Monday, December 22, 2008

Dec 21, 2008 Di Selat Melaka

Aku terpaksa batalkan trip untuk bermain di Pulau Ketam sebaliknya Ben & geng membuat trip untuk bermain Bagan Nahkoda Omar, ternyata hari tersebut merupakan suasana yang baik disebabkan air pasang tidaklah bergitu tinggi.
Pawang Kecil Atip bersama kali ini untuk mencari ihlam serta mendalami ilmu ikannya meyebabkan beliau mampu menaikan ikan gelama sahaja (Result PMR 5A,3B,1C tahniah dengan ilmu akademik ).

Ikan gelama sebesar tapak tangan memberikan kepuasan di atas ketiadaan ikan bersisik kasar yang mengejar umpan yang ditawarkan.


Ikan pari berat sekitar 14kg berjaya didaratkan di atas bot tetapi malangnya ianya bukan milik Ben sebaliknya milik tekong bot ini... dan ikan di bawah adalah kepunyaan beliau...


Saturday, December 20, 2008

Bermain Di Serdang Sememangnya Mengasyikkan

Dec19, 2008 Brader Azli ada mempelawa aku untuk ke lubok di sekitar Serdang.. "Air cantik kalau tidak hujan" katanya. Tapi aku termampu tersenyum menandakan aku menolak secara baik. Aku mempunyai urusan yang agak penting untuk dilakukan.

Sekitar 01.00 pagi Dec 20, 2008 aku termina massage dari Brader Azli.. Rezeki memihak kepadanya dan Mat Yie. Antara siakap yang didaratkan seberat 5.5kg seekor dan yang lain-lainnya antara 1kg hingga 2.2kg.


Manakala Lan pulak bergerak sendirian ke lubok yang lain untuk terus menguji mesin buruknya untuk membuktikan ianya masih berguna tetapi tiada rezeki untuk diuji.

Sunday, December 14, 2008

Hilangkan Hanyir Ikan Patin

Negeri Pahang terkenal dengan ikan patin dan bermacam-macam andaian serta gambaran orang ramai mengenai ikan patin. Baik dari segi harganya sehingga bau hanyir. Kalau orang yang duduk dipersisiran pantai ikan air tawar tidak digemari (sebahagiannya). Tetapi tidak pula orang yang duduk di tanah besar (agaknya).

Maka macam-macam petua yang didengar untuk menyelerakan hidangan ikan air tawar antaranya ikan yang telah siap disiang dan dibersihkan perlulah
  1. Direndam seketika dengan air teh,

  2. Direndam dengan air asam jawa.

  3. Direndam dengan limau purut atau limau kasturi atau

  4. Digaul dengan hampas kelapa.

Seterusnya terserah kepada tuan/puan untuk meresepikan lauk-pauk tersebut.

Thursday, December 11, 2008

Ben, Diasak Lagi

Umpan undang dibuang kulitnya masih menjadi percubaan Ben untuk menjinakkan jenahak, kerpu atau siakap. Ikan-ikan tersebut masih menjadi dendam Ben untuk menewaskan dan seterusnya mendaratkannya.



Sebaliknya, apa yang dihajatkannya memberikan hasil yang tidak disangka iaitu ikan merah pula yang terpedaya dengan mainan "casting". Malahan belanak sebesar lengan juga didaratkan dengan cantik oleh Ben.

Rezeki yang dilimpahkan diambil dengan penuh kesyukuran dan amat berterima kasih kepada yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.


Dec 10, 2008


(aku ada di selatan tanah air bagi melaksanakan tanggungjawab yang lain)

Wednesday, December 10, 2008

Mencadat Sotong Di Pulau Kapas

Walaupun musim mencandat sotong telah berlalu tetapi kenang manis masih terpahat di dalam ingatan. Deruan ombak di malam sunyi hanya disinari cahaya lampu kalimatan 36 watt berkuasa beteri, mampu menarik sotong-sotong yang rancak menangkap pengilat kami.

