Trip ke Dungun Terangganu bersama Pak Din Ebek, sememangnya kami sentiasa menghitung hari. Kesukaran untuk mendapatkan tempat di dalam kelender tekong ini amat sukar kerana sepanjang masa tripnya pasti ada tempahan. Perjalanan sejauh 384km dari ibukota dengan lebih 5 jam memandu kereta memerlukan kesabaran yang amat tinggi.
Alang dengan 3 jenis tangkapannya |
Seawal pagi di Pasar Besar, tekong bersama awak-awaknya telah bersedia menanti dan bekalan umpan segar yang telah tersedia. Perjalanan dari jeti memakan masa selama 2-3 jam memberikan peluang kepada kami berehat dan membuat persiapan terakhir untuk menguji dan mencuba nasib.
Li, Wan Man dan Jijai |
Pengairan di sini telah memberikan kami kepuasan dan pulangan yang baik kerana ikan ebek, kerapu, ibu kelama, kerisik, mayong, tambak dan kerachi yang berskala gred A. Kami tidak mencuba ke tengah atau ke laluan pipe disebabkan air berlalu deras dan sukar diramalkan. Kami juga bersyukur disebabkan cuaca ketika ini amat baik. Crew kali ini hanya seramai 6 orang iaitu Alang, Wak Man, Zali, Li, Hj Yusof dan Jijai memberikan ruangan yang selesa di atas bot yang besar.
Jijai & Zali |