Monday, April 15, 2013

Kemaman, Terengganu - 12-14 Apr 2013

Bermain pada di awal bulan Jamadilakhir 1434, sememang menyaksikan batu ladung bersaiz 720 terapung di permukaan laut. Laut tidak bergitu bergelora dengan cuaca yang sangat cantik. Aktiviti terbaik berehat di dalam bot menantikan aliran air yang perlahan untuk mencari ikan selar dan cencaru bagi memastikan coldman tidak kosong.
 
Rezeki tidak memihak kepada kami.

Wednesday, March 27, 2013

Bersama Aniq Akmal Di Gunung Bukit Kutu. (26 Mac 2013)

Berkemah di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bahru memberikan pengalaman baru kepada Muhamad Aniq Akmal dalam mengenali dan menikmati dunia ciptaan Tuhan. Ketinggian gunung 3456 kaki telah membuktikan beliau mampu untuk menjejaki ke puncak ini.
 

Muhamad Aniq Akmal
 
Kehadirannya juga dapat memberikan peluang untuk mengenali hasil peninggalan sejarah lampau iaitu perumahan british yang menjadikan benteng utama pertahanan Kolonel British.
 
Bersama rakan sekolah (Sek Keb Dato Onn Jaafar, Komplek Sekolah Wawasan)

Monday, March 4, 2013

Ke Pulau 9, Lumut Perak (02-03 Mac 2013)

Contoh pengiraan takwim adalah memberikan petanda-petanda terbaik tetapi malangnya cuaca yang tidak menentu membuatkan kamu buntu. Ikan tidak bergitu selera untuk menjamah umpan anak bilis yang disediakan. sotong segar dan ikan selar segar yang dihiris cantik juga tidak memberikan sentuhan.
 
Tarikh dan waktu ini akan direkodkan untuk rujukan yang akan datang.  Kalau Pulau 9 kurang memberikan tarikan yang baik, maka nantikan Pulau Jarak pula.

Friday, February 1, 2013

Feb 2013

Tiada aktiviti / aktikel dipaprkan.

Monday, January 28, 2013

Kuala Tahan (Taman Negara) 24-27 Jan 2013

Seperti yang dijanjikan oleh pengajur kami Tuan ZD Sarbak Bernam, kami mengumpulkan kami Krew Kenyir untuk beraksi di taman negara. Setelah hampir 3 bulan perancangan dan tempahan bot bersama dengan guide/bot man akhirnya tanggal 24 Jan 2013 kami berjaya sampai di Jeti Kuala Tahan, Jerantut Pahang untuk 'package' 4 hari 3 malam

Krew kami seramai 12 orang dan 8 orang guide/bot man dengan 4 buah bot mengambil masa selama 5 jam untuk samapi ke hilir sungai. Selepas berserapan pagi sekitar jam 9.00 pagi kami bergerak dan sampai di 'base champ' sekitar jam 2.00 petang.
Teman Sepengangkutan (Mie, Rin dan Zali)
Sememangnya di sini merupakan surga pemancing yang inginkan tarikan ikan bernama kelah. Terdapat banyak lubok ikan yang memberikan pelbagai saiz. Perjalanan menyusur sungai dan denai yang mengambil masa sekitar 1/2 - 1 jam akan hilang apabila asakan ikan yang melarikan umpan sawit kami.

Rin & Zie                                                          Mie
Pastinya makanan malam kami disediakan dengan masakan ala kampung dengan hasil tangkapan kami. Kami akan kembali ke sini lagi untuk meneroka lubuk yang masih belum lagi diterokai.

Zali & Zie merancang strategi setelah tumpas di lubok pertama..

Sunday, January 20, 2013

Kampar, Perak - 19 Jan 2013

Mie Kecik, berjaya meloloskan dan melarikan diri dari kesibukan tugasan kerja ke Kampar, Perak bersama abangnya Afiz untuk meninjau lubok hangat yang diperkatakan kaki pancing. Suasana dan sekitar lubok yang nyaman dan beberapa lokasi yang terbaik serta mempunyai pelbagai pilihan 'port' adalah punca Mie Kecik hadir ke sini.

 Mie dan Afiz

Hasil tangkapan selama 4 jam
Setelah perbincangan singkat, kami CREW CL akan mengunjungi lubok ini untuk menjadikan satu lokasi aktiviti kami.



Monday, December 31, 2012

Di Suatu Lokasi


Akur dengan notis tersebut...

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"