Wednesday, July 1, 2009

Candat Sotong

Tarikh baru pada 15-16 Aug 2009, KREW CL bermesyuarat untuk menetapkan krew yang boleh mencari lubok baru..
---------------------------------------------------------------------
Maaf, aktiviti ditunda disebabkan penulis telah dimasukkan ke dalam wad SD Medical Centre Subang Jaya pada 30 Jul 2009 hingga 3 Aug 2009,

---------------------------------------------------------------------

Aktiviti Ogos 1 & 2, 2009.. sedang mengira hari.. Dengan Izin dan dipanjangkan umur..Insyallah

Thursday, June 18, 2009

Rumah Rakit Di Teluk Gong


Ya.. Jun 17, 2009, crew CL pergi ke rumah rakit di Teluk Gong.. bermain di sini merupakan tempat yang berkonsepkan santai.. kawasan lontaran joran lebih banyak pilihan berbanding bermain di kolam..

Rumah rakit di sini merupakan kepunyaan seorang rakan sesekolah Brader Azli.. Nizam dan di kelolakan oleh Abang Moktar.. yang pasti bermain di sini tidak akan pulang dengan tangan kosong.. heee

"Sign Board" Di Jeti Teluk Gong

Hasil yang dibawa pulang

Monday, May 11, 2009

Rumah Rakit Klang

Brader Azli pergi mencari lubok baru pada 09 May 2009 untuk diteroka dan hasilnya hampir setengah "coleman" berjaya dipenuhkan dengan ikan gelama.. yang pasti set yang digunakan telah diuji keberkesanannya...

Bermain di rumah rakit mampu memberikan tarikan jika kena hari dan bulannya... hujah brader Azli dan dikuatkan dengan ahli-ahli CL...

Lan Masai Di Kongkong, Johor

Lan Masai bercuti dari 01 May 2009 sehingga 10 May 2009 dan salah satu hari keramat beliau bersama dengan tiga rakan Masainya telah pergi bermain SUAK di Kongkong, Johor pada 05 May 2009.

siakap 2.5kg

Antara enam ekor siakap yang berjaya didaratkan salah satu daripadanya berat setelah ditimbang adalah dua kilo setengah dan selebihnya antara tujuh ratus gram hingga sekilo setengah.

Lan Masai sememangnya tidak mabuk laut jika bermain ditepian pantai tanpa ombak.. dan jika terombak sedikit pasti beliau berjaya berehatkan dirinya dari naik ke boat hingga lah balik...

Lan Masai (Berambut Pendek tanpa topi)

Salah seorang Ahli CL yang telah menempah Kekili D.A.M Quick 110N dengan harga RM350.00 setelah membuktikan beliau mampu menahan mabuk (halal punya mabuk) lautnya...

Sunday, May 3, 2009

Trip Ke Yan Kedah..

Kami Crew CL dengan kekuatan 4 orang dari Shah Alam Selangor bergerak menunju ke Yan, Kedah untuk memburu ikan tengiri di lubuk-lubuk tertentu. Sebelum itu , seawal paginya kami berjumpa diperhimpunan bagi menjayakan HARI PEKERJA bersama MTUC di Stadium MPSJ

Perhimpunan Hari Pekerja Di Stadium MPSJ

Kami bergerak pada jam 9.40 malam (1 May 2009) dan sampai di Kepala Batas Jam 1.30 pagi (2 May 2009) dan berehat di rumah crew kami Brader Saleh dan meneruskan perjalanan ke Kuala Dulang Kecil untuk meneruskan pencarian lubok kami.


Kiri Cuaca Baik dan Kanan Ribut Menjelma

Kita hanya mampu merancang tetapi ketentuan adalah hak milik Tuhan Yang Maha Esa. Pada jam 2.30 petang kami di dalam keserabutan menunggu tenggiri yang kurang meragut umpan kami, tiba-tiba tekong memberitahu serta menunjukkan kepada kami ribut akan datang menyerang. Tekong memaksa kami membuat keputusan untuk pulang ke muara.. Suasana tidak selamat jika berada di tengah laut bergelora..