Akmal di antara Pecandat Sotong

Wan menunjukkan sotongnya yang terakhir sebelum tidur (mabuk lautlah tu)

Tok Moh (Thany) nak pergi juga mencandat sotong


Brader Azli menunjukkan sotong yang ke XX nya..


Tidak perlu skil yang tinggi sebaliknya hanya kesabaran dan kerajinan untuk pemburuan kali ini. Tekong bot juga memainkan peranan besar untuk menghasilkan tangkapan yang besar bagi mengesan lokasi-lokasi lubok yang strategik. Berombak disekitar Pulau Kapas memberikan kepuasan trip kali ini.



Nantikan kunjungan kami ke teratak pulau darah putih


(Brader Azli paksa aku untuk mengeluarkan artikel ini walaupun bayaran belum dijelaskan... hee.. hee)

Thursday, December 4, 2008

Pawang Kecil Yang Berbakat

Pawang Atip (Bukan nama sebenar) berjaya membuktikan dirinya bahawa bukan anak-anak kecil yang tidak berupaya bermentera di gigi air dengan berkat zikirnya sambil bermain sms mencari kenalan nakal dan diselangkan dengan bermain game di handsetnya, dia berjaya mencari lubok tempat jenahak bermain.


Dua minggu dia berjaya meluangkan masa bersama dengan Brader Azli dan Ben untuk GPRS scanner melalui bekas minuman air minealnya berjaya didaratkan dua jenahak seberat hampir 2.6kg setiap sekor. Pawang Kecil Atip didatangkan khas oleh Ben sempena cuti-cuti sekolah agar percutian pawang dapat dicatatkan dalam karangan Bahasa Melayu apabila naik sekolah nanti.. (wakakahhh)

Rezeki masih tidak menyebelahi Zali... "Pelaburan perlu dileburkan untuk pulangan akan datang".. Mat Yie teruskan dengan kejuaraan yang bakal diwarisi dalam apa jua kejohanan yang diceburi.

Thursday, November 27, 2008

Ben Tercapai Hajat Di Lubuk Puaka

Sumpahan Lubok berakhir pada November 26, 2008.. Dengan benang yang tidak sepatutnya digulung, kuasa mesin tidak setanding tarian jenahak dan dahan yang sesuai untuk "freshwater", Ben membukti dengan menggunakan skil yang tertentu untuk menewaskan tawanan yang terpedaya dan termakanan umpan secara "casting".


Segala ilmu dan pengalaman yang terkumpul dipergunakan untuk memberikan kepuasan yang selama ini tersimpan. Senyum dan Syukur dengan Rahmatnya.

Tapi berita sedih dalam gembira.. Lan berjaya menyimpan dahan joran di atas siling rumahnya. "Bukan takut bini, Bini yang tak takut aku" alasan yang diberikan dan ditolak oleh committe CL.

Lesan Ahli Kelab CL terus digantung sehingga tahun awal 2009.

Untuk Brader Azli.. sila habiskan kepala jenahak yang terdahulu untuk hasil tangkapan minggu hadapan pesan Pawang Salleh yang menghilang tanpa dikesan.

Mat Yie... samalah macam aku, menanti tarian 40kg kerapu batik/naga... Insyallah..

Tuesday, November 25, 2008

Nov 19, 2008.. Brader Azli Berjuang Hebat

Apa yang tak kena kepada diri ini, seminggu dua ini hasil tidak menjadi.. Bersyukur dengan kesabaran yang diberikan dan kepercayaan yang tinggi kepada Rezeki Tuhan yang sentiasa memberikan Kerahmatan dan Keberkatan di dalam ujian yang diberikan.


Tidak dinafikan, di dalam Kerahmatan Nya.. Brader Azli berjaya mendaratkan jenahak di atas keberkatan bermain secara "casting" yang memerlukan kerajinan dan usaha yang lebih...


