Friday, February 1, 2013

Feb 2013

Tiada aktiviti / aktikel dipaprkan.

Monday, January 28, 2013

Kuala Tahan (Taman Negara) 24-27 Jan 2013

Seperti yang dijanjikan oleh pengajur kami Tuan ZD Sarbak Bernam, kami mengumpulkan kami Krew Kenyir untuk beraksi di taman negara. Setelah hampir 3 bulan perancangan dan tempahan bot bersama dengan guide/bot man akhirnya tanggal 24 Jan 2013 kami berjaya sampai di Jeti Kuala Tahan, Jerantut Pahang untuk 'package' 4 hari 3 malam

Krew kami seramai 12 orang dan 8 orang guide/bot man dengan 4 buah bot mengambil masa selama 5 jam untuk samapi ke hilir sungai. Selepas berserapan pagi sekitar jam 9.00 pagi kami bergerak dan sampai di 'base champ' sekitar jam 2.00 petang.
Teman Sepengangkutan (Mie, Rin dan Zali)
Sememangnya di sini merupakan surga pemancing yang inginkan tarikan ikan bernama kelah. Terdapat banyak lubok ikan yang memberikan pelbagai saiz. Perjalanan menyusur sungai dan denai yang mengambil masa sekitar 1/2 - 1 jam akan hilang apabila asakan ikan yang melarikan umpan sawit kami.

Rin & Zie                                                          Mie
Pastinya makanan malam kami disediakan dengan masakan ala kampung dengan hasil tangkapan kami. Kami akan kembali ke sini lagi untuk meneroka lubuk yang masih belum lagi diterokai.

Zali & Zie merancang strategi setelah tumpas di lubok pertama..

Sunday, January 20, 2013

Kampar, Perak - 19 Jan 2013

Mie Kecik, berjaya meloloskan dan melarikan diri dari kesibukan tugasan kerja ke Kampar, Perak bersama abangnya Afiz untuk meninjau lubok hangat yang diperkatakan kaki pancing. Suasana dan sekitar lubok yang nyaman dan beberapa lokasi yang terbaik serta mempunyai pelbagai pilihan 'port' adalah punca Mie Kecik hadir ke sini.

 Mie dan Afiz

Hasil tangkapan selama 4 jam
Setelah perbincangan singkat, kami CREW CL akan mengunjungi lubok ini untuk menjadikan satu lokasi aktiviti kami.



Monday, December 31, 2012

Di Suatu Lokasi


Akur dengan notis tersebut...


Monday, December 3, 2012

Cabaran Memancing MAHA 2012

02 Dec 2012 di Tasik MAEPS Serdang, beberapa CREW CL menyertai pertandingan memancing dan mencuba tuah di Cabaran Memancing MAHA 2012.

Tag Joran
Crew CL telah dijanjikan untuk menarik dan mendaratkan ikan tetapi malangnya spesis ikan yang dinaikkan tidak dipertandingkan. Berpuluh-puluh ekor keli dari jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang berjaya dinaikkan tanpa masalah. Masalah yang dihadapi adalah patin tak mahu menjamah adunan dedak kami.

Saturday, December 1, 2012

Membangau Sajee..

mana nak cari...??!!

Wednesday, November 14, 2012

Kenyir 9-13 Nov 2012

Ke Kenyir pada 9-13 Nov 2012 bersama geng casting KL sememangnya memberikan pengalaman yang terbaik kepada kami. Melihat peralatan yang digunakan dari ke bot aluminiumnya sehingga umpan tiruan, mereka ini berhak untuk dijadiakan bahan rujukan kepada peminat majalah UMPAN kerana terdapat edisi untuk mereka.

Team Bottom - Kenyir
Kami berlima cuba mencelah untuk menyahut cabaran dengan menggunakan kaedah baru dan juga menjiwai penggunaan pancingan lama seperti mengawai dan memasang 'tajuh' (pacing tebing menggunakan pancangan kayu dan ditinggalkan).

beruangtanah

beruang tanah
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"