Monday, January 16, 2012

Terjah Jeti Kelanang - 14 Jan 2012



Entah macamana agaknya dengan organizer aku nie, tiba-tiba aje roger dan tukar lokasi mainan tetapi katanya tetap pengairan Selat Melaka. Puas juga roger rakan-rakan CREW CL yang lain untuk turun bersama tetapi masing-masing telah mempunyai rancangan.


Kawasan lubok yang sama, cuma point cordinate aje yang berlainan, maka hasil tangkapan juga berlainan. Ikan jenahak, kerapu dan ikan tanda merupakan ikan sasaran dan hasilnya masih ditahap membanggakan.


Kalau ke sini jangan pakai perambut 60-80lb tetapi pakailah 100lb ke atas.

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"