Wednesday, December 10, 2008

Mencadat Sotong Di Pulau Kapas

Walaupun musim mencandat sotong telah berlalu tetapi kenang manis masih terpahat di dalam ingatan. Deruan ombak di malam sunyi hanya disinari cahaya lampu kalimatan 36 watt berkuasa beteri, mampu menarik sotong-sotong yang rancak menangkap pengilat kami.

Akmal di antara Pecandat Sotong

Wan menunjukkan sotongnya yang terakhir sebelum tidur (mabuk lautlah tu)

Tok Moh (Thany) nak pergi juga mencandat sotong


Brader Azli menunjukkan sotong yang ke XX nya..


Tidak perlu skil yang tinggi sebaliknya hanya kesabaran dan kerajinan untuk pemburuan kali ini. Tekong bot juga memainkan peranan besar untuk menghasilkan tangkapan yang besar bagi mengesan lokasi-lokasi lubok yang strategik. Berombak disekitar Pulau Kapas memberikan kepuasan trip kali ini.



Nantikan kunjungan kami ke teratak pulau darah putih


(Brader Azli paksa aku untuk mengeluarkan artikel ini walaupun bayaran belum dijelaskan... hee.. hee)

Thursday, December 4, 2008

Pawang Kecil Yang Berbakat

Pawang Atip (Bukan nama sebenar) berjaya membuktikan dirinya bahawa bukan anak-anak kecil yang tidak berupaya bermentera di gigi air dengan berkat zikirnya sambil bermain sms mencari kenalan nakal dan diselangkan dengan bermain game di handsetnya, dia berjaya mencari lubok tempat jenahak bermain.


Dua minggu dia berjaya meluangkan masa bersama dengan Brader Azli dan Ben untuk GPRS scanner melalui bekas minuman air minealnya berjaya didaratkan dua jenahak seberat hampir 2.6kg setiap sekor. Pawang Kecil Atip didatangkan khas oleh Ben sempena cuti-cuti sekolah agar percutian pawang dapat dicatatkan dalam karangan Bahasa Melayu apabila naik sekolah nanti.. (wakakahhh)

Rezeki masih tidak menyebelahi Zali... "Pelaburan perlu dileburkan untuk pulangan akan datang".. Mat Yie teruskan dengan kejuaraan yang bakal diwarisi dalam apa jua kejohanan yang diceburi.

Thursday, November 27, 2008

Ben Tercapai Hajat Di Lubuk Puaka

Sumpahan Lubok berakhir pada November 26, 2008.. Dengan benang yang tidak sepatutnya digulung, kuasa mesin tidak setanding tarian jenahak dan dahan yang sesuai untuk "freshwater", Ben membukti dengan menggunakan skil yang tertentu untuk menewaskan tawanan yang terpedaya dan termakanan umpan secara "casting".


Segala ilmu dan pengalaman yang terkumpul dipergunakan untuk memberikan kepuasan yang selama ini tersimpan. Senyum dan Syukur dengan Rahmatnya.

Tapi berita sedih dalam gembira.. Lan berjaya menyimpan dahan joran di atas siling rumahnya. "Bukan takut bini, Bini yang tak takut aku" alasan yang diberikan dan ditolak oleh committe CL.

Lesan Ahli Kelab CL terus digantung sehingga tahun awal 2009.

Untuk Brader Azli.. sila habiskan kepala jenahak yang terdahulu untuk hasil tangkapan minggu hadapan pesan Pawang Salleh yang menghilang tanpa dikesan.

Mat Yie... samalah macam aku, menanti tarian 40kg kerapu batik/naga... Insyallah..

Tuesday, November 25, 2008

Nov 19, 2008.. Brader Azli Berjuang Hebat

Apa yang tak kena kepada diri ini, seminggu dua ini hasil tidak menjadi.. Bersyukur dengan kesabaran yang diberikan dan kepercayaan yang tinggi kepada Rezeki Tuhan yang sentiasa memberikan Kerahmatan dan Keberkatan di dalam ujian yang diberikan.


Tidak dinafikan, di dalam Kerahmatan Nya.. Brader Azli berjaya mendaratkan jenahak di atas keberkatan bermain secara "casting" yang memerlukan kerajinan dan usaha yang lebih...


Mat Yie seperti biasa melayan perasaan dengan dahan jorannya yang kadang kala benang yang ditiup angin disangkakan ikan yang merentap... hee.. hee..

Aku pulak... terkebil-kebil mata melihat aksi rakan seperjuangan... Terdetik kata hati kecil "Inilah Dunia Ku Yang Perlu Keredhaan".