Ribut Terus Mengejar

Saya terus teringat cerita benar yang difilemkan "Perfect Storm".. dan saya serta krew CL amat berterima kasih dengan tekong yang membawa kami walaupun wajah-wajah crew menunjukkan kehampaan tetapi kami kan terus mencuba pada awal tahun hadapan Mac 2010.

Terima kasih kepada crew kami yang sentiasa berusaha, Brader Azli, Mat Yie, Saleh dan Sham memberikan ruangan masa untuk trip ini.. TQ.. Bro..

Monday, April 20, 2009

Crew Cari Lubok Ke Utara Mencari Lubuk

Perancangan telah diatur dengan baik dan terancang untuk ke destinasi idaman Pemancing Malaya. Tekong dan bot telah ditempah, awak-awak telah ditugaskan dengan misi mencari umpan yang perlu disediakan.

Kos perjalanan telah dihitung dan kelengkapan yang perlu disediakan telah disenarai, Insyallah apa yang tertera dan terungkap di dalam kertas kerja telah dipersetujui oleh semua AJK. Menunggu dan menghitung hari untuk menjayakan program tersebut.

Tunggu paparan nya..

Monday, April 13, 2009

Batu Api Dari "Lighter"

Pengalaman dan ilmu untuk semua.

Semasa saya duduk di jeti untuk menunggu boat dikeluarkan dari selut akibat air sungai menyurut deras memaksa mengisi ruang masa dengan kenangan-kenangan terindah bersama kumpulan OTAI yang amat berpengalaman dengan dunia pemancingan. Dari satu cerita ke satu cerita yang diceritakan.. suka duka OTAI dapat diluahkan.. (Yang buruk-buruk dan pahit disimpan dalam lipatan sejarah dan dijadikan pembakar semangat untuk masa akan datang...)

sembilang mempunyai tiga sengat(atas, kiri dan kanan)http://i68.photobucket.com/albums/i4/hantujeraul/Pancing/Sembilang1.jpg
Namun disebalik cerita-cerita gembira diselitkan satu pengalaman pemancing dari kumpulan besar kami dimana salah seorang pemancing terkena sengat sembilang dijari manis tangan kanan (En Ramli). Di laut tiada klinik bergerak dan tiada ambulan laut yang boleh dimemberikan suntikan penahan bisa di dalam masa yang singkat. Kotak Peti Kecemasan yang kecil yang dibawa dan isi kandungannya pastilah terhad.
Di dalam menahan kesakitan, tekong menjadi tumpuan untuk memutuskan keputusan dan semakin celaru apabila member-member yang lain menjadi panik seterusnya suasana menjadi riuh. Keriuhan tersebut terhenti apabila tekong meminta untuk memecahkan pemetik api bagi mendapatkan batu api.

Pemetik Api

Pengorbanan perokok tegar kerana terpaksa menahan nafsu untuk berjam-jam lama kerana rokok dibibir disedut tanpa bara membakar puntung dari melihat member mengerang sakit terkena sengat sembilang.

Batu api tadi diambil dan diletakkan ditempat terkena sengat sembilang dan mengambil masa hanya 5-10 minit untuk terus menghilangkan bisa dan bengkak ditangan. Tekong terus membawa ke tanah besar dan menghantar ke klinik.

ikan pari (sengatnya diekor)

http://i57.photobucket.com/albums/g221/BahanMasakan/sostingry.jpg

Pengalaman lain untuk menyokong keberkesanan di dalam situasi terkena sengat ikan laut. Pengalaman En Ramli digunapakai oleh tekong itu sendiri apabila pari yang dinaikan oleh pemancing yang terlalu teruja setelah bermain hampir 2 jam untuk mendaratkan dan berakhir dengan tragedi.. Bisa pari hanya mengambil 3 minit untuk melumpuhkan kaki kiri tekong yang disengat di bawah buku lali. Batu api dari pematik api adalah langkah terbaik untuk meredakan seketika bagi memberi tempoh pesakit pulang ke tanah besar dan menerima rawatan.

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"