(CREW CL 2012)
Aku terpaksa menarik diri selepas mengalami masalah kesihatan dan Ben selakunya penyelaras telah berusaha mencari pengganti. (Sorry CREW CL.. Insyallah trip lain pasti ada..). Seramai 14 orang CREW telah mendaftar dan terdapat beberapa CREW baru ingin ingin merasai apa yang kami alami selama ini.
( Umpan Segar)
Trip yang memberikan kepuasan kerana aktiviti mencari umpan dengan menggunakan apollo adalah memberikan cabaran kepada CREW. Umpan yang menjadi diet makanan utama merupakan ikan disekitar kawasan pancingan. Maka terhasillah tangkapan yang diidamkan (Syukur Alhamdullilah) .
(Mejamu selera selepas trip memancing)

(Bob pemenang Jack-Pot ikan terberat)
Sememangnya selepas turun ke laut, CREW CL akan menjamu selera di mana-mana kedai dan yang pastinya makanan yang dihidangkan pasti sedap kerana kelaparan. Menyerahkan hadiah jack-pot adalah merupakan agenda yang dinantikan. Bob telah berjaya menaikan 'baracuda' seberat 24kg berjaya menewaskan rakan-rakan yang lain.
(Tidur bersama baracuda 24kg)

(Kepuasan Kaki Pancing)

Selat Melaka, ada group tertentu menamakan "Selat" sebagai longkang besar jika dibandingan dengan mainan di Laut China Selatan. Tetapi kami khususnya CREW CL tetapi menghargai dan menghormati semua lokasi pancingan kami.



Kaca prisma akan terbias menjadi tujuh warna apabila didedahkan kepada matahari. Cahaya matahari merupakan gabungan tujuh warna gelombang yang berbeza-beza. Gelombang warna ini yang menyebabkan air laut berwarna biru atau hijau apabila dipantulkan.