Monday, March 23, 2009

Lepas Geram Di Kolam Udang

16 Mac 2009, hampir dua minggu berpusing mencari lubok tetapi hampehhhh belaka kerana hampir setiap ceruk, lubok telah dituba.. Itulah manusia yang tidak berpuashati dengan kitaran hukum alam.

Jumaat yang lalu Bra Azli telah bermimpi berjumpa dengan sifu lamanya.. Telah diriwayatkan oleh para sahabat, maka berkatalah sifu tersebut " Tempat permainan kamu semua telah direhatkan untuk memberikan ternakan bersisik kembali membesar dan dibiarkanlah mereka meliar untuk seketika, maka carilah kamu ruang-ruang yang kecil untuk kamu teruskan minat kamu seperti bermain udang, sotong dan sebagai"


Tersedar sahaja Brader Azli dari mimipi tersebut ditangannya terdapat sebatang joran lembut untuk permainan udang, (Sebenarnya Brader Azli mimpi di tepi kolam... wakakakahhhhhh).

Itu hasil tangkapan Mat Yie dan Iwan. Mereka bertiga cuba memperdalamkan diri dengan ilmu terbaru mereka. Hasil tangkapan yang memberangsangkan hampir sekilo setengah berjaya dibuat gulai masak lemak kuning.

Mat Yie dengan udang pertama

Iwan dengan udang yang ke lapannya.

Perancangan seterusnya geng Cari Lubok akan menyusul dengan sisipan terbaru dari permaidani biru...

Monday, February 23, 2009

Bermain Di Port Klang (Pulau Angsa)


21&22 Febuari 2009, ahli cari lubok mula mencari padang air untuk memulakan permainan dalam jam 4.00 petang dari Pekan Petaling Jaya ke North Port. Bot nelayan yang ditempah sememangnya telah tersedia menunggu kami di Sg Sireh.

Ahli CL bersedia untuk belayar

Setelah persiapan dan umpan tersedia, kami memulakan aksi setelah 2 jam meninggalkan jeti mencari lubok si sisik yang bermain dan bersantai di dada persisiran laut.

Pemandangan Susur Keluar Ke Muara

Hasil tangkapan lubok pertama hanya memberikan tentangan yang kecil sahaja. Ikan Mayong sebesar tapak tangan dan gelama pisang sebesar 3 jari yang mampu didaratkan ke perut bot. Tekong "Brader Din" sememagnya pandai menjaga hati kami.. saya terpandang papar ringkas yang ditulis oleh beliau " Anda Sopan Kami Segan". Melihat hasil tangkapan yang kurang beliau mempelawa kami untuk mencari lubok baru.


Setia dan sedia berpindah jika kurang mendapat aksi

Saya (zali), Brader Azli, Lan Masai, Mat Yie, Pawang Salleh, Asrul dan Wan Rengit masih bertahan sehingga ke jam 2 pagi untuk terus mencari aksi sebenar si sisik yang diidamkan.. namun si sisik terus rabun mata akibat tiada cahaya bulan untuk menjadi pedoman laut.

Acara seterusnya adalah rebahan badan dalam mencari sudut terbaik meluruskan badan.. Kami peperang apabila jam hampir 4.55 pagi dimana diwaktu ini air pasang pagi. Sehingga jam 9.00pagi kami terus membuat senaman tangan dengan menaikkan ikan gelama pisang, selar dan mayong. Sekali kala buntal dan sesirat menjadi iklan komidi kami di atas bot..

Pawang Saleh seawal pagi membuat kajian dengan gewang yang dibelinya membuahkan hasil setelah berjaya memperdaya si todak cilik.


Pawang Salleh Dengan Todaknya

Manakala Lan Masai dari awal menaik bot sehingga bot di"parking"kan di jeti, beliau berjaya melelapkan matanya dengan jaya... (mabuk laut.. tersalah mimum teh susu..).

Dari atas katil hingga ke bot.. Acara yang paling diminati oleh Lan Masai..

Acara seterusnya di daratan mencari pemenang "Pencari Lubok Bertuah" di mana Wan Renggit berjaya membawa pulang wang sebanyak RM3500.00 setelah berjaya mendaratkan gelama pisang sebesar lengan Asrul.

Wan Renggit dapat Wang Ringgit (RM3500 untuk beli set baru)

Hasil tangkapan yang tertangkap oleh Ahli-ahli CL

Monday, January 19, 2009

Bermain Di Muara Sungai Pelek, Sepang

Pelan yang tidak terancang dan terjahan oleh kami (Brader Lan, Brader Azli & saya) ke muara Sg Pelek Sepang pada 17 dan 18 Januari 2009 sememang kelam kabut.., Dahan (Joran) diambil sekadar tercapai oleh tangan.



Aturan perjalanan disediakan oleh Brader Lan yang berjaya menyediakan sebuat bot feber 15 kaki dengan engin 60 kuasa kuda. Sememangnya mengasyikkan dengan suasana air yang agak tenang untuk mencari si sisik di muara dan juga di bawah jambatan Janakuasa.

Kami bertiga mempunyai tugas khas di atas bot, Brader Lan sebagai Tekong, manakala Brader Azli penjaga sauh, saya sebagai penyuluh malam dan tukang hidup engin bot...

Member terdahulu dari kami berjaya mendaratkan se ekor barakuda, lima ekor senagin sebesar 2 tapak tangan dan se ekor siakap sebesar tapak kaki membuat brader Lan teruja yang amat sangat.

