2-3 Jun 2012,
|
Permulaan Trip |
Trip dua hari satu malam bersama dengan seorang guide yang menemani kami seramai 6 orang ke lokasi yang amat damai dan memperosanakan.
|
Set & Barangan Yang Di Bawa |
Kami membawa set 'light casting' untuk cuba menawan beberapa jenis ikan seperti toman, sebarau, lampam dan baung. Juga umpan anak ikan pinpin, anak keli dan juga gewang bagi mencari aksi tarikan ikan-ikan di tasik ini.
|
Lokasi - Base Camp |
Kami sampai ke base camp agak lewat disebabkan beberapa kekeliruan teknikal seperti masa dan tempat. Alhamdulillah kami berjaya mengatasi dengan cara yang terbaik.
|
3 Bersaudara |
Seperti yang dijanjikan oleh rakan kami, guide yang menemani kami sememang bagus kerana "costing" yang dilaburkan untuk trip ini adalah cukup makan dan tidur.
|
Ben Dengan Sebarau |
Dari petang, malam, tengah malam dan sampailah pagi, semua lubuk telah diteroki dan dibaling dengan semua umpan yang di bawa, akhirnya kami berjaya membawa hasil ikan-ikan target dengan cara ala-tradisional.