22-23 Jun 2013 (13-14 Syaaban 1434)
Hampir ke semua rakan pancing menegur kami kerana keluar ke laut pada waktu ini disebabkan air laut pasang tinggi dan agak bergelora. Antara takut dan berani kami 11 orang crew mencuba nasib kerana buat yang ditempah sememangnya amat sukar untuk diperolehi. Wan Besau selama 4 bulan telah menempah tarikh tersebut dan hanya tarikh tersebut sahaja yang kekosongan.
Kam bergerak ke Bagan Tengorak lebih kurang jam 3.00 pagi dan sasaran kami akan sampai di jeti jam 6.00 pagi. Perancangan rapi Wan Besar sebagai penyelaras trip dan dibantu oleh crew yang lain agar semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah tiada sekatan atau halangan setakat ini.
Wak Man tekong bot kami tersenyum atas komitmen yang diberikan oleh kami kerana berjaya sampai awal daripada tekong. Biasanya tekong akan menunggu crew pemancing. Perjalanan ke lubok pertama memakan masa selama hampir 2 jam setengah. Sekitar jam 9.45 pagi semua crew telah memulakan balingan walaupun terpaksa menggunakan batu ladung berskala 18-22 disebabkan air mengalir laju. Ketika inilah kami diasak dengan pelbagai spesis ikan.
Trip 2 hari 1 malam berjaya mendaratkan kerapu, tengiri, haruan tasik, alu-alu, rut-rut, tamban dan cencaru. Dan yang pastinya cerita kami akan memakan masa selama 3 bulan di setiap sudut kedai apabila rakan-rakan pancing diajak bersembang.