Mat Yie seperti biasa melayan perasaan dengan dahan jorannya yang kadang kala benang yang ditiup angin disangkakan ikan yang merentap... hee.. hee..

Aku pulak... terkebil-kebil mata melihat aksi rakan seperjuangan... Terdetik kata hati kecil "Inilah Dunia Ku Yang Perlu Keredhaan".

Saturday, November 8, 2008

Nov 5, 2008 - Lubok Baramundi Yang Lama Ditinggalkan

Agak lama kami meninggalkan dunia baramundi (siakap) dan hanya mengejar jenahak atau kerapu naga. Terpandang sebuah restauran yang menghidangkan menu siakap tiga rasa atau masakan stim membuatkan saya mencadangkan lubok tersebut perlu diberikan sinaran oleh kumpulan kami.

Dengan membawa dua orang tetamu jemputan kami melabuhkan dahan joran sekitar jam 10.15 malam. Bermula dengan rentapan dari tetamu jemputan kami, saya berjaya mendaratkan siakap idaman bersaiz kecil sahaja tetapi puas menari dengannya, dan hampir ke jam 1.15 pagi Broder Azli juga berjaya menewaskan siakap yang bakal menjadi santapan dihujung minggu ini.

Alhamdulillah, Rezeki Yang Maha Esa.. yang sering menguji kesabaran dan keikhlasan kami untuk mencari rezeki dan mengisi ruang masa seni ini.

Untuk Mat Yie... Kapala jenahak tempohari perlu dihabiskan segera.. Maka segera kita ke lubok jenahak nanti... heeee..

Monday, November 3, 2008

Petua Mabuk Laut

Saya nie bukannya mat cyber.. hanya dibekalkan oleh syarikat sebuah komputer riba dan broadband untuk melayari minat saya di dalam dunia memancing...

Dalam pelayaran mencari bot untuk disewa.. cari juga mencari petua atau cara-cara mengatasi mabuk di laut.. web informasi DUNIA PANCING mempunyai petua-petua yang membuatkan saya tersenyum...

Kebenaran adalah Milik Tuhan Yang Esa.. sebaliknya sebagai manusia kita boleh beriktiar, berusaha dan mencuba.. Hasil percubaan adalah tanggungjawab sendiri.. Saya bukan doktor perubatan atau pakar di dalam bidang tersebut.. hanya sekadar berkongsi maklumat dan pengalaman.

Antara petuanya
  1. Mengosok-gosokkan gingal telinga jika terasa pening-pening lalat.. berserta dengan senaman muka..

  2. Teguk sekadar boleh air laut di kuala atau muara... Jangan terlalu banyak cukup untuk membasah tekak sahaja.. Ianya mampu menghilangkan loya..

  3. Kalau sudah mabuk di atas bot, disyorkan si-mabuk basahkan kepala dan badan dengan air laut agar segar badan.. jangan dilayan sangat mabuk tersebut.

  4. Makan kulit limau sunkist.. isi limau buat air minuman dan simpan di dalam botol untuk bekalan di laut.

  5. Makan makanan yang rasanya kelat seperti keledek atau pisang muda.

  6. Haluskan lada hitam dan halia bara , sapukan ke pusat...

  7. Jangan minuman atau makan makanan yang berkrim atau susu..

Kalau anda ingin tersenyum seperti saya, sila layari atau klik di sini

http://members.tripod.com/atur/LAUT.htm atau

http://www.geocities.com/homebizent/00main.html

Saturday, November 1, 2008

TOTE-N-BOAT Folding Canoe

Saya mencari bahan bacaan untuk mengisi minda yang kosong dan mengambil sebuah magazine "Rod&Line" keluaran bulan November. Menjadi kebiasaan bagi saya akan melihat contents dalam magazine sebelum menjelajah dunia berinformasi ini.

Saya amat tertarik dengan artikel yang ditulis oleh CS Fong (BOAT TESTING) mengenai sebuah kenu pasang siap dan boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah iaitu TOTE-N-BOAT Folding Canoe. Naluri untuk mengetahui lebih dalam lagi, saya melayari web http://www.tucktech.com/ .

