Tuesday, January 26, 2010

Di Teluk Gong - Rumah Rakit

Akhirnya 25 Jan 2010, berjaya juga saya memegang joran yang hampir 4 bulan ditinggalkan. Permulaan yang baik untuk tahun 2010. Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat CREW CL untuk melayani hari minggu.

antara ikan yang berjaya didaratkan

hasil tangkapan disiang dan sedia untuk digoreng...

Banyak gelama dari ikan idaman dan banyak juga ikan yang tidak di idam berjaya diletakkan dilantai rumah rakit. Sembilang dan duri pun ada juga...

buntal lagi...!!!

"kalau dulu mawi raja sms, kini IWAN RAJA BUNTAL"..."Buntal pun buntal lah... janji naik ikan heeeee"

Sebahagian hasil tangkapan Iwan

"Uncle Iwan .. jangan j-less adik dapat sisik... heee"

En Hazalah - Penaja Umpan Segar CREW CL

Friday, January 15, 2010

Sembang Petang Bersama CREW CL

Salam sejahtera,

Sememangnya CREW CL tidak berhenti mencari lubok-lubok baru atau lama. Ke lubok lama adalah bertujuan bagi sesi mengulang sejarah yang lalu samada hasil tangkapan yang lebih baik atau lebih baik yang dulu.. Ke lubuk baru selepas mendapat cerita dari CREW Peninjau CL yang main terjah ke mana dipelawa..

Biasanya kalau duduk di kedai-kedai kopi ini, geng-geng yang hadir mesti kena tebal telinga.. tahan untuk kutukan maut dari rakan-rakan.. termasuklah aku.. nasib baik ada baca KK ada juga tip-tip untuk menepis kutukan

"Kalau hari-hari nak dapat ikan, lebih baik ke pasar selayang"


Kembara Kail Bil 18 m/s 10... heee..

Selamat membaca....

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Mohon maaf kerana blog ini kurang aktif kebelakangan ini... Banyak hal-hal keluarga yang berlaku dan tidak dapat dielakkan. Sibuk pula dengan urusan pejabat sehingga ruang ini tidak dapat dikemaskinikan.

Insyallah dengan Tahun 2010 ini, kami CREW CL akan mencari paparan yang terbaik dikongsikan bersama.

Sekian,

Selamat Tahun Baru..

Monday, August 17, 2009

CREW CL Di Kuantan

Crew CL selamat kembali ke Lubok Asal pada 16 Aug 2009 dengan hasil tangkapan yang membanggakan, Alhamdullilah.... Penulis dapat juga bahagian itu.. beb.. heee



^Brader Azli

^Wan Renggit

^Mat Yie

^Ben


^Pomen Deris

KLIK DI SINI UNTUK KE GALLERY

Saturday, August 15, 2009

Krew CL Ke Kuantan

Setelah bermesyuarat dan berbincang, krew CL iaitu Azli, Wan Rengit, Mat Yie, Ben dan Pomen Deris pada 15 Aug 2009 jam 10.45malam bergerak ke lubok yang dicari melalui Kuantan Pahang.


Doa Penulis agar trip kali ini berjaya dan beroleh keberkatan serta selamat perjalanan pergi dan pulang.. Aminnnnnnn.




Thursday, July 23, 2009

Haruan "Mr Tan" Lubok Kuantan

Lan Masai, dah lama menghilangkan diri disebabkan kesibukan kerjayanya yang perlu diutamakan. Walaupun di dalam kesibukannya, beliau bergitu ramah berjumpa dengan rakan-rakan lama. Salah seorang rakannya adalah MR TAN..

Disebabkan ada urusan perniagaan yang perlu diuruskan maka saya dapat berjumpa dengan beliau.. Sambil berbual beliau menceritakan segala aktivitinya bersungguh-sungguh.. Maka terkeluarlah cerita MR TAN.

Tan Haruan itu lah gelaran yang diberikan oleh rakan pancing kerana Mr Tan sememang pemburu haruan yang tegar. Bulan Jun 2009 yang lepas Mr Tan ke satu lokasi di Kuantan untuk lubok barunya.. Dan hasilnya... HARUN TASIK 13kg...

Mr Tan (Pemburu Haruan)

Sunday, July 19, 2009

Member Rumah Semasa Bujang


Hampir sepuluh tahun terpisah dengan member serumah semasa bujang.. entah apa yang dia termimpi untuk menghubungi aku.. aku pun tak tahu..!! CAUN (S Nizam) sememang minat memancing.. Aski padang permainan beliau di sekitar Selangor yang ada kolam berbayar untuk melepas geram sahaja..

Rohu
Pacu SS24

siakap

Patin Sg Kandis (5.5kg)

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"