Wednesday, May 2, 2012

Ilmu Laut - Peraturan

Peraturan Lautan


Apabila kapal di laut mempunyai laluan yang sama dan boleh menyebabkan pelanggaran, maka telah ditetapkan peraturan untuk mengelak pelanggaran tersebut dengan memastikan pengemudian kapal membelok atau memusingkan kapal ke arah kanan.




Tuesday, May 1, 2012

Yan Kedah Bersama Salleh & D'geng 29April 2012

Hari yang dirancang bersama rakan-rakan sememangnya memberikan habuan yang mengalakkan. Hampir setiap bulan "geng" bersama Saleh atau tidak, pasti ada ikan yang disasarkan dapat didaratkan.
Yan Kedah
Malahan hasil setiap kali turun memancing akan dijual terus ke peraih, dapat RM400-RM500 sememangnya menyeronokkan.


Sunday, April 29, 2012

Arah Qiblat - Kompas

Contoh Sudut 291

Arah Qiblat mengikut arah kompas
  1. 290 - Sabah / Serawak (Liambang, Sandar, Temusu, Lawang)
  2. 291 - Pulau Pinang / Perak / Kedah / Perlis / Kelantan / Terangganu / Serawak (Miri, Bintulu, Kapit, Sibu , Sri Aman)
  3. 292 - Johor / Melaka / Negeri Sembilan / Selangor / Pahang / Serawak (Samarahan, Kuching)

Monday, April 23, 2012

Ben Di Sg Siput, Melaka


Memancing bersama keluarga adalah aktiviti yang dikongsi oleh Ben. Setiap kali balik ke kampung pasti ada lubok yang akan diterjahnya. Kali ini sasaran tempat di Sg Siput, Melaka merupakan tempat riadahnya. Mereka seramai 8 orang bermain sekitar jam 2.00 petang hingga 6.00 petang pada 22 April 2012 untuk mencari ikan-ikan air tawar.
Sg Siput, Melaka

Sunday, April 22, 2012

Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan

  
 
 
3rd Pit Stop sebelum naik ke Puncak Gunung Datuk
 
Perjalanan dari Shah Alam ke Gunung Datuk mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Bergerak lebih kurang jam 6.00 pagi dan sampai sekitar 7.20 pagi. Setelah pendaftaran dibuat boleh bersarapan di '1st base camp', terdapat gerai yang menyediakan makanan ringan.

Untuk sampai ke '2nd base camp' mengambil masa 2 jam perjalanan dan ke puncak hanya mengambil 5-10 minit sahaja.


Puncak Gunung Datuk (21 April 2012 @ 12.52pm)


Thursday, April 12, 2012

Bersama Muhamad Aniq Akmal

11 April 2012, seawal paginya jam 8.00 aku dan anak ku terpaksa berteduh di bawah pondok menanti hujan reda. Sambil bermain 'game' diPSPnya dan betul-betul menguji kesabarannya dan kesabaran ku.

Jam 9.30 pagi di pot biasa aku terus meletakkan tiga jenis umpan pada tiga batang joran. Dalam setengah jam pertama joran anak ku berjaya menaikkan talapiah. Tersenyum puas kerana hari ini dia berjaya merasa bagaimana larian ikan dan juga menaikkan ikan.


Selepas 45 minit, jorannya sekali lagi disambar tetapi larian ikan tersebut membawa ke tengah kolam. Sambil bertanya "Ayah.. kenapa ikan nie lari ke tengah".. Aku bingkas bangun dan mengambil joran rupa-rupa ibu pacu. Dalam hati aku "masih pertandingan tak nak pulak naik".. Tiba-tiba Wak sebelah aku menjawap.. "dah rezeki Allah beri.. katakan Alhamdulillah itu yang terbaik"
Dan setengah jam terakhir iaitu kira-kira jam 11.15 pagi, barulah joran keramat aku memberikan suntikan semangat kepada ku dengan anak pacu. Ingatkan dah tak henyir lagi dah.. asyik tersarung dan melekat di dinding aje.

Monday, April 9, 2012

Bukit Tabur 08 Apr 2012

Bukit Tabur yang terletak di Taman Melawati / Empang Klang Gate.

Pemandangan yang dipisahkan oleh bukit di mana disebelah kiri merupakan empangan manakala disebelah kanan pula kawasan perumahan
Juga boleh dilihat dari ketinggian Bukit Tabur adalah empangan dan bandaraya Kuala Lumpur.
Untuk menikmati pemandangan ciptaan terbaik dari Maha Esa perlu sedikit cabaran yang harus diharungi. Inilah kaki yang berjaya menjejaki tanah tinggi Bukit Tabur ketika kuat dan masih boleh digagahi buat masa ini. Kepuasan yang perlu dinikmati oleh kita dan ucapan terbaik ketika ini adalah ALHAMDULILLAH sampai juga akhirnya..hi3
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"