkan cuaca ketika ini amat baik. Crew kali ini hanya seramai 6 orang iaitu Alang, Wak Man, Zali, Li, Hj Yusof dan Jijai memberikan ruangan yang selesa di atas bot yang besar.
Jijai & Zali


Monday, June 24, 2013

Bagan Tengorak, Tanjung Karang 22-23 Jun 2013



22-23 Jun 2013 (13-14 Syaaban 1434)

Hampir ke semua rakan pancing menegur kami kerana keluar ke laut pada waktu ini disebabkan air laut pasang tinggi dan agak bergelora. Antara takut dan berani kami 11 orang crew mencuba nasib kerana buat yang ditempah sememangnya amat sukar untuk diperolehi. Wan Besau selama 4 bulan telah menempah tarikh tersebut dan hanya tarikh tersebut sahaja yang kekosongan. 

Pak Yob menerima wang tunai dan set kekili selaku juara trip ini.
Kam bergerak ke Bagan Tengorak lebih kurang jam 3.00 pagi dan sasaran kami akan sampai di jeti jam 6.00 pagi. Perancangan rapi Wan Besar sebagai penyelaras trip dan dibantu oleh crew yang lain agar semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah tiada sekatan atau halangan setakat ini.
Pak Yop danTekong Wan Man bersama kerapu 17kg 
 Wak Man tekong bot kami tersenyum atas komitmen yang diberikan oleh kami kerana berjaya sampai awal daripada tekong. Biasanya tekong akan menunggu crew pemancing. Perjalanan ke lubok pertama memakan masa selama hampir 2 jam setengah. Sekitar jam 9.45 pagi semua crew telah memulakan balingan walaupun terpaksa menggunakan batu ladung berskala 18-22 disebabkan air mengalir laju. Ketika inilah kami diasak dengan pelbagai spesis ikan.
Hasil Tangkapan untuk diagihkan.
Trip 2 hari 1 malam berjaya mendaratkan kerapu, tengiri, haruan tasik, alu-alu, rut-rut, tamban dan cencaru.  Dan yang pastinya cerita kami akan memakan masa selama 3 bulan di setiap sudut kedai apabila rakan-rakan pancing diajak bersembang.
 

Sunday, June 9, 2013

Water Rafting Sg Kampar 08 Jun 2013

Bersama dengan 4 orang rakan dan bersetuju untuk melakukan satu aktiviti tinjauan iaitu Water Rafting di Sg Kampar, Perak sememangnya menyeronokkan. Aktiviti yang dijalankan sekitar jam 2.00 petang dan memerlukan masa selama 2 hingga 3 jam.
 
 
Setiap peserta akan diberikan taklimat daripada guide dan satu sesi 'water confident' akan dijalankan untuk mengetahui  taknik yang betul untuk aktiviti ini.
 
Terima Kasih untuk Cikgu Sull, Mie (PPJ) dan Ben

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"