Bukit Tabur, Tmn Melawati |
Perancangan selama sebulan untuk mengumpulkan Hiker bagi aktiviti terakhir sebelum menyambut awal Ramadhan berjalan lancar. Walaupun terdapat beberapa orang perseorangan terpaksa menarik diri disaat-saat terakhir tidak mematahkan semangat hiker yang lain.
TNB Petaling Jaya |
Berkumpul di perkarangan pejabat sekitar jam 7.00 pagi dan bergerak ke kaki Bukit Tabur, Taman Melawati sekitar jam 7.20 pagi. Hiking & Treking bermula pada jam 8.20 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.
Pendakian santai bersama 9 orang hiker sambil menikmati suasana alam semula jadi.