Tuesday, November 29, 2011

Trip Tengiri Tg Dawai Ditangguhkan

26 NOV 2011, di dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Yan, Kedah, aku terima panggilan dari rakan CREW CL menyatakan trip Tenggiri, Tg Dawai terpaksa ditangguhkan disebabkan ribut melanda laut dan Jabatan Kajicuaca telah mengeluarkan laporan dan menasihat semua tekong mengambil langkah berjaga-jaga dan adalah dinasihatkan tidak turun ke laut.


Aduhai pilunya hati ini tetapi aku berjaya juga sampai ke Yan Kedah.


Trip memancing bertukar trip mandi manda di sungai Titi Hanyut dan petangnya pula aku berjaya berada di puncak Gunung Jerai.

Saturday, November 19, 2011

Tanjung Dawai, Kedah (27 Nov 2011)


Bumi dipijak langit ku junjung dan ketika ini bumi becak dan langit sentiasa kelabu gelap, membuatkan aku termenung dan berdoa agar Tuhan memberikan aku ruang dan peluang kali ke 3 untuk mencari "tengiri" yang diperbualkan ramai kaki pemancing. Lokasi Tanjung Dawai, Merbok Yan Kedah merupakan pilihan.


Ramai CREW CL menarik diri dengan cuaca sebergini. Aku cuba mengintai Ramalan Kaji Cuaca yang boleh dijadikan panduan dan yang pasti semuanya itu dengan "Ketentuan dan Izin Nya". Bagi pemancing yang tercari-cari arah kompas, lajunya angin dan tingginya ombak, sila layari "Malaysian Meteorological Department " atau CLIK DI SINI


(Di atas adalah Lokasi N110: Kedah & Perlis Water di antara 20-26 November 2011)


(Jadual yang di"zoom"kan untuk 24-26 November 2011)


Arah Angin dari Timur Laut dengan kelajuan 20-30km/j dan ketinggian ombak 1-1.5 meter. Bagaimana pula dengan cuaca pada 27 November 2011?

Friday, November 11, 2011

Ben - Qurban Di Kolam Tinggal Lubuk Cina

7 November 2011, Selepas selesai membantu kawan-kawan sekampung yang mengerja qurban lembu dan kambing, Ben dan Atip bergegas ke lokasi yang sememangnya sering dikunjungi iaitu kolam tinggal di Lubuk Cina. Jam hampir menunjukkan jam 5.00 petang dan waktu yang terluang amat suntuk baginya.


Setiap kunjungan di kolam ini, Ben tidak pernah pulang dengan tangan kosong, ada sahaja yang dibawanya pulang. Dengan berbekalkan umpan anak katak untuk mencari ikan target iaitu haruan melaka. Umpan cengkerik juga dibawa bersama untuk joran yang dibiarkan "parking" menanti pemangsa lain.




(Atip dengan ikan haruan melaka)



(Ben menunjukkan ikan talapia yang memakan umpan anak katak)


Dalam masa 2 jam , Ben dan Atip dapat merasa kepuasan kerana apa yang dihajatinya berjaya ditawan. 5 ekor haruan dan 4 ekor ikan talapia merah (macam ikan kaloi aje) yang memberontak kelaparan rakus memakan anak katak. Rupa-rupanya talapiah dewasa memakan apa saja yang menghuni atau habiat makanan di kolam tinggal.


(Hasil tangkapan selama 2 jam di kolam)


(Upacara membahagian harta antara Ben dan Atip)



Wednesday, November 2, 2011

Ilmu Laut - Bisa Buntal




Tahukah anda?


Bisa ikan buntal boleh meracuni 40 orang lelaki dewasa kerana mempunyai toksin dibadannya. Ikan buntal akan menjadi besar dengan mengembungkan badannya apabila terasa dirinya terancam.
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"