Akhirnya kami berjaya tidur di atas bot dengan nenyaknya sambil menaik beberapa ekor sotong sesat muara, marah takde guna tiga ekor, tenyarap dua ekor dan beberapa ekor "blue kang".
Rahsia lubok hanya kami bertiga yang ketahui.. heeee

(Jika bersedia dan rancangan teratur.. kami sedia ke Lubok Sepang)

Monday, January 12, 2009

GEYLANG KOPITIAM

Restauran Bersantai Bersama Keluarga


Geylang Kopitiam
No 4-6, Jalan Opera U2/G,
Taman TTDI Jaya,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.


Menyediakan Pelbagai Resepi Makanan Ala Singapura (Lama)
Apa yang tertera di menu akan disajikan untuk pelanggan.

Pintu Masuk yang memisahkan ruangan tidak merokok di dalam restauran
dan
ruangan merokok di luar restauran


Segelas Kopi Dari Singapura

Di antara hiasan dalaman yang klasik

Monday, January 5, 2009

Limau Nipis Atau Limau Purut

Kepada peminat mainan "freshwater" yang sentiasa meredah dan mencari lokasi lubok-lubok baru untuk diterokai, keselamatan diri amat perlu dijaga selainan daripada alat kelengkapan memancing yang canggih. Sekurang-kurang alat perubatan "Portable First Aid" yang tersimpan di dalam kereta dibawa bersama ke mana jua . Malang tidak berbau oleh demikian sekadar ingatan ikhlas dari saya.

Di sini saya sempat berjumpa dengan seorang "master sifu" di dalam dunia penternakan dan permainan ular. Petua yang diberikan sememang ikhlas dan beliau mengamalkan setiap pertunjukan ular di Malaysia atau di Asia iaitu beberapa butir limau nipis atau limau purut.

Meredah hutan belukar mencari paya, kolam dan sebagainya amat mudah terdedah dengan ancaman binatang buas, mereka akan menyerang apabila kawasan mereka diganggu atau sekadar untuk memberikan perlindungan dirinya.

Antara binatang buas ULAR adalah ancaman yang bahaya dan perlu diberi perhatian. Pertua yang diberikan oleh "Master Sifu" apabila seseorang terkena patukan ular dan untuk mengetahui bisa ular tersebut boleh membawa maut atau sebaliknya adalah mengambil sehelai kain bersih dan diletakkan di atasnya titisan limau nipis atau purut. Kemudian kain tersebut ditekap selama 20 saat ditempat terkena patukan ular tersebut.


Selepas 20 saat lihat kain tersebut, sekiranya warna darah pada kain tersebut berwarna merah, maka bisa ular tersebut tidak memudaratkan dan tindakan seterusnya teruskan dengan menekap tempat patukan tadi secara berulang-ulang sehingga tiada mengeluarkan darah.

Tetapi sekiranya darah tersebut berwarna merah kehitaman adalah dinasihatkan terus keluar ke lokasi tersebut dan berjumpalah dengan doktor yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera. Kain dengan titisan air limau perlu dilakukan berulang-ulang sehingga rawatan sebenar diberikan. Peluang yang dilengahkan akibat bisa patukan ular tersebut hampir 4 jam sahaja.

Pastikan keselamatan anda atau kumpulan anda sentiasa diawasi.

Friday, January 2, 2009

Tahun Baru Di Pulau Legenda

Salleh - Wan - Azli - Ben - Mat Yie

Satu trip pejalanan keluarga seramai 31 orang dari ibu kota ke tanah bersejarah berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Ahli cari lubok masih sempat mencari lokasi untuk menjatuhkan sauh bagi memenuhi tuntutan senaman tangan di malam hari. Bergerak apabila matahari bersembunyi dengan permainan di persisiran pantai untuk mencari sisik sebesar duit siling lima puluh tetapi berjaya dengan jayanya menaikan sisik sebesar lima sen sahaja.... (hee.. he.. Syukur dengan Rezeki Tuhan).



Pawang Saleh sibuk menjaga "engine boat" sambil membaca mentera menyebabkan tiada kelibat dapat dipaparkan diselubungi asapnya sendiri. Aksi Ben membuktikan bahawa joran sawah jangan dibawa bermain di laut kerana kalau tak tali yang meletup.. perambut akan menjadi mangsa.



Juru kamera minta untuk gambarnya dipaparkan juga (dah masukkandah.. jgn kecik hati pula.. special pose dari Mat Yie...)

Dalam mencari sisik krew trip masih mencari rezeki dengan acara mencandat sotong untuk dijadikan umpan dan krew terlupa ikan yang lain sudah kekenyangan dengan sotong yang bebas.. akhirnya sotong dibawa balik ke pulau untuk acara BBQ pula.


Hasil tangkapan nelayan bermusim.. dinikmati bersama krew dan keluarga di tepian pantai.

Kenangan di Balai Berlepas/Tiba Kuala Kuah untuk ke Tanah Besar.

Monday, December 22, 2008

Dec 21, 2008 Di Selat Melaka

Aku terpaksa batalkan trip untuk bermain di Pulau Ketam sebaliknya Ben & geng membuat trip untuk bermain Bagan Nahkoda Omar, ternyata hari tersebut merupakan suasana yang baik disebabkan air pasang tidaklah bergitu tinggi.
Pawang Kecil Atip bersama kali ini untuk mencari ihlam serta mendalami ilmu ikannya meyebabkan beliau mampu menaikan ikan gelama sahaja (Result PMR 5A,3B,1C tahniah dengan ilmu akademik ).

Ikan gelama sebesar tapak tangan memberikan kepuasan di atas ketiadaan ikan bersisik kasar yang mengejar umpan yang ditawarkan.


Ikan pari berat sekitar 14kg berjaya didaratkan di atas bot tetapi malangnya ianya bukan milik Ben sebaliknya milik tekong bot ini... dan ikan di bawah adalah kepunyaan beliau...


"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"