Wednesday, February 17, 2010

CREW CL Cawangan California (Mencandat Sotong)

3 Feb 2010, keratan akhbar The STAR, CREW CL telah mencandat sotong dengan hasilnya amat membanggakan. Sotong seberat 17kg sehingga 27kg...

Pakage akan datang adalah mencandat sotong di "Newport Beach".

heeeee.. hee

keratan akhbar the Star 03 Feb 2010



Tuesday, February 16, 2010

Selamat tahun Baru Cina

Febuari 14 dan 15, merupakan tahun baru di dalam kelander Cina dan ianya merupakan Tahun Harimau yang memberikan beribu-ribu makna jika dihuraikan.

Pada tarikh tersebut, CREW CL Ben dan sepupunya (Bad dan Lan) telah terjah ke tebing Sungai Kinta. Hasil tangkapan memberikan getaran dan debaran sehingga sanggup mengulanginya dua hari berturut-turut.

Friday, February 12, 2010

TAWARAN UNTUK KAKI PANCING TNB PJ


-------------------------------------------------------------------
Tawaran ini hanya ditawarkan untuk Staf
Tenaga Nasional Berhad Petaling Jaya
Sahaja.
-------------------------------------------------------------------
--------------------------------------
TELAH DITUNDA KE HARI
YANG AKAN DITETAPKAN
OLEH PENGANJUR CL
UPDATE 01MAC 2010
--------------------------------------

Tuesday, February 2, 2010

Panggilan Mesyuarat - Trip Yan Kedah

Kepada semua ahli CREW CL adalah dimaklumkan bahawa satu sesi mesyuarat akan diadakan

Pada Isnin
Tarikh 8 Feb 2010
Masa 4.30 petang
Tempat PJ Hilton (18)

Kehadiran semua CREW adalah dimestikan,

----------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, mesyuarat telah berjalan dengan lancar banyak agenda dan isu telah dibentangkan dan diputuskan sebaiknya mungkin.

  • Pengangkutan
  • Penginapan
  • Makan/minum
  • Peralatan memancing

Semuga Trip CREW CL mendapat keberkatan dan berjalan dengan baik. Inysallah..

----------------------------------------------------------------------------------

Monday, February 1, 2010

Ciptaan Ilahi

Biarlah orang mengata, kami dengan aktiviti kami yang sentiasa bersyukur kerana diberi peluang menikmati keindahan yang dicipta oleh AL-KOOLIQ (Yang Maha Pencipta).








Tuesday, January 26, 2010

Di Teluk Gong - Rumah Rakit

Akhirnya 25 Jan 2010, berjaya juga saya memegang joran yang hampir 4 bulan ditinggalkan. Permulaan yang baik untuk tahun 2010. Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat CREW CL untuk melayani hari minggu.

antara ikan yang berjaya didaratkan

hasil tangkapan disiang dan sedia untuk digoreng...

Banyak gelama dari ikan idaman dan banyak juga ikan yang tidak di idam berjaya diletakkan dilantai rumah rakit. Sembilang dan duri pun ada juga...

buntal lagi...!!!

"kalau dulu mawi raja sms, kini IWAN RAJA BUNTAL"..."Buntal pun buntal lah... janji naik ikan heeeee"

Sebahagian hasil tangkapan Iwan

"Uncle Iwan .. jangan j-less adik dapat sisik... heee"

En Hazalah - Penaja Umpan Segar CREW CL

Friday, January 15, 2010

Sembang Petang Bersama CREW CL

Salam sejahtera,

Sememangnya CREW CL tidak berhenti mencari lubok-lubok baru atau lama. Ke lubok lama adalah bertujuan bagi sesi mengulang sejarah yang lalu samada hasil tangkapan yang lebih baik atau lebih baik yang dulu.. Ke lubuk baru selepas mendapat cerita dari CREW Peninjau CL yang main terjah ke mana dipelawa..

Biasanya kalau duduk di kedai-kedai kopi ini, geng-geng yang hadir mesti kena tebal telinga.. tahan untuk kutukan maut dari rakan-rakan.. termasuklah aku.. nasib baik ada baca KK ada juga tip-tip untuk menepis kutukan

"Kalau hari-hari nak dapat ikan, lebih baik ke pasar selayang"


Kembara Kail Bil 18 m/s 10... heee..

Selamat membaca....

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"