Sunday, August 8, 2010

Kg Kelanang, Banting

Pada 7 Aug 2010, jam 3.00 petang, Crew CL seramai 12 orang telah berkumpul untuk memastikan trip yang ditugaskan kepada Pak Yop dan gropnya berjalan lancar. Segala peralatan dan umpan telah disediakan.

Hampir jam 5.00 petang, Crew CL sampai ke destinasinya iaitu Kg Kelanang, buat yang ditempah telah tersedia dan kami bergerak ke laut untuk mencuba nasib dan rezeki sekitar jam 6.00 petang.

Pintu Gerbang Ke Jeti Kg Kelanang

Tugu Jeti Pangkalan Nelayan Kelanang

Deretan Bot-bot Para Nelayan Kg Kelanang

Kisah selanjutnya, saya masih menantikan gambar-gambar untuk di"upload"kan daripada jurugambar kami.

Thursday, July 15, 2010

Bersantai Di Batu 4, Port Dickson


Mr Jude, member yang sekian lama mendiamkan diri dari lapangan dunia memancing, kini mula aktif untuk mencari lubok baru dan lama. Sama ada bersendirian atau berkumpulan beliau akan terus mencari kepuasan dalam teriakan kekili beliau dan lenturan joran.



Jeti Batu 4, Port Dickson (kawasan nelayan meletakkan bot), Jude berjaya juga menaikan ikan dari persisiran tersebut.

Tuesday, July 6, 2010

Tuah Badai Melanda (Ewan)

Aku masih tak dapat bersama dengan CREW CL untuk mencari heretan atau desingan mesin seperti CREW CL yang lain.


(Ewan dengan Tuker nya)


4 Julai 2010, sedang aku sibuk memberikan sorakan untuk anak-anak ku yang bersukan (Sukan Sekolah) manakala CREW CL bula sibuk mencari ruang lindung dari terus dipukul badai di salah satu persisiran pantai Selat Melaka. Dengan kesabaran dan ketahanan menahan mabuk, CREW CL mampu mendaratkan hasil tangkapan yang memuaskan.



(sorry gambar yang lain dah ter"delete")

Sunday, June 27, 2010

Sg Buloh, Kuala Selangor

Pada 26 June 2010,

CREW CL telah kembali ke lubok ini untuk beberapa kalinya kerana trip ke pantai timur menemui jalan buntu di atas cuaca yang tidak mengizinkan CREW untuk menjejak kaki di sana. Namun disebabkan sisa-sia semangat yang masih tinngi dan telah disatukan maka tercipta trip sebergini.

Syurga Dunia Ku

Hanya mereka yang terpilih mampu untuk melihat keindahan ini.
Karya Jude I.L
26June2010

Karya Jude I.L
26June2010


Karya Jude I.L
26June2010

Tuesday, June 15, 2010

Kenali Bujok

Ikan BUJOK,

Dari keluarga CHANNA yang mempunyai mulut yang kecil atau sempit serta runcing jika dibandingkan dengan ikan haruan atau toman. Ikan bujok tidaklah sehebat ikan haruan atau toman ketika membuat sambaran.

Katak atau anak ikan merupakan makanan kegemarannya dan boleh ditemui di kawasan berpaya dan sungai. Warna ikan bujok adalah mengikut warna air tetapi yang didiami kerana itulah bujok diketogerikan ikan yang mempunyai penyamaran diri yang amat tinggi.

Bujok hanya berada diluboknya sahaja dan jarang keluar dari tempat persembunyiannya.


BUJOK

Wednesday, June 9, 2010

Fatah Bermain Di Chendering Terangganu

07 June 2010, Fatah telah mempelawa untuk mengikuti trip beliau ke Terengganu, aku terpaksa menolak kerana telah ditawan dengan kerja-kerja pejabat yang tidak putus-putus kena disiapkan. Walaupun kekurang CREW Fatah teruskan tripnya.

Bermula dengan jeti di Chendering, bot nelayan yang disewa sememangnya sedia menanti kedatangan CREW beliau. Walaupun ikan sasaran tidak menjadi, tetapi ada hasil yang dibawa pulang sebagai ole-ole..

5 ekor Ikan Susu
(ada lagi dalam cole-man.. malas nak keluarkan kata Fatah..)

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"