Wednesday, February 8, 2012

Rumah Api 05-06 Febuari 2012

Permulaan dan pertanda baik dari CREW CL untuk trip pertama di awalan tahun selepas musim tenkujuh berlalu. Walaupun agak terlambat trip yang diaturkan tetapi pengumpulan crew mengambil masa yang agak lama kerana ramai crew terlibat di dalam aktivti syarikat.

(CREW CL 2012)

Aku terpaksa menarik diri selepas mengalami masalah kesihatan dan Ben selakunya penyelaras telah berusaha mencari pengganti. (Sorry CREW CL.. Insyallah trip lain pasti ada..). Seramai 14 orang CREW telah mendaftar dan terdapat beberapa CREW baru ingin ingin merasai apa yang kami alami selama ini.

( Umpan Segar)

Trip yang memberikan kepuasan kerana aktiviti mencari umpan dengan menggunakan apollo adalah memberikan cabaran kepada CREW. Umpan yang menjadi diet makanan utama merupakan ikan disekitar kawasan pancingan. Maka terhasillah tangkapan yang diidamkan (Syukur Alhamdullilah) .

(Mejamu selera selepas trip memancing)

(Bob pemenang Jack-Pot ikan terberat)

Sememangnya selepas turun ke laut, CREW CL akan menjamu selera di mana-mana kedai dan yang pastinya makanan yang dihidangkan pasti sedap kerana kelaparan. Menyerahkan hadiah jack-pot adalah merupakan agenda yang dinantikan. Bob telah berjaya menaikan 'baracuda' seberat 24kg berjaya menewaskan rakan-rakan yang lain.

(Tidur bersama baracuda 24kg)

(Kepuasan Kaki Pancing)

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"