Seperti yang dijanjikan oleh pengajur kami Tuan ZD Sarbak Bernam, kami mengumpulkan kami Krew Kenyir untuk beraksi di taman negara. Setelah hampir 3 bulan perancangan dan tempahan bot bersama dengan guide/bot man akhirnya tanggal 24 Jan 2013 kami berjaya sampai di Jeti Kuala Tahan, Jerantut Pahang untuk 'package' 4 hari 3 malam
Krew kami seramai 12 orang dan 8 orang guide/bot man dengan 4 buah bot mengambil masa selama 5 jam untuk samapi ke hilir sungai. Selepas berserapan pagi sekitar jam 9.00 pagi kami bergerak dan sampai di 'base champ' sekitar jam 2.00 petang.
Teman Sepengangkutan (Mie, Rin dan Zali) |
Sememangnya di sini merupakan surga pemancing yang inginkan tarikan ikan bernama kelah. Terdapat banyak lubok ikan yang memberikan pelbagai saiz. Perjalanan menyusur sungai dan denai yang mengambil masa sekitar 1/2 - 1 jam akan hilang apabila asakan ikan yang melarikan umpan sawit kami.
Rin & Zie Mie |
Pastinya makanan malam kami disediakan dengan masakan ala kampung dengan hasil tangkapan kami. Kami akan kembali ke sini lagi untuk meneroka lubuk yang masih belum lagi diterokai.
Zali & Zie merancang strategi setelah tumpas di lubok pertama.. |