Speksifikasi Tote-N-Boat

Berita baik untuk kaki pancing dan khususnya mereka yang asyik dengan permainan "Fresh-water". Tiada masalah untuk menyewa bot-bot kecil bagi melayan gasakan toman, sebarau, kelah, rohu dan lain-lain di tasik-tasik dan kolam yang tenang. Tetapi AWAS... Sila Utamakan Keselamatan Anda. Kanu ini mudah dipasang dari pemerhatian saya dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

Data Bahan

Satu lagi peralatan yang perlu anda miliki... walaupun bukan kenu tersebut tetapi sekurang-kurang dengan ilmu kewujudan peralatan tersebut.

Siap Terpasang

Thursday, October 30, 2008

Oct 30, 2008 Mat Yie Hebat Di Lubok

Oct 30, 2008.. Mat Yie bergitu hebat di lubok apabila umpan anak ikan belanak disentap ganas oleh Jenahak Sisik Emas. Mat Yie melepaskan ketagihan yang membara setelah hampir sebulan joran dipakukan ke dinding stor rumah.

Jenahak dipam dengan tenaga maksima dan mesin dikunci mati berserta keyakinan yang tinggi pada saiz benang sauhnya 80paun (40kg) sehingga jenahak terpaksa akur dengan kehendak Mat Yie.. Mat Yie bersama dengan Abang Pawang Salleh yang sentiasa menjampi serapah bersepah-sepah (zikirlah... beb) akhirnya jenahak berjaya didaratkan cantik tanpa masalah.

Mat Yie telah membuktikan kekuatan benang dan pulangan permulaan yang sangat baik. Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah swt rezeki yang diberi...

Dan Zali hanya tumpang gambar aje.. lah, Brader Azli mampu tersenyum pahit..(wakakahhh..)menunggu gilirannya tiba kelak....


Lan jaga anak...

Ben sibuk kerja...

Tuesday, October 21, 2008

Ikatan (2) - Offshore Swivel Knot

Di sini dipaparkan satu ikatan yang tahan lasak apabila digasak oleh pemangsa yang ganas. Sila perhatikan sebaik mungkin dengan aturan-aturan yang amat mudah di ikuti. Ikatan tersebut perlu dilakukan berulang-ulang untuk memberikan kepuasan kepada iktan tersebut.

Masukkan dua benang ke lubang “swivel” dan pastikan ianya bersilang.

Hujung benang yang bersilang perlu dipegang.


Teruskan dengan memegang benang yang bersilang dan pintalan melalui “swivel” sebanyak 3 hingga 6 kali pusingan.



Tegangkan simpulan ikatan tersebut mengikut arah yang bertentangan sehingga membentuk ikatan yang kemas.



Inilah hasilnya ikatan “OFFSHORE SWIVEL KNOT”



Selamat mencuba... sumber http://www.netknot.com/

Friday, October 17, 2008

Ahli Cari Lubok Berdaftar - Lan

Ini satu lagi member yang sering mencari lubok-lubok baru untuk diterokai. Sering bergerak secara bersendirian untuk mendapatkan maklumat-maklumat baru tentang dunia ikan. Dalam sibuk memikat ayam denak sempat mencampakkan dahan joran di lubok-lubok baru.

Lan

Lan (nama panggilan), boleh dikatakan sebagai askar peninjau sebelum lubok-lubok diserang. Sama seperti Ben..." "Fresh Water" atau "Salt Water" memberikan pengalaman yang berlainan dan skil yang tersendiri" Lan menceritakan dunianya.

Monday, October 13, 2008

"Si Aman" & Kerapu Naga

Aman (Bukan nama sebenar) bergitu setia menunggu mesin pancingnya berdesing... Hampir lima minggu dahan joran disauhkan tetapi pulang dengan perasaan hampa. (Aku lepak sambil mendengar keluhan dan rintihan beliau).

