Thursday, March 4, 2010

Tuah Badan

Itulah yang dinamakan rezeki, Ben telah menerima sumbangan "JACK POT" CREW CL di atas kejayaan beliau mendaratkan Layaran.
Kini beliau adalah salah seorang pemengang Lesen Besar di kalangan Group CREW CL..

Jack Pot Feb 2010

Wednesday, March 3, 2010

Blue Merlin Dari Indra Hamdan (BEN)

27 Feb 2010 / 13 Rabiul Awal 1431

Selepas bersarapan kami bergerak dalam jam 8.00 pagi dari Tanjung Dawai ke lubuk kapal selam karam ketika di zaman Jajahan British dahulu dengan semangat yang berkobar-kobar untuk mencari hasil tangkapan yang diidamkan. Masa yang diambil hampir satu jam setengah untuk sampai ke distinasi tersebut.

Sampai di sana semua CREW CL terus membuat balingan untuk bermain casting dan juga benaman untuk bermain bottom. Ada juga CREW CL yang mencuba bermain koyan untuk menduga laut dalam.

Kebanyakan CREW CL melayan perasaan masing-masing sehingga hampir dua tiada gigitan atau desingan kekili menyebabkan desingan suara menyatakan ikan berpuasa ketika CREW CL datang.

Antara hampir jam sebelas terdengar jeritan Ben (Indra) membuatkan semua CREW CL terkejut dan disusuli juga dengan jeritan tekong bot A yang masing-masing membuat umpanan hanyut bersama belon.

Akhirnya Ben berjaya mendaratkan Layaran Biru/Hitam seberat 25kg yang bermain selama setengah jam dan berjaya bertawaf di atas bot satu pusingan untuk menewaskan lawannya. Manakala tekong bot A juga hanya mempamerkan skilnya sekitar lima minit untuk menewaskan tengiri seberat 2.3kg.

Blue Merlin

Tuesday, March 2, 2010

Nantikan Jack Port CREW CL


Untuk isu akan datang nantikan, pemegang Jack Pot CREW CL FEB 2010


Monday, March 1, 2010

Nasib Si labu Labi Di Yan

Ketidakpuasan hati atas ketiadaan ikan idaman dikalangan pemegang joran sememang terpancar dimuka setiap CREW CL.. Adalah dinasihatkan agar untuk mendapatkan hasilan yang lumayan adalah mencari ikan ketika ikan memakan umpan bukan mencari ikan ketika kita kelapangan..

Percayalah rezeki Tuhan yang beri, kita berusaha untuk mencari. Kolam pancing memang ada ikan.. agak senang untuk diduga serta ianya kecil dan laut dalam juga ada ikan.. tapi sukar diduga sebab luas.

CREW CL akan terus berusaha.. Jangan Patah Semangat.. Kumpul dana dan setting semula..!!


Video Clip Mat Yie Penghibur Hati sebagai ole-ole Yan Kedah..

Sunday, February 28, 2010

Ke Laut Mencuba Nasib Dan Mencari Rezeki (PART 1)

Malam yang resah untuk CREW CL menanti loceng jam 4.00 pagi berbunyi. Kebanyakannya tidur-tidur ayam, antara sedar atau tidak dan masing-masing berangan untuk JACK-POT yang ditawarkan.

Akhirnya kami bergerak antara jam 5.00 pagi dari rumah Salleh menuju ke pangkalan nelayan. Bersolat Subuh di Masjidul 'Ula untuk mendapatkan keberkatan dan menunaikan kewajipan. Sampai ke distinasi hampir jam 7.00 pagi, CREW CL terus bersarapan dan ada segelintir tak lalu makan kerana teruja untuk menduga lautan Selat Melaka Utara. Dua bot di pangkalan telah tersedia menunggu CREW CL.


Pembahagian kumpulan telah dijalankan di kedai makan MONA (Mona nye tiada), yang peliknya kertas undi dilepat kecil untuk mengelak pakatan tetapi ternyata kumpulan terbahagi mengikut kenderaan yang dinaiki.. suka atau tidak, semua CREW CL menerima dengan hati yang terbuka... (ye keee!!!) tiada bantahan diterima disebabkan setiap bantahan perlu disokong dengan wang bantahan sebanyak Ringgit Malaysia 500.

Maka YA kan sahaja.. heeeee

Friday, February 26, 2010

TRIP CREW CL Ke YAN Kedah.

CREW CL datang seperti yang dijanjikan 26 Feb 2010 tepat pada jam 3.00 petang (ikut jam masing-masing coz ada yang datang cepat dan ada yang datang lambat) untuk berkumpul di tempat yang telah ditetapkan. Semua persiapan dan alat kelengkapan memancing tersusun cantik (hampir semua peralatan baru keluar kedai) .

Kami bergerak dari Petaling Jaya ke Kepala Batas, Kedah antara jam 5.00 petang. Di sepanjang perjalanan kami diselubungi hujan dan kami selamat sampai ke distinasi pertama iaitu rumah penganjur En Salleh antara jam 11.00 malam selepas minum malam di warong Mona (tapi Mona nya tiada) .

Di rumah En Salleh kami Crew CL berehat melepaskan penat duduk.

CREW CL kali ini adalah
  1. Salleh (Marshall B)
  2. Indra
  3. Bapa Indra (En Hamdan)
  4. Pomen Idris
  5. Wan Renggit
  6. Sham Polis
  7. Azli (Marshall A)
  8. Pak Yob
  9. Anak Pak Yob (Yob Jr)
  10. Zali
  11. Iwan
  12. Mat Yie

Matlamat utama adalah ikan terbesar untuk meraih JACK-POT Ringgit Malaysia 1200. Nantikan artikel nya.. heee

Sebahagian CREW CL

Wednesday, February 24, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

Bergema azan magrib pada 25 Febuari 2010, maka masuklah tarikh 12 Rabiulawal dan hari ini merupakan hari yang amat penting bagi setiap umat Islam di dunia kerana tarikh ini Nabi Muhammad SAW dilahirkan. Bersama-samalah kita bersalawat ke atas junjungan nabi kita agar kita umatnya sentiasa beroleh syafaatnya kelak. Insyallah..

Untuk CREW CL, bersiap sedia dengan kelengkapan untuk ke distinasi hamparan biru Yan Kedah. Semuga trip kali ini berjaya dan mendapat keberkatan.
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"