Friday, August 20, 2010
Sunday, August 15, 2010
Sunday, August 8, 2010
CREW CL - Kelanang 1
Crew CL seramai 12 orang Ke Trip Kelanang
- Pak Yop (Marshall A
- Reduan
- Salleh
- Ewan
- Indra
- Kecik (Member Indra)
- Mr Jude
- Mr John (Brother Mr Jude)
- Azli
- Mat yie
- Sham
- Zali (Marshall B)
Kelanang 1, Part 2
Mat Yie dengan Mayong 6.6kg
Mat Yie berjaya mendapatkan "Jackpot"nya dengan ikan Mayong seberat 6.6kg merupakan ikan terberat trip CL, Manakala Mr Jude hanya diam menyepi setelah ikan Jenahak seberat 0.7kg terpaksa ditolak oleh Marshall bot disebabkan syarat pertandingan adalah ikan terberat.
YDP CL Mr Jude memberikan Hadiah kepada Mat Yie untuk Jackpotnya
Kg Kelanang, Banting
Pada 7 Aug 2010, jam 3.00 petang, Crew CL seramai 12 orang telah berkumpul untuk memastikan trip yang ditugaskan kepada Pak Yop dan gropnya berjalan lancar. Segala peralatan dan umpan telah disediakan.
Hampir jam 5.00 petang, Crew CL sampai ke destinasinya iaitu Kg Kelanang, buat yang ditempah telah tersedia dan kami bergerak ke laut untuk mencuba nasib dan rezeki sekitar jam 6.00 petang.
Tugu Jeti Pangkalan Nelayan Kelanang
Deretan Bot-bot Para Nelayan Kg Kelanang
Kisah selanjutnya, saya masih menantikan gambar-gambar untuk di"upload"kan daripada jurugambar kami.
Thursday, July 15, 2010
Bersantai Di Batu 4, Port Dickson
Mr Jude, member yang sekian lama mendiamkan diri dari lapangan dunia memancing, kini mula aktif untuk mencari lubok baru dan lama. Sama ada bersendirian atau berkumpulan beliau akan terus mencari kepuasan dalam teriakan kekili beliau dan lenturan joran.

Jeti Batu 4, Port Dickson (kawasan nelayan meletakkan bot), Jude berjaya juga menaikan ikan dari persisiran tersebut.
Tuesday, July 6, 2010
Tuah Badai Melanda (Ewan)
Aku masih tak dapat bersama dengan CREW CL untuk mencari heretan atau desingan mesin seperti CREW CL yang lain.

(Ewan dengan Tuker nya)
4 Julai 2010, sedang aku sibuk memberikan sorakan untuk anak-anak ku yang bersukan (Sukan Sekolah) manakala CREW CL bula sibuk mencari ruang lindung dari terus dipukul badai di salah satu persisiran pantai Selat Melaka. Dengan kesabaran dan ketahanan menahan mabuk, CREW CL mampu mendaratkan hasil tangkapan yang memuaskan.
(sorry gambar yang lain dah ter"delete")
Subscribe to:
Posts (Atom)
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"