Aman bergitu ramah dan tidak kedekut ilmu. Apa yang dia tahu, dia menceritakannya. Aku pun layan... dalam hati kecil ku berkata apalah mamat nie merapu tengah-tengah malam.. patutlah ikan tak naik..

So nak jadikan cerita pendek.. Aman malam nie kau punya rezeki Insyallah.. daripada kau merapu nie.. Kerapu kau dapat.. heeeeee

Selang lima minit.. masin air laut.. termakbul hajat Aman... Kerapu berjaya didaratkan... Punya seronoknya dia... semua orang dalam phone book dia... dia SMS... MMS pun turut serta..

Teknik yang digunapakai.. hampir sama dengan teknik melabuhkan sauh papar Okt 05, 2008 "Sliding Trace System" dan 5 biji mata kail terpasang.

Itulah Aman... Sept 17, 2008

Thursday, October 9, 2008

Kerapu Naga 30 kg

Dalam seumur hidup aku, inilah kali pertama aku melihat secara langsung ("live") seekor ikan kerapu naga seberat 30kg yang dipancing berjaya dinaikkan dengan jaya. Tali perambut yang digunakan adalah 150 paun dan peralatan yang digunakan agar besar juga kuasanya untuk menewaskan ikan tersebut.


Kerapu Naga 30kg


30kg x RM22/kg = RM660 (harga sebelum Aidil Fitri)



Dipasar jumpa ikan dah mati..
Yang ini cuba mengangkat ikan hidup..

May 28, 2008 merupakan suntikan kepada aku dan juga rakan-rakan sepermancingan. Walaupun kami tidak dapat merasai cabaran tersebut.. sekurang-kurangnya kami ada modal untuk menceritakan kepada rakan-rakan yang lain. Kami semua percaya.. Rezeki itu diagih-agihkan secara adilnya oleh Yang Maha Esa.. Giliran kami pasti akan tiba.. dan kami akan berusaha dan bercita-cita untuk memiliki pengalaman menaikkan ikan kerapu atau jenahak atau ikan yang lain.

Acara Menimbang


Ini pula acara melelong..

Sunday, October 5, 2008

Teknik Melaburkan Sauh

Salah satu cara yang sering dipraktikkan oleh pemancing-pemancing di tepian kuala sungai atau tepi pantai dengan menaiki bot atau di rumah api atau kelong.. Insyallah antara tangkapan yang berkesan dan boleh diamalkan

Friday, September 26, 2008

Sept 25, Di Lubok Biasa

Sebelum bercuti, Zali dan Ben pergi ke lokasi biasa tanpa Brader Azli dan Mat Yie.. Malam Sept 25 nie merupakan malam terakhir sebelum kami semua terpaksa menyimpan dahan joran, mesin dan mata kail di dalam peti besi untuk menyambut Hari Raya Aidlifitri.

Brader Azli sibuk sikit, al-maklum pindah rumah baru dan terpaksa bermandi peluh untuk sentuhan terakhir persiapan hari raya... (raya nie rumah baru.., open house.. makan jenahak .. beb... heee)

Dari pejabat terus ke lokasi lubok, setengah jam selepas tiba.. Zali berjaya melepaskan pemangsa setelah mengheret hampir dua suku benang dimesin... Ben gelak besar... (harapkan mesin & dahan jee mahal... ikan mampu bolos...)

Berkat kesabaran menahan ngatuk mata, Zali akhirnya berjaya menaikkan siakap dan jenahak. Disebabkan kena gelak besar.. Ikan tersebut terus disiang dan dibersihkan agar sahur yang menanti dilengkapi dengan ikan segar..

