Tuesday, September 9, 2008

Indahnya April 17, 2008 Yang Lalu

Saya dan dua rakan joran iaitu Brader Azli & Mat Yie, seperti biasa setiap rabu akan melawati lokasi-lokasi yang kami fikirkan sesuai untuk mencari lubok. Berbekalkan masa yang akan terhad kami meninjau satu lokasi yang sering menjadi tumpuan kaki pancing disekitar Shah Alam.

Zali (4.4kg)

Dua jam pertama kami melayan perasaan dengan mengalunkan zikir-zikir di dalam hati untuk mengisi ruangan masa agar memperolehi keberkatan dan keredhaan yang Tuhan Maha Esa. Kesabaran kami seterusnya diuji dengan hasil rentapan padu siakap betina sedang bertelur (4.4kg) yang bermula dengan aksi daripada saya dan lima belas kemudian Mat Yie pula dengan heretan bertenaga siakap muda (hampir 3.2kg).


Mat Yie (3.2kg)

Kami berdua tersenyum puas dan amat bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Manakala Azli sepuluh mint selepas tengah malam, mesin yang digunakan berdesing nyaring memberikan amaran mata telah berada di dalam mulut siakap. Aksi ditarikan dengan mendaratkan sekor siakap seperti kami juga (4.0kg).

Brader Azli (4.0kg)

Itu semua tinggal menjadi kenangan dan Kami Bersyukur Dengan Ketentuan Dan Rezeki Yang Allah SWT berikan kepada hamba-hambanya seperti kami (Nelayan Kecil Darat)

Wednesday, September 3, 2008

Lubuk Biasa Yang Berbisa

Lepas Solat Tarawih di kariah masing-masing, kami bertiga berkumpul ditempat yang dijanjikan dan jam 10.30 malam bergerak dari Shah Alam ke lokasi-lokasi lubok lama. Inilah kali pertama saya memancing di dalam bulan Ramadhan. Lebih kurang 40 minit perjalanan dan kami pun sampai tempat yang hendak ditujui.


Mat Yie Merenung Jauh

Dengan suasana yang tenang dan kami melabuhkan dahan joran masing-masing sambil berzikir dan bertasbih serta melayani perasaan yang amat kerdil di sisi Tuhan. Baling udang.. tarik pun dapat udang.. baling lagi... dapat udang lagi.. Manalah pergi jenahak, kerapu, bawal atau siakap ni....

Relex aje... Brader Azli.. nie

Berjaya Didaratkan

Brader Azli.. sedang asyik casting.. terus disambar oleh jenahak (2.5kg) yang bermain dibibir tebing. Malam ini memang malam Brader Azli... selang setengah jam.. sekor lagi jenahak (2.7kg) dapat didaratkan dengan mudah. Dan setengah jam selepas itu, sekor jenahak (3.5kg) yang memburu anak belanak dimata kail Brader Azli..


Dan akhir 3 ekor jenahak didaratkan oleh Brader Azli dengan jayanya dan dibantu oleh tukang tangguk dan tukang tambat... hee. hee

Saturday, August 30, 2008

Disebalik Tabir

Salam Sejahtera.

Saya memperkenalkan Ahli Cari Lubok yang berdaftar. Keahlian ketika ini hanya terhad. Insyallah.. masa akan datang sekiranya kami mempunyai program-program yang hebat, tuan-tuan akan dijemput meneroka lubuk-lubuk yang boleh dikenang dan diabadikan di dalam sejarah penghidupan manusia yang mempunyai minat yang sama.

Zali

Azli

Zairie

Kami mempunyai aktiviti mingguan dan juga bulanan yang dirancang. Walaupun terpaksa meletakkan dahan joran ditepi longkang atau parit kecil yang berair.

Thursday, August 28, 2008

Salam Cari Lubuk

Salam Sejahtera.

Ruangan dicipta untuk melihat aktiviti memancing yang dijalankan dan diterokai oleh kami. Pengalaman pahit manis yang akan dipaparkan dapat dikongsi bersama pencinta dunia misteri ini.
Biar dikata atau dimaki oleh mereka yang tidak bersependapat dengan kami, kami terus berjuang dengan slogan
"BAKAT TAK DE TAK PE.. JANJI MINAT ADE... YANG PENTING MAKAN PASTI ADEE..." (NIK KOYA)
Salam Kembali Dari Kami
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"