Thursday, April 12, 2012

Bersama Muhamad Aniq Akmal

11 April 2012, seawal paginya jam 8.00 aku dan anak ku terpaksa berteduh di bawah pondok menanti hujan reda. Sambil bermain 'game' diPSPnya dan betul-betul menguji kesabarannya dan kesabaran ku.

Jam 9.30 pagi di pot biasa aku terus meletakkan tiga jenis umpan pada tiga batang joran. Dalam setengah jam pertama joran anak ku berjaya menaikkan talapiah. Tersenyum puas kerana hari ini dia berjaya merasa bagaimana larian ikan dan juga menaikkan ikan.


Selepas 45 minit, jorannya sekali lagi disambar tetapi larian ikan tersebut membawa ke tengah kolam. Sambil bertanya "Ayah.. kenapa ikan nie lari ke tengah".. Aku bingkas bangun dan mengambil joran rupa-rupa ibu pacu. Dalam hati aku "masih pertandingan tak nak pulak naik".. Tiba-tiba Wak sebelah aku menjawap.. "dah rezeki Allah beri.. katakan Alhamdulillah itu yang terbaik"
Dan setengah jam terakhir iaitu kira-kira jam 11.15 pagi, barulah joran keramat aku memberikan suntikan semangat kepada ku dengan anak pacu. Ingatkan dah tak henyir lagi dah.. asyik tersarung dan melekat di dinding aje.
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"