Saturday, November 8, 2008

Nov 5, 2008 - Lubok Baramundi Yang Lama Ditinggalkan

Agak lama kami meninggalkan dunia baramundi (siakap) dan hanya mengejar jenahak atau kerapu naga. Terpandang sebuah restauran yang menghidangkan menu siakap tiga rasa atau masakan stim membuatkan saya mencadangkan lubok tersebut perlu diberikan sinaran oleh kumpulan kami.

Dengan membawa dua orang tetamu jemputan kami melabuhkan dahan joran sekitar jam 10.15 malam. Bermula dengan rentapan dari tetamu jemputan kami, saya berjaya mendaratkan siakap idaman bersaiz kecil sahaja tetapi puas menari dengannya, dan hampir ke jam 1.15 pagi Broder Azli juga berjaya menewaskan siakap yang bakal menjadi santapan dihujung minggu ini.

Alhamdulillah, Rezeki Yang Maha Esa.. yang sering menguji kesabaran dan keikhlasan kami untuk mencari rezeki dan mengisi ruang masa seni ini.

Untuk Mat Yie... Kapala jenahak tempohari perlu dihabiskan segera.. Maka segera kita ke lubok jenahak nanti... heeee..

Monday, November 3, 2008

Petua Mabuk Laut

Saya nie bukannya mat cyber.. hanya dibekalkan oleh syarikat sebuah komputer riba dan broadband untuk melayari minat saya di dalam dunia memancing...

Dalam pelayaran mencari bot untuk disewa.. cari juga mencari petua atau cara-cara mengatasi mabuk di laut.. web informasi DUNIA PANCING mempunyai petua-petua yang membuatkan saya tersenyum...

Kebenaran adalah Milik Tuhan Yang Esa.. sebaliknya sebagai manusia kita boleh beriktiar, berusaha dan mencuba.. Hasil percubaan adalah tanggungjawab sendiri.. Saya bukan doktor perubatan atau pakar di dalam bidang tersebut.. hanya sekadar berkongsi maklumat dan pengalaman.

Antara petuanya
  1. Mengosok-gosokkan gingal telinga jika terasa pening-pening lalat.. berserta dengan senaman muka..

  2. Teguk sekadar boleh air laut di kuala atau muara... Jangan terlalu banyak cukup untuk membasah tekak sahaja.. Ianya mampu menghilangkan loya..

  3. Kalau sudah mabuk di atas bot, disyorkan si-mabuk basahkan kepala dan badan dengan air laut agar segar badan.. jangan dilayan sangat mabuk tersebut.

  4. Makan kulit limau sunkist.. isi limau buat air minuman dan simpan di dalam botol untuk bekalan di laut.

  5. Makan makanan yang rasanya kelat seperti keledek atau pisang muda.

  6. Haluskan lada hitam dan halia bara , sapukan ke pusat...

  7. Jangan minuman atau makan makanan yang berkrim atau susu..

Kalau anda ingin tersenyum seperti saya, sila layari atau klik di sini

http://members.tripod.com/atur/LAUT.htm atau

http://www.geocities.com/homebizent/00main.html

Saturday, November 1, 2008

TOTE-N-BOAT Folding Canoe

Saya mencari bahan bacaan untuk mengisi minda yang kosong dan mengambil sebuah magazine "Rod&Line" keluaran bulan November. Menjadi kebiasaan bagi saya akan melihat contents dalam magazine sebelum menjelajah dunia berinformasi ini.

Saya amat tertarik dengan artikel yang ditulis oleh CS Fong (BOAT TESTING) mengenai sebuah kenu pasang siap dan boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah iaitu TOTE-N-BOAT Folding Canoe. Naluri untuk mengetahui lebih dalam lagi, saya melayari web http://www.tucktech.com/ .

Speksifikasi Tote-N-Boat

Berita baik untuk kaki pancing dan khususnya mereka yang asyik dengan permainan "Fresh-water". Tiada masalah untuk menyewa bot-bot kecil bagi melayan gasakan toman, sebarau, kelah, rohu dan lain-lain di tasik-tasik dan kolam yang tenang. Tetapi AWAS... Sila Utamakan Keselamatan Anda. Kanu ini mudah dipasang dari pemerhatian saya dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

Data Bahan

Satu lagi peralatan yang perlu anda miliki... walaupun bukan kenu tersebut tetapi sekurang-kurang dengan ilmu kewujudan peralatan tersebut.

Siap Terpasang

"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"