Siakap 2.5kg

Jenahak 1.6kg

Tuesday, September 23, 2008

Jenahak Yang Dicari Bawal Yang Naik

Suatu ketika dulu, di pejabat aku sibuk diaudit oleh auditor Keselamatan Dari Kelantan tapi Brader Azli dan Mat Yie sempat lagi menghilangkan diri menghampiri lubok. Mat Yie dengan kelengkapan hebat berjuang dengan melawan entah apa spesis ikan yang tidak diketahui. Empat kali talinya berjaya dicabar oleh pemangsa tersebut dan terus meletup (putus), Tinggal hanya cerita dibibir dan dendam membara... heeee

Marah sungguh Mat Yie!! Keesokan harinya Mat Yie terus beli Tali Power-Pro 60 paun (30kg). Marah-marah Mat Yie dapat juga bergambar membuktikan dia masih boleh menawan bawal seberat 2.7kg.


Manakala Brader Azli pula hanya tersenyum melihat rakannya yang terkial-kial kehilangan tali yang agak panjang. Apa tidaknya.. hampir separuh..terpaksa leburkan tali pancing.. heee.. tidak termasuk yang bersimpul atau terbelit dengan rakan sepemancingan. Brader Azli pula berjaya mendaratkan seekor bawal 3.2kg.

Saya pula terkilan juga macamana bawal punya cabaran... Ogos 13, 2008 dalam kenangan

Saturday, September 20, 2008

Ikatan (1)

Ikatan pada mata pancing atau kail perlu di ikat dengan baik agar ikan yang menyambar tersangkut dan dapat dibawa pulang. Sila perhatikan sebaik mungkin gambar di bawah ini. Ianya akan memberikan rahsia sebenar ikatan tersebut.


ikatan "catspaw"


http://www.fishing.sh/

Wednesday, September 17, 2008

Permatang Sedepa

Rumah Api Permatang Sedepa adalah salah satu tempat buruan Ben untuk melihat aksi-aksi ikan yang didengar dan perlu disaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Hajatnya kesampaian di Febuari 2008 yang lalu dan beliau terpegun dengan apa yang dilihat.



Apa yang diperkatakan orang tentang Rumah Api Permatang Sedepa ada kebenarannya.. Bagi peminat-peminat boleh lah cuba ke lokasi ini.. Tepi kehadiranya perlulah betul pada tarikh dan waktunya bagi membawa hasil pulangan yang lumayan.


Dengan berbekalkan tali 40 pound power-pro, perambut jenis kabel cap gajah dan batu ladung hidup, Ben bersama dengan groupnya berjaya mendaratkan BARAKUDA dan TALANG liar yang bermaharaja di pengairan laut Selat Melaka. Umpan yang digunakan adalah todak hidup dengan hasil menjala.

Manakala 9 tong coolman pula dipenuhi dengan ikan tamban dan selar setelah mengambil acara Appolo Bulu Manik Hijau Tanpa Kertas.

Monday, September 15, 2008

Ahli Cari Lubok Berdaftar

Kenalilah seorang lagi ahli Cari Lubok yang sering bergerak bersendirian bersama-sama kumpulan tertentu untuk mencari lubok-lubok yang perlu diterokai.

BEN (Indra)

Thursday, September 11, 2008

Rezeki Malam Rabu

Sunyi & Damai

Alhamdulillah, Syukur Kami ke Allah SWT dengan rezeki yang diberikan. Saya, Mat Yie dan Brader Azli terus mencuri masa dalam kesibukan tugasan seharian dalam keberkatan Ramadhan.

Jenahak Ditambat

Dengan bekalan semangat, kami bertiga mampu bertahan sehingga hampir ke jam 03.00 pagi. Kesabaran kami dibayar oleh Mat Yie yang melemparkan ke darat dua ekor jenahak dan sekor siakap. Terasa manisnya daging jenahak ini maka ketiga-tiga ikan ini terus disiang untuk dijadikan hidangan bersahur nanti.


Jenahak Bakar Beb.... heeee




10-11 Sept 2008
"Wahai Mu'awiyah Jauhkan Oleh Mu Sifat Marah Kerana Marah Itu Boleh Merosakkan Iman Seseorang Sebagaimana Pahit Jadam Merosakkan Madu Yang Manis"