Thursday, April 15, 2010
Monday, April 12, 2010
TRIP HAZLALAH PULAU ANGSA
Aksi brother Azli untuk menaikan tangkapannya pada 10 Apr 2010 dan dapat dilihat kelibat penaja umpan untuk pertama kali turun menyaksikan dan merasai gasakan kecil dan manja Pulau Angsa...

Wednesday, March 17, 2010
Trip CREW CL Pulau Angsa
Seperti yang dijanjikan pic clip trip CL ke Pulau Angsa pada 13 Mac 2010 yang lalu
http://cari-lubok.blogspot.com
Monday, March 15, 2010
Ke Pulau Angsa
Aku, Azly, Mat Yie, Indra, Wan dan En Hamdan mengubat luka atas ketiadaan sambaran kecil atau besar di Tanjung Dawai, Yan, Kedah ke Pulau Angsa Port Klang pada 13 Mac 2010.
Hasilnya penuh coolman dengan gelama dan mayong sebesar jari ibu sehingga sebesar lengan. Trip yang boleh dikatakan membawa kepada senyum lebar semula dan ianya juga untuk menukar tajuk atau haluan pembatalan trip BBQ di Bunglow Terapung..
Nantikan paparan akan datang dengan movie clipnye...
(camera man tak bagi lagi pic... aduhhhhhai macamana nak edit nie..)
Thursday, March 4, 2010
Tuah Badan
Itulah yang dinamakan rezeki, Ben telah menerima sumbangan "JACK POT" CREW CL di atas kejayaan beliau mendaratkan Layaran.
Kini beliau adalah salah seorang pemengang Lesen Besar di kalangan Group CREW CL..
Jack Pot Feb 2010
Wednesday, March 3, 2010
Blue Merlin Dari Indra Hamdan (BEN)
27 Feb 2010 / 13 Rabiul Awal 1431
Selepas bersarapan kami bergerak dalam jam 8.00 pagi dari Tanjung Dawai ke lubuk kapal selam karam ketika di zaman Jajahan British dahulu dengan semangat yang berkobar-kobar untuk mencari hasil tangkapan yang diidamkan. Masa yang diambil hampir satu jam setengah untuk sampai ke distinasi tersebut.
Sampai di sana semua CREW CL terus membuat balingan untuk bermain casting dan juga benaman untuk bermain bottom. Ada juga CREW CL yang mencuba bermain koyan untuk menduga laut dalam.
Kebanyakan CREW CL melayan perasaan masing-masing sehingga hampir dua tiada gigitan atau desingan kekili menyebabkan desingan suara menyatakan ikan berpuasa ketika CREW CL datang.
Antara hampir jam sebelas terdengar jeritan Ben (Indra) membuatkan semua CREW CL terkejut dan disusuli juga dengan jeritan tekong bot A yang masing-masing membuat umpanan hanyut bersama belon.
Akhirnya Ben berjaya mendaratkan Layaran Biru/Hitam seberat 25kg yang bermain selama setengah jam dan berjaya bertawaf di atas bot satu pusingan untuk menewaskan lawannya. Manakala tekong bot A juga hanya mempamerkan skilnya sekitar lima minit untuk menewaskan tengiri seberat 2.3kg.
Blue Merlin
Tuesday, March 